sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Wednesday 29 December 2010

contest di mana sahabat baik anda?

salam,

firstly nak ucap timekasih kat aisyah, tuan punya blog. sebab ajak join contest ni. Di mana sahabat baik anda?
siapa yang nak tahu sal contest ni buleh la mencuba. tapi, tarikh tamat: 1 januari 2011.
masih sempat ni.




dan saya menjawab: kawan baik saya di sini.
ini saya dan cik munibah. sahabat baik sy. gambar ni diambil time hujan renyai-renyai gitu. kami tengah beratur panjang ni.lama laa nak tunggu turn masuk muzium shanghai. sempat lagi bergamba sakan. dia yg ajak. hehe. tengok, sharing is caring. dia kawan sy dulu kini dan selamanya. syg mumun!

jom join! selagi masa masih ada^^

 

Tuesday 28 December 2010

aku dan kacamata

   selamat tengahari, mula kita nak ucap thanks kat cik abc sebab ajak kita join contest AKU DAN KACAMATA ni.
kalu nak maklumat lanjut buleh layari; 
blog sandiwara seorang insan>> penganjur pertandingan kita ya. harap semua pihak beri kerjasama. hehe

ini adalah saya dan kaca mata
kerna ini saja yg mampu. sekian.

dengan ini juga ingin menge'tag' mereka-mereka.

jom join!
selamat berjaya ya!
 



 

Saturday 25 December 2010

bila dah tinggal sekali jumaat lagi

Salam.

Hari ini, aku buka kalander. Tak sangka kan?

Tinggal lagi satu jumaat.

Kalau la korang jadi aku. Apa korang buat? Bila tahu hidup ni tinggal lagi sekali jumaat. Maaf. Aku nak mintak maaf dulu nan semua orang. Jangan salah faham. Aku bukan peramal takdir. Aku Cuma cakap ikut kalander. Sekali jumaat lagi tinggal.

Sekali jumaat je lagi, dah mula tahun 2011.

Sekali jumaat je lagi, dah masuk era 20 umur aku. Tidakk. Aku kalau buleh pilih. Aku tak mahu angka 2 dihadapan. Kerna aku ada rasa seperti tua. tak suka rasa itu. Sungguh aku masih budak-budak.

Sekali jumaat je lagi, dah start final exam. 4 subjek je. Tapi banyak gila. Biasala. I budak takde basic in Chinese. Tapi kena periksa jugak. Sebab dah belajar. Sekarang pun tengok sibuk buat kerja sekolah. Bila la ada masa nak study. Ceyhh, walaupun study-study ayam. I tetap study taw!

Sekali jumaat je lagi, dah start winter break. Maka bermulalah budak-budak Malaysia akan mengemas barang utk pulang ke Malaysia yg tercinta. Tapi, tak semua juga. Sebab ada je yg tak balik, termasuklah aku. Saja nak menghabiskan masa kat sini. Takde kerja nak buat kat rumah. Baik lepak sini hibernate.

Sekali jumaat je lagi, bermulalah agenda aku nak bercuti. Nak ke mana? Aku tak pasti. Dengan bajet yang tak seberapa. Aku betul-betul tak pasti. Sebenarnya banyak lagi agenda aku, walaupun tak g memane. Tapi, setakat ni. Segalanya masih dalam perancangan. Biasalah. Kita hanya mampu merancang.

Sekali jumaat je lagi, pastu habis lah kelas aku. Maknanya makin banyak la masa aku. Buleh la buat sesuka hati. Tak payah nak skema-skema. Bangun awal. Tidur awal. Stay away from books. Yeahh! I loike! Mende la aku ni. Cam merdeka pulak. Tak la. Maksud aku. Buleh la aku rehat betul-betul. Hehe. Nak cakap selama ni tak cukup rehat. Walaupun dah tidur dengan lamanya.

Sekali jumaat lagi, maknanya pastu aku buleh la berblogging dengan tegarnya. Aku sukaa. Sebab aku memang suka. Suka hatilah.

So, sebelum sekali jumaat lagi, aku sibuklah maknanya. Lebih kurang la. Nanti tak sibuk. Aku buat apa yang patut. Hehe.

Tak sabar nak tunggu lagi sekali jumaat!

Yeah!

moga aku masih diberi peluang untuk merasai sekali lagi jumaat untuk semester ini. dan diberi peluang bercuti untuk jumaat-jumaat akan datang. amin...


Me n My Teddy contest

hari ini ada sebuah contest yg saya nak join.
kontest yg dianjur oleh tuan blog authentic : cik zunah.


 
 
 Rules and Regulations
  1. Terbuka kpade mreka yg ad blog sahaje. Anda hendaklah menjadi follower blog authentic : http://zunahzahidah.blogspot.com/
  2. buat satu entry mgenai contest ini, dalam entry perlu ada :
  • banner contest di atas serta link ke entry ni
  • sertakan SATU SAHAJA gambar anda bersama teddy bear or bunny or etc. kepunyaan anda sendiri yg anda ingin taruhkan.. cerita siket pasal teddy tu.. gmbar x semestinye anda bsame satu teddy,, bleh juga bsame bnyk teddy... jika gmbar yg anda sertakan itu adalah gmbar anda bsame bnyk teddy bear,, pileh salah satu drpd mereke utk diceritakan...(anda dibenarkan utk meng-edit gmbar tu, tp ala kadar je lah,, jgn smpai xnmpak teddy bear tu hehe)
3. Tag kpade 3 org blogger laen
4. Letak banner contest di sidebar korg serta link ke entry ni
5. tinggalkan link penyertaan korg dlm entry ni.
6. pemenang akan diumumkan dlm blog authentic
tarikh tutup penyertaan adalah pd 31 disember 2010
hadiah yg bakal dimenangi oleh pemenang adalah teddy bear laa. :)
 
dengan ini, saya dan encik teddy saya

V
V
V
V
V

 kami bahagia bersama! klik klik

ini adalah teddy bear saya. nama dia chiko. susah payah berusaha cari nama untuk dia. sebab nak bagi yg sesuai. lagipun, tak pasti sangat dgn gender dia. tapi saya anggap dia lelaki. cumel sangat. saya tangkap dia masa jalan-jalan kat shanghai. masih baru bersama, tak sampai setahun. ini adalah teddy bear kedua yang hadir dlm hidup saya. sebab yang dulu dah arwah. sekarang, malam-malam katil penuh sebab ada dia. teman saya. dia nakal macam tuan dia. saya sayang chiko!

ok, sekarang nak tag kawan-kawan yg cumel;  (cepat g posing nan bear masing-masing)







Friday 24 December 2010

puas, walaupun gagal

ini kisah benar, tiada yang benar melainkan benar-benar belaka.

kakak>>> cik tiena

abg>>>> adik kepada cik tiena
maklumat lanjut
nama penuh: badlee hazman bin yaakub
umur: 15 tahun


tahu sebab apa? sebab hobi cik tna memang suka membebel.
so, saja je wat entri bebelan.

ok, akak nak cakap kat abg, congratz la dapat result semalam. dapat gak la beberapa A, walaupun hadiah yang dijanjikan melayang. takpela abg ek, semua orang dah ditentukan rezeki masing-masing. yang penting abg dah usaha. kan?


kalu akak, akak tak kisah walau gagal sekalipun. yela, kalau gagal pun, tak bermakna kita bodoh. cuma takde rezeki. takpela. cuba n cuba lagi ek!

nak tahu tak?
kenapa akak puas walaupun gagal?
sebab semua tu sepadan dengan usaha akak,
sepadan dengan masa tu,
sepadan sangat.


puas la,
sendiri tulis,
sendiri fikir,
sendiri buat salah kalau tersalah,
tak pe, sebab tu semua memang 100% buat sendiri.

cuba kalau kita tak jujur buat,
puas ke kalau dapat paling bagus?
orang lain rasa bagus.
tapi kita sendiri tak puas.
nampak sangat kejayaan yang palsu.

kalau boleh tak payahla pandai sebab result je,
tapi diri sendiri tak pandai,
bertindak cam orang takde ilmu.

buat benda biar sendiri punya,
original,
jangan tiru waktu periksa,
jangan tanya orang lain,
sendiri buat, sendiri rasa.
baru  puas.


puas, walaupun gagal.

abg, akak tak ckp abg tiru la. akak cuma nak cakap. takpela dah rezeki kita sampai situ. bersyukur ek. itu keputusan kita, kekuatan kita, dan kelemahan kita. diri kita sendiri. takpela. lain kali usaha lebih lagi!

puas, tak bermakna tak perlu usaha taw!





 

200 blog !

ini segmen abg ben ek.
1st time nak try.
siapa yg nak tahu klik klik. 
sebelum tengahari.

Thursday 23 December 2010

jangan salahkan aku

Bukan salah aku jatuh ke dunia,
Ini takdir aku, 
Diberi peluang lihat bumi indah,

Bukan salah aku,
kalau selalu marah
Bukan salah aku,
kalau selalu menangis,
Bukan salah aku,
kalau aku terasa hati,
Bukan salah aku...

Aku punya rasa,
Aku punya jiwa,
Aku punya perasaan,
Bukan salah aku..

Walau macam mana kuat hati,
Tinggi mana ego kamu,
Tetap ada rasa itu.

Bukan salah aku,
Bukan salah kamu,
Ini bukan kesalahan,
Tak salah,
Kerna kita semua ada rasa.

SAYA NK KENE TAMPO

hye.
ni 1st time tna nak join GA,
sal sebelum ni tna rasa join pon same je kowt,
memang tiada harapan, hehe

hari ni suka-suka nak join,
teka teki,
sebelum tu, thank kat cik miera sbb tag tna ek,
ok, sesi meneka berapa banyak bonuslink point cik appleijo,
nak tengok soalan lebih lanjut,
usha laaa.

 
tekaan tna; 1143
 
 
mahu tag kawan n yg tersyg sy ni;

selamat mencuba dan selamat berjaya!
sebelum 24 dec 2010

 



Tuesday 21 December 2010

kamu (^_~)

selamat malam.
malam ini indah. jadi aku ambil masa. jiwang time. dah lama aku tak berjiwa utk entri. aku punya sayang. tapi aku punya ego. aku sedar aku itu ego. tapi aku tetap begitu. memang la. dah biasa. aku tak buleh takda ego. tak biasa plak rasa di hati.


ok, sudah.
aku mahu tulis entri untuk seorang kamu.


kamu,
kamu tahu hati saya selalu display nama kamu.
hati saya hanya ada kamu. kadang-kadang saya selalu marah-marah tak tentu pasal. tapi, saya tetap sayang awak.

kamu,
kita jauhkan?
tapi dari dulu kita selalu cakap hati kita dekat,
sebab hati kita 1, macam 1 malaysia.

kamu,
kamu mesti faham saya, saya sayang kamu,
tapi banyak mende saya tak suka,
saya cakap bukan saya tak sayang awak,
sebab saya nak awak sentiasa faham saya,
saya nak awak ada dekat saya,
saya sayang la kat awak.


kamu,
tiap kali kita ada salah faham,
saya mesti refresh hati saya,
saya nak hanya awak dalam hati saya,
awak segalanya buat saya,
saya sayang awak taw.


kamu,
apa pun jadi, sampai bilapun,
saya tetap sayang awak!


dah, tak boleh panjang-panjang. pasal aku nak kene tidur.
esok nak sekolah lagi sampai petang.
2 weeks lagi final. ingat belajar bahasa cina semudah ABC?!
oh tidak!! 
tak mungkin



Sunday 19 December 2010

pilih pilih

assalamualaikum dan selamat petang.
today is sunday. 

hari ini aku nukil kisah semalam.
apa yang terjadi, hanya tna dan mereka (kawan aku la) yang tahu.
semalam cik tna kuwa berjalan-jalan naik kereta (teksi), jauh merantau utk pertama kali ke hong qiao.

kami berpakat pakat membeli,
















banyak kan?
memang la, barang made in china kowt.
tapi duit tetap duit taw, we all beli gune duit k.
ini pun beli utk orang la. kowt.


kisah semalam, membengangkan aku gak la seposen.
tak guna punya orang. terang tang tang nak tipu aku. nasib baek tak tertipu. ceyt. 
siap tarik tgn aku suruh beli barang dia. dah la tarik kuat-kuat pulak tu, stress aku. haha.


nasihat buat kawan-kawan dan semua.
jangan mudah tertipu oleh rakyat china nie. jahat betul. nyampah aku. tapi aku suka gak g beli barang. haha


lagi satu, aku pelik.
Bila aku jumpa orang Malaysia yang melancong ke beijing, aku pelik, pelik gila. Asal sombong sangat mak aihh. senyum n tegur pun dia wat muka kat kiteorang. urghhh.


sekarang, mood aku; MENYAMPAH GILA
 

Saturday 18 December 2010

kami kami



salam dan selamat pagi. rini bangun awal untuk memblogging. sudah lama aku berehat. nak melakar mana pergi masa-masa aku. hehe.

tapi kali ini bukan sendiri. kerna aku ada mereka-mereka dan mereka. aku gembira? itu dah pasti. lega? lagi la. kerna aku bukan sendiri. acehhh. takla, ni aktiviti luar bersama classmate aku. korang nak kenal classmate aku? meh nak perkenalkan. hehe.




jejaka kacak kelas aku. pilih-pilih mana yang berkenan. haha. semua macho-macho dan bersuara merdu.

awek-awek cun di sana. haha. ini hanya buleh dilihat, tidak buleh dimiliki. not available, sorry.


mari kita tengok yang lagi cumel. hehe. 
pasangan merpati berjoli-joli. 





ini untuk separuh akhir. haha, masuk pertandingan ke? 
takdelah. kita saja je mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang.

apabila malam yang sebenar menjelang. 

kami beraksi lagi. iskhh, poyo gile. haha. aku memang poyo. biala.







hehe. abish dah cerita pagi ini. sebelum tu, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih pada ieyqa adam,classmate saya yang mensponsor gambar. haha. ok, nanti buat entri laen pulak. 


salam semua.












Tuesday 14 December 2010

jangan pergi

kau,
yang pertama aku cari setiap hari,
bangun tidur, terus aku mencarimu.
kau yang pertama dalam hari ku,
 hari aku hanya ada kerna kau.

sesudah aku pulang dari sekolah,
aku juga perlukan kau,
mahukan kau,
kau sangat penting dalam hidupku,
akan aku dapatkan kau.

ada masa,
aku terlalu perlukan kau,
dan kau sentiasa ada.
aku gembira kerna mampu dapatkan kau.

jangan bilang kau tiada,
kerna kau sangat penting buatku,
dan aku tak bisa tenang tanpamu.

tadi,
aku terkelu,
ada yang hadir, 
mengetuk pintu bilik ku,
dan kata kau akan pergi,
walau hanya untuk seketika,
tapi kau tetap pergi,
tak bisa aku bayangkan hidup tanpamu,
aku tak mahu.

tolonglah,
aku pinta padamu,
jangan pergi,
aku tak suka tiada mu,
siapa yang sanggup hidup tanpa air panas di musim sejuk ini?
aku tak suka takde air.
nak nak lagi air panas.
tolong jgn pergi!
aku perlukanmu!!!

dari aku; yang suka mandi (^_^)Y


Monday 13 December 2010

bila kau sentuh hatiku


Aku pandang cermin,
Ulang kali aku tenung,
Apa yang kurang padaku?
Macam makhluk asing kah aku?


Mahu aku Tanya semua,
Kenapa begitu kata dari kamu?

Hati aku pilu,
Resah aku sungguh tak terkata,
Kau buat air mata aku jatuh satu persatu.

Apa salah aku?
Kau kata kau malu?

Aku tahu aku tak glamor macam cik Siti,
Aku tahu aku tak hot, katy perry
Aku tahu, aku memang tak lawa.

Tapi , perlu ke kau kata kau malu dengan aku,
padaku?

Aduhhh,
Lidah aku kelu,
Tak dapat aku nak mengadu.

Aku tengah sedih nie, feeling sebentar.

Kamu, kamu.
Cuba kamu belajar simpan kata hati,
Tak tak,
Apa kata kamu belajar bercinta,
Yaaa..
Belajar terima kurang dia,
Belajar cinta kurang dia,
Dan akhirnya cintai dia.



Pantang betul aku macam ni. Dah kau nak complaint complaint pasal kekasih kau tu buat apa. Baik kau complaint pasal mamak ke, harga minyak naik ke, hape ke, tak la bosan sangat mendengarnya.
Kalau aku punya kekasih. Aku terasa hati bila dia cakap malu sebab ada kekasih cam aku. Aku sedih kalau dia cakap kurang aku. Aku tahu aku kurang. Aku tak kisah orang cakap. Buruk mana pun sungguh aku tak peduli. Sebab nak cakap hebat cam mana pun, korang bukan kenal aku. Tapi, aku touching gila kalau orang yang cakap tu, yang rapat nan aku n kenal aku. Tak sangka korang rasa aku camtu. Ceyt. Cam sampah.

p/s; jangan bercinta kalau kamu malu dia jadi cinta hati kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...