sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Tuesday 30 November 2010

siapa tahu rupa aku bagaimana?

dah lama jari-jari aku diam, berhenti untuk berehat seketika.
 kali ini, aku sambung tulisan tangan aku. seni. seni yang asli. tulen tanpa sebarang rasa palsu.

selalu dengar orang kata. 'don't judge a book by its cover'. tapi hari ini, bicara aku. jangan judge rasa dari rupa orangnya. bunyi macam sama. tapi makna beza-beza. mungkin kerna kita berada di lingkaran berbeza.

awak tahu apa rasa tiada rasa?
awak tahu apa makna tiada rasa?

awak tahu apa makna tiada rupa?
awak tahu apa rasa tiada rupa?

tanya sama aku?
aku mana tahu. sebab tak tahu pun aku punya rupa macam mana. 
kalau tanya rasa. aku punya rasa. aku yakin rasa aku tak sama dengan yang lain.


alam ini indah. ada orang punya sama rasa. tapi, tak semua rasa sama.
ada gembira, ada kecewa, ada yang gundah, mahu gelana.


kalau lihat kucing mengeoww, kita kata dia lapar,
kalau lihat baby menangis, kita kata baby lapar,
kalau aku lapar, tak siapa tahu. 


kerna manusia itu istimewa, tak semua rasa nampak di muka.


yang ingin ditekankan di sini hari ini ya,
yang tak nampak di muka tak bermakna tiada rasa.
yang tak tersenyum, tak bermakna sedih merana,
yang gembira sentiasa, tak bermakna tak pernah melara.


semua manusia itu sama,
punya rasa, jiwa dan raga.


hidup ini indah, kerna pahit manis dtg bersama.
ia buat kita rasa lebih bahagia,
hidup lebih bermakna.


ini nukilan suka-suki aku :
hari ini kau lihat wajah aku,
suram sunyi sepi tak berlagu,
sugul,
sungguh aku mengerti,
kau tak pernah tahu apa rasa hati ini,

aku coretkan kau sebuah puisi,
buat aku nukilkan rasa yg tak sampai pada diri,

dari raut wajah ini,
aku pernah gembira,
aku pernah bahagia,
aku pernah tertawa.

tapi kini,
ingin aku tulis bicara akhir buatmu,
yang tiada rasa utkmu lagi,

muka aku sudah tak selari rasa hatiku,
kerna hati aku bukan milikmu lagi,
sama macam waktu kita tak pernah kenal dulu.

aku punya rasa,
tapi bukan rasa denganmu,

biar rasa aku tak sampai pada rupa,
kerna hatiku bukan kau punya.



emosional plak aku setelah sekian lama. ok. mahu tidur sudah. selamat malam beijing! :)

Sunday 28 November 2010

i mish u my darl. *_*

teringat hari semalam. mimpi aku. 
aku rindu  kawan aku la. tu yang asyik nak mimpi je.
kawan aku yg cumel-cumel. rindu-rindu.

betul ni. aku memang riindu kat kawan aku. sampai terbawa-bawa dalam mimpi. hebat kan? aura kasih syg aku. hehe. 
buat sahabat handai, kenalan rapat, dan semua kenalan. aku rindu kat kamu semua. sampai termimpi mimpi dah ni. walaupun mimpi aku ntah pape. tapi, aku pasti, rindu tu ada. terimakasih buat yang sudi hadir dalam mimpi aku. terimakasih banyak-banyak. walaupun sekejap. cukup bermakna.





 rindu kat kamu kamu semua. yang mana aku ada koleksi gamba je la ade. mish mish.
c u nt.


kali ini tiada yg teristimewa. kerna semua istimewa. jgn terasa hati. :)


 

Saturday 20 November 2010

bila mungkin aku berjaya

BILA MUNGKIN AKU AKAN BERJAYA?
kalau aku tanya semua orang, ada orang boleh tolong jawabkan tak?
aku suka tanya. aku suka fikir bila.
tapi, aku tak tahu nak buat apa.
aku cuma selalu rasa ingin berjaya.
macam orang lain yang berjaya.
bahagia selalu.
sebab selalu berjaya.
aku seronok tengok orang berjaya.
kalaulah aku berjaya seperti mereka.
kan bagus.
 
aku tak cakap aku tak berjaya.
tapi, aku mungkin tak seperti yang lain.
berjaya dan sangat berjaya.
tahniah.

selalu tengok orang berjaya.
aku fikir,
apa rahsia mereka berjaya.
nak tanya segan.
fikir, fikir dan fikir.
macam-macam kemungkinan hadir.
 
sebenarnya,
aku tak perlu fikir rahsia mereka berjaya.
aku tak perlu tanya bila aku akan berjaya.
baik aku mula langkah aku ke titik jaya aku.
dah.
nak pergi baca buku.
kejayaan tunggu aku.

yang lain pun boleh tiru macam saya.
jom baca buku.
jumpa lagi di titik kejayaan k! 
(^_^)Y



hidung kapak

SITUASI 1
A: hensemnya..
B: siapa?
A: yang paling hensem la. 
B: yela, yang mana satu?
A: yang.... urm.... hidung paling besar.
B:yeke? peliknya

SITUASI 2
A:weyh, cuba tengok.
B: mana? 
A: yang tu.. kacak kan?
B: agakla. hidung panjang kan. memang kacak

SITUASI 3
A: awak, awak ni cumel la.
B: ada pulak. mana adala. biasa-biasa je.
A: betul. dulu kan saya ingat gigi je ada gigi kapak. rupanya, sekarang baru saya tahu. hidung pun ada hidung kapak.
B: merepekla.
A: betul.. hidung awak besar bapak, cam kapak. cumel jewk. :)

maaf andai ada yang terasa hati. aku hari ini mahu menulis tentang satu ciptaan istimewa, yang ada pada kita. manusia. InsyaAllah semua orang telah dikurniakan sebuah hidung. betul ke sebuah? ke sebatang hidung? atau mungkin sepasang hidung? urmmm... ok la. kita cakap hidung jela. 
semua orang ada hidung. siapa tiada hidung, tak tahulah nak cakap apa.  mari menurut kajian dari aku. hehe. menurut kajian aku. dari apa aku tengok, jangka dan rasa. setiap orang cenderung dan kebanyakan suka melihat mereka yang berhidung mancung. cumel kowt. aku mengaku. aku jua begitu. suka orang yang berhidung besar, mancung. cumel cumel dan cumel. jujur cakap.memang cumel.

bersyukur la dengan apa yang kamu ada. aku tataw apa perasaan mereka yang memiliki hidung cumel ni. siapa yang nak kongsi rasa boleh la beritahu aku ek. nak juga aku merasa dan mendalami perasaan mereka.

ya tak ya juga kan. selama aku melihat ni kan. kebanyakan mereka yang cumel ini ( mempunyai hidung yang cumel ni kan) adalah mereka yang datang dari utara tanah air. ni kat malaysia la. kalau kat luar malaysia. mungkin pakistan, turkistan, atau mana-mana stan lagi la. tapi aku tak cakap la tempat lain tiada mereka yang cumel ni.cume purata tu tak la banyak sgt kowt. 


maaf lagi sekali. kalau aku merepek. tapi aku memang suka merepek. aku suka orang hidung mancung. aku pun tahu kawan-kawan aku pun sama. suka orang hidung mancung. 

buat mereka yang berhidung mancung. biar hidung mancung. jangan hidung tinggi k.

Wednesday 17 November 2010

kali ke-2 beraya di beijing

hari ini hari raya. jadi saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua. kalau hari ini aku hanya berhari raya sendiri. aku tak terasa hati. aku tak sunyi.

bangun pagi-pagi, ingat nak pakai baju raya berhias raya. tapi kemalasan terlampau. cam membazir plak. laptop ni ayik buat hal jewk. naik maleh aku nak mengadap. tapi tak buleh la, hari ini hari raya. aku nak bersama lp beraya. mula mengadap laptop aku. pertama. bukak. takbir raya.


mood : hari raya korban
nak pasang lagu raya, aku takde koleksi pulak. layan jela takbir ni sampai sudah.

sesambil tu, sebenarnya. semalam aku dah ke pasar. beli sayur-sayur. dah lama aku rasa nak cuba buat nasi ayam. sebelum ni ada try tanya classmate aku. camne nak buat ntah. dia cakap la sikit sikit. selebihnya? aku google la bai.

dah nak hampir tengahari, aku mula operasi. masak nasi kemudian ayam. maka siapla nasik ayam aku.




standardlah. aku ni kan beginner lagi. masak pun lebih kurang. aku gembira. walaupun aku hanya beraya depan laptop ditemani pak cik ayam dan nasik ayam aku jewk. btw, selamat hari raya korban buat semua.

aku ingat plak peristiwa tahun lalu. lagi sadis weyh. beraya dalam mimpi. pasal sampai sudah aku terlantar atas katil. yela. dah pengsan sbb tidur lewat sgt. matahari terbit baru carik bantal. menyesal tak sudah. dan berlalunya hari indah aku begitu sahaja. rugi betul.

buat kawan-kawan aku yang tak dapat beraya bersama keluarga. bersabarlah ya. raya dari jauh  pun raya jugak. lagipun bukan kita jewk. ramai lagi orang senasib. tak pun lagi dasyat dari kita. ada yang kad bank kene telan di pagi raya. lalu, makanan kat satu-satunya cafe yg bukak pagi tu plak habis. nampaknya, terpaksala beraya dgn  magie. ada gak rezeki tu. jgn risau k.

weyh, walaupun suasana hari raya kat sini tak sehangat di malaysia. tapi aku tahu, hati untuk beraya tu masih ada. yela, ada jewk yg keluar g embassy, beraya. walaupun tak ramai. cuma aku ni tak sehat la. tu yg bertapa jewk beraya dalam bilik. kat luar tu sejuk sangat. tak berdaya aku nak berjalan. uhh, tidak.

korang raya ape perasaan? mesti gembira jewk kan. bagusla. aku pun tumpang gak gembira. makan kuih n lain-lain tu jgn lupa aku. kerna aku pun teringin gak. aku kan suka makan. kat sini aku dapat makan tat telur jela. nak lebih lebih, tak mampu la plak. hoho

k la, aku ni kalau merepek no 1. to be continue.
terimakasih kat pakcik ni
sebab teman aku beraya bersamanya. aku makan. dia tengok. hehe

salam aidil adha. dari aku dan dia. maaf zahir batin. :)

Saturday 13 November 2010

he is my baby and my only baby


Pertama kali kau hadir dalam hidupku. Aku gembira tak terhingga. Kerna dulu aku sendiri. Kerna dulu aku kecewa. Kau hadir utk temani aku. Gembirakan aku. Beri aku bahagia. Semua kau beri padaku.

Aku bersyukur pada-Nya kerna ada kamu utk aku.
Kalau aku kesedihan, akan kau buat aku tersenyum kembali. Kalau aku kebuntuan, akan kau ada di sisi membantu. Hanya engkau yang fahami aku. Hanya engkau yang mampu sejukkan api kemarahan aku. Hanya engkau yang boleh teruskan hidup denganku. Kerna engkau tahu caraku. Engkau tahu hidupku.

Pertama kali aku bertemu denganmu. Adalah saat indah buat aku. 

You are my only one,
My baby n my only baby.
I love you soo damn much!

 gamba sekadar hiasan.



my true baby is u laa.
 

aku terpaksa tinggalkan engkau, sebab kau yg berubah


Kau dah banyak berubah,
Sejak pertama kali aku denganmu, berdua

Kalau dulu, aku akan gembira melihatmu,
Kurasakan aku di awangan begitu bahagia,
Tapi kini kau,
Membuatkan aku sering berfikir,
Mengapa engkau begini?
Mengapa? Mengapa?

Tak ku sangka kini kau telah berubah,
Dari yang indah kepada kusam,
Dari yang manis menjadi masam.

Mungkin telah tiba masamu,
Menjadi apa mahu mu,
Kerna engkau telah berubah,
Aku juga ingin begitu,
Pergilah engkau terus begitu,
Kerna aku akan memilih yang lain,
Aku pasti dan yakin,
Masih banyak yang lebih bagus darimu di luar sana,
Yang tak mungkin peningkan kepala ku lagi,
Yang bisa membuatkan aku tetap dengan nya,
Yang tak kan membosankan aku,
Aku yakin dan percaya,

Kau bukan untuk ku,
Kau bukan pilihan terbaik.
Kini aku pilih untuk tinggalkanmu.
Selamat tinggal.

*nanti aku kene beli sos cap lain pulak. Sos kali ni tak sedap la, mesti sebab kakak aku yang belikan haritu. Not my taste

pagi ini

selamat pagi semua,
bangun pagi dan masih terasa ketidaksihatan dalam diri, pening- pening lagi,
tapi jari dan hati aku tetap bergerak ingin teruskan entri,
kalau aku mahu tulis semua rasa aku,
nanti semua orang tak boleh faham, 
boleh terpening kepala cam aku.
hari ni aku nak mintak maaf dengan semua,
kalau aku ada khilaf. memang hidup ni kita tak pernah lari dari khilaf, hanya kerna kita digelar manusia, macam-macam kurang yg kita ada, bukan kekurangan itu telah dianugerahkan kepada kita, tapi kita yang cari dan  memiliki kekurangan itu.
aku ni kan budak nakal,
maaf tersalah kata, terguris hatimu,
maaf terkasar cara, terluka  jiwamu,
maaf tersalah langkah, tertolak anda.
aku hanya seorang insan yang mahukan bahagia,
bukan ku kata kerna ku pentingkan diri,
tapi aku hanya mencuba yg terbaik,
untuk cipta bahagia.

tak seronok tengok budak nakal?
budak nakal bukan  budak jahat,
budak nakal tu happy go lucky!
suka buat mende yang gila-gila tapi tak bahaya.
budak jahat tu mmg jahat,
jangan kawan dgn dia,
bahaya.

semalam ada yang kata aku bercinta hanya untuk menganiayai,
baru aku sedar kan,
habis semua orang yg bercinta, dan tak berjaya itu teraniaya? menganiaya?
tak baik taw tuduh-tuduh macam tu,
lain kali kamu jgn bercinta taw,
lebih-lebih lagi kalau takut rasa teraniaya.
pengecut.

kalau kau percaya dgn cinta, kau carilah orang yg kau sanggup dianiaya olehnya,
baru betul. mencabar.
tak kisahlah kan, cakap percaya,
takkan takut lagi kowt?


Friday 12 November 2010

jadi

aku tak mahu teringat,
jadi aku tak mahu fikir,
aku tak mahu tahu,
aku tak mahu kau.

aku perlu masa.
aku mahu jadi biasa.

Thursday 11 November 2010

selamat hari single ye awak!

siapa tahu hari ini hari apa?
hari ini hari khamis.
pandai la awak tu.
selang beberapa hari lepas, aku macam rasa pelik.
rasa macam special sgt hari ini.
tanya orang lain,
mereka cakap hari ini result UPSR keluar.

patutla istimewa.
result dah keluar. tapi, sebab tu ke?

tadi kat sekolah,
cikgu cakap, today is SINGLE DAY FESTIVAL!
wow!

pertama kali dalam hidup tahu kewujudan hari ini,
jadi di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan selamat hari bujang buat semua yang masih bujang.
bujang itu bahagia juga. 
gembiralah wahai lonely ranger.
huhu

tak taw datang dari arah mana festival bujang ni.
tapi baguslah,
raye jela hari apa jewk yg ada kat dunia ni. tapi ala kadar sudahlah.
tak perlu berlebih-lebihan.

aku try mencari info tentang hari ini.
so jawapannya ialah,
.......................
.....................
.....................
November 11
Singles of origin, has always been a fan of a wide variety of speculation and argument. However, the fact that the spread is wrong. Singles real history, very few people know. This has to be a story from the start.

  According to legend, there are four men, of course, is a bachelor, that is, no girlfriend, no wife, no lover nor a certain kind of partner. Mahjong playing them together. Hit from 11 am 11 pm.

Secondary'd win or lose, surprisingly, mahjong process, no matter who and licensing, Zimo or take a gun, and four are. So from beginning to end, all the four, four, four. Finally, people have lost much of the fire, and pound the table that the four four, four what ah? The other three said that four to four, but four do.

  What four? This was originally not a problem, mahjong tiles, the four is four, not four what to say. However, so after mahjong, they went to shower, a clothes pants off, the answer came out very quickly. Losing money in that person, very excited, flushed the water's edge cheering, I know what the four, I know what a four!

  Later, these four bachelor four to commemorate finally know what is special to this set Singles. Coincidentally, this day happens to be November 11, the calendar, just right, no less, that is, four ... ...
  
siapa pandai main mahjung, kemungkinan akan faham. 
jadi, main mahjung dulu,
baru tahu kisah sejarah wujudnya festival ni.

ini mereka kata,
yang lain saya tak tahu pulak. 
tak pewla, kite amek ini sebagai hiburan petang k.
dgr jela apa aku cakap ni.
benar atau tidak,
ini hanya kata mereka.
aku tak kata apa,
benar atau tidak.
ini kata mereka.
aku beritahu je.

selamat yaa semua!
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...