sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Monday 24 January 2011

aku jiwang, dan dia tidak

selamat pagi semua,
hari ini saya masih lagi dalam percutian semester, walaupun saya cuma berada dalam bilik sepanjang hari.

so, dalam mood kejiwangan ini. aku buat entri yang dituju khas buat semua.
haha. ini bukan untuk korang kutuk or apa. saja jewk aku layan jiwa aku ni.
nak ajak korang baca. kali ni best sikit. sebab aku tulis kisah benar. berdasarkan pengalaman aku sendiri. tak buleh bla. cam bagus sangat aku ni.

ok ok.
sekarang kita story.

1)Apa perasaan aku bila aku jiwang dan boifren aku tak?

kadang-kadang aku touching gak la seposen. mahu tak, kau buat ayat lemah gemalai macam gila punya seni semata-mata nak bagi ayat tu bermakna. last-last dia cuma kata "ok".

2)Apa aku buat nak bagi boifren aku faham.

selalunya lepas aku bagi ayat-ayat puitis kat dia, aku mesti kena terangkan satu persatu. nasib baik la bf aku ni pun faham jugak. apa-apa kemusyhkilan on the spot dia tanya. sampai faham la 100%. walaupun aku tak berapa pasti. yang dia faham ke tak. tapi dia buat muka bersungguh-sungguh je. so, aku percaya jela.

3)selalu ke awek jiwang nan boifren tak jiwang ni gaduh?

hoho. ini biasa. lumrah kehidupan. tapi kasih sayang yang tak pernah habis tu,selalu ada. dan kami masih bersama dan akan terus bersama selamanya. insyaAllah. bahagia ya!!


sudah la. sampai di sini dulu entri karut dari aku. saja je aku ni. takde kerja. boring boring.

ehh, tapi korang kena tahu satu. biar pun boifren aku ni tak jiwang. tapi dia romantik. romantik gila babai. 

mesti pelik kan, apa beza romantik dan jiwang?

romantik=the ways of he/she treats us

aku jujur katakan. aku tak romantik langsung. 0% romantik dalam diri.
maybe sebab aku ni memang agak kasar sikit. tapi,taklah ganas macam pengganas. kalau nak memujuk dia. cuma ada kejiwangan dalam diri ni sebagai kekuatan. tabur lah ayat-ayat jiwang to say sorry. sengal gila.
lagi dengan sifat jujur,telus mulus aku ni. memang susah la aku nak berpura-pura romantik. haha. harapan jela.

biarlah aku jiwang dan dia tidak. aku tetap sayang dia 
baguslah kita tetap begini.
sebab saya percaya dan yakin. yang tak sama tu tak bermakna tak boleh bersama. unik la. sorang jiwang sorang tak. hehe ;)
baru la saling melengkapi namanya.

bagi insan-insan yang tak berapa jiwang dalam diri. jangan berkecil hati.
setiap orang ada kelebihan masing-masing.
 sama macam kekurangan.setiap orang ada. kita cuma perlu bersabar dan terima seadanya. nobody perfect k!


di kesempatan ini. tiena nak mintak maaf kat baby. kalau tiena ada tersilap kata terkasar bahasa. tiena syg baby tiena ni.

 budak tak jiwang, tapi paling romantik dalam dunia
comel gak gamba ni. setelah diedit dengan jahat dan jayanya oleh tiena. haha

muka budak jiwang ayam

tiena paling sayang baby. thanks sebab kamu sentiasa ada dalam hidup tiena. support n selalu tlg tiena. kamu jewk yg faham tiena. dari kecik sampai besar. syukur sgt dapat kenal kamu. b, tiena harap masa selalu ada utk kita. aminn^^


semalam kita dah wat page kat fb.  kita tak pandai. biasalah. maseh mentah. sempena dah nak hampir setahun blog maseh mentah usiaku~~ ni. so, tengah duk fikir idea nak wat contest apa. hadiah pun ngah bincang ngan sponsor lagi. harap-harap dapat sambutan la contest sy. kalau tak, tak buat dah la pasni.haha

salam semua^^
















Friday 21 January 2011

bila tiba hari bahagia (:

salam.
aku mengarang sebagai seorang insan di dunia. ya, aku insan dengan jiwa dan raga.
aku jatuh cinta dan mencintai si dia.
aku tahu, semua orang punya rasa yang sama, semua orang ingin dicintai dan mencintai,
mengharap untuk bahagia bersama si dia selamanya.
dan kini aku bahagia.



bahagia untuk apa?
maaf. ini bukan kisah cinta. dan itu bukan gamba kahwin saya.
soal jodoh tu semua di tangan Yang Kuasa.
saya hanya mampu berdoa.^^


ni soal aku dan mereka.
pelik kan entri mereka-mereka ni. 
mereka adalah teman aku.
nanti aku cerita lebih lanjut ya.








timing baik sebab hari tu tiada awan. langit biru.
sesuai untuk ambil gambar posing-posing.
yup! ini bukan sessi photoshoot or whatever.


ini hanya gamba sesuka hati kami lah.












yang tak menahan sejuk gila tahab gaban,
buleh berani mati pakai baju cam tu. hehe :D
gila kentang!



kami hanya keluar untuk bersiar-siar,
ke mana kami bersiar?
teka lah kalau pandai!


jauh perjalanan, hanya kami yang rasa.
kami naik flight berjam-jam,
tu tak masuk yang delay nak transit segala bagai.


jum usha lagi.


V
v
v
v
v
v
v
























ini adalah kepingan gambar yang terakhir.
hari sudah senja. dan kami melangkah pulang.
detik-detik akhir itu. kami dah tak berdaya lagi.
dengan suhu antara -4 hingga -9 camtu, berserta angin yang bertiub kencang.
kalau perasan. air pancut tu dah beku sebenarnya.
kami pun mencari makanan dan pulang ya!


btw, tiena nak ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi meluangkan masa keluar bersama.
i'm happy with it. yaa!
paling terima kasih kat camerawoman kita.


gambar sekadar hiasan.
camerawoman bukan aku la. orang lain. ini cuma gambar gila glamor.
maaf ya.

last but not least.
mesti ramai orang nak tahu kan, kita orang pergi mana?
ok la. aku pun tak nak berahsia.
apa yang best kita kongsi bersama.


世界公园
terletak di beijing, china.
lepas ni siapa-siapa nak melancong, boleh pergi ke sini ya. dialu-alukan.

p/s: seronok kot, menghabiskan masa sehari mengelilingi dunia.
tapi beberapa hari juga lak aku berehat, sebab letih gila kowt.
peace korg!
salam (:

Wednesday 19 January 2011

apa nak jadik budak sekarang?

yeahh!
aku kepenatan seposen. jangan tanya aku kerja apa?
aku tak kerja lagi la. budak sekolah, masih mentah~~
haha. poyos gila ayat. 

malam yg indah tadi, aku telah sneak out dari asrama.
tapi pelik kan, ada ke budak U sneak out kul 5.30 malam?(sesudah maghrib di tempat saya k)
ntah la tu, korang baca, korang nilai.

akak cumel honey madu ni mengidam pizza.



aku hanya bisa menemani, dan join sepinggan dua.
dari nak makan Mr.Pizza beralih pada Pizza hut.
aku tak kesah. sebab semua aku baham. standard budak sehat. semua tibai!

sebelum tu kami singgah sahur kat watson, 
beli barang-barang sikit, sikit la sangat (:



dan tiba saat yg dinantikan;
MAkan tiME;



muka gembira je dapat makan. hehe
inilah manusia sihat. 
sorry. gambar makan tak banyak. especially makanan, takut nanti ada orang jeles budak kecik 2 orang ni makan banyak. dah la sedap! 
walaupun sebenarnya kami fokus makan. takda orang nak ambil gamba.

inilah muka kegembiraan kami berdua!

inilah kerja kami sepanjang cuti sem ni.
tak dapat pulang ke tanah air tak bermakna kami tak gembira.
dapat jugak makan,
 siapa tak gembira?

 u all yg makan sedap-sedap kat rumah tu jangan lupa kiteorang kat sini k.
sebab aku jeles gak seposen nan korang^^

k la, nak kena chaoss. adios!

gudnyto (:

Monday 17 January 2011

kisah buah hati saya

selamat hari isnin.
setelah sekian lama aku tidak mengarang, aku pun ingin melepaskan gian,
selepas cerita terakhir insan bernama kasih (tahun lepas punya).
sekarang aku nak buat karangan lain pulak.
karangan adalah berbentuk bebas.
suka hati la nak tulis apa.


CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

selamat malam!
aku baru sudah pulang dari gym. haha.
ingin menyelesaikan tag dari cekla. tag bukan sebarang tag ok,
tag nak ajak join contest rebut rm100.

ada sesiapa berminat join?
mesti ramai yang nak join kan?
ok, cepat klik-klik


mahu tahu siapa penganjur?
ini adalah contest tajaan sepenuhnya oleh: si gadis bermata coklat. cik siti fatimah.

dan ini pic saya;


cool tak?
buat apa korang jawab, meh nak jawab. buleh la jugak. haha

ok, kalau saya menang, saya nak beli winter coat baru. sebab winter coat saya dalam gambar ini tak dapat diselamatkan lagi. sudah tercabut zip-zipnya. biasalah. made in china. tapi, itu winter coat pertama yg saya ada sejak sampai kat beijing  dan satu-satunya yang labuh. mana lah tahu. ada rezeki dapat yg baru.

sekarang nak tag kawan-kawan;

join-join! sementara stok masih ada.

TARIKH TUTUP penyertaan; 1 Mac 2011

goodluck semua!




Pose Slumber Laptop Contest

selamat petang!
contest-contest dan contest. jom join ramai-ramai!
thanks kat cik ungu violet sebab tag tiena join contest nie!

nak tahu tak contest apa?
ini adalah contest anjuran tuan blog iGossip 


tengok-tengok apa lagi? klik jela gambar kat atas ni untuk maklumat lanjut.
mudah, ringkas dan ada hadiah bakal menanti anda!

jangan tunggu sampai esok!
sebab..

hah! cepat-cepat join.

aku yang puas membelek-belek. jumpa ini!




ini dia cik tiena duk posing-posing depan laptop. amik nak!
sebenarnya gambar ini tahun lepas punya. sebelum g kelas pose dulu depan lp, beasela, bilik takde cermin besar. ni tengah test, tengok kurus dah ke belum. haha.


sekarang tiena nak tag;
cekla
misz matahariey
ameer
zoey zau yah
tulus sweet

ok. jum pakat join k!
gudluck!
:)






Thursday 13 January 2011

aku tak tahan

eyh, selamat selamat.
  baru sudah buat kerja sikit walaupun tak habis,
will b continue sat g,

sebenarnya nak beritahu ni,
buat pengakuan,
tak suka la diam-diam,
tak beritahu,
bukan nak kecoh ke ape,
saja nak bitaw.

k la,
tadi kita dah g gym,
kononnya aku ni tak nak makan la sgt,
mkn epal je pagi tadi,
balik gym nak makan salad  buah jela,
n aku makan gak la salad buah ni.


what a nice colour!
sedap taw.

what the makcik is merepek?

i just want to tell this pakcik

sorry la weyh, aku tak tahan da. seyez lapar. terpaksa.
aku baru suda makan mee pama. rice cooker made lagi (:

*aku rasa  aku ni memang tak istiqamah. payah la nak diet. patutkah aku berhenti?
hahaha^^

Tuesday 11 January 2011

suara malam

malam (:
malam ini teringat kamu.

saya baca nota kamu,
hati saya berbolak balik,
bergelora,
seperti ingin berlinang air mata.

tak pernah saya jangka,
hati kamu itu parah,
hati kamu ada barah.

saya terharu,
tak terkata segala rasa saya,
saya tak pernah endahkan kamu,
tak pernah terfikir apa rasa mu,
alpa semua tentang kamu.

kamu,
maafkan saya,
saya masih ada masa kan?
nak betulkan semua ni?



serius, saya cinta mati pada kamu



 

Monday 10 January 2011

tumpang tanya

assalamualaikum dan selamat  malam!
selepas sedar dari mimpi. aku mula mengadap.
hari ini, seawal 10 pagi bersiap dan keluar.
ke mana?
 
destinasi:sebuah tempat makan. INDIAN KITCHEN je.
tujuan: ofcoz la makan.
dari pagi keluar nak makan lunch.
 dan hasilnya...





ambik nak. muka kekenyangan.
padahal belum start makan lagi.
makanan mana?

maaf, tak sempat ambil gambar sebab aku terlalu sibuk dan fokus makan.
lain kali k.

isu berbangkit: apakah nama kuih ini?
tumpang tanya ya. sila jawab


adakah ia digelar "masak lodeh"
bak kata kawan aku
atau "vadir"?
kawan aku juga kata

aku tak tahu. sebab aku reti makan je. nama? serius tak tahu.

ini isu berbangkit tadi. yang berbincang adalah mereka-mereka yg tahu. aku tak campur sebab memang tak tahu.

ok. selesai sudah. aktiviti rini. hanya keluar, makan dan tidur (:


tapi serius kenyang. seronok aku makan tadi. especially sebab dapat daging. rawr~~

*sekarang perlu rehat yang panjang. letih makan tadi. haha




Sunday 9 January 2011

Tazpunyeblog's 3rd Year Anniversary Contest

assalamualaikum.
apa khabar semua orang? malaysia macam mana? hujan lagi ke?
kat sini, dah hampir 2 bulan winter. salji?
tak turun turun lagi. 
hari ni, kita nak masuk contest yang ditaja khas oleh cik taz
bersempena dengan 3rd anniversary blog beliau.
tahniah ya! dah 3 tahun tu. hebat^^

tarikh tutup contest: 15 januari 2011
jum join! sementara stok masih ada. 

sebenarnya contest ni bagus sgt. sebab kita boleh share tips belajar.
ayuhhh. kita share tips-tips belajar; bersama cik tiena.

sebagai seorang pelajar> kita kena ada 3 perkara ni;

1)belajar sebelum kelas
2) buat keja sekolah
3)ulangkaji pelajaran tadi. selalu lepas kelas. buka buku balik, walaupun sikit.

tu perkara penting. yang ingin cari mood utk belajar.
buleh baca ni;

*cari KAWASAN YG SESUAI. selalunya ramai orang yang suka tempat sunyi. so, carilah. kalau tiena, tak kisah kat mana pun. yang penting, kena jauh dari laptop ni.

* jum MAKAN. ni sebenarnya nak ajak study, bukan ajak makan. tapi tiena suka makan. selalu time study, mesti makan. so, kalau tak makan sekali pun, mesti kene ready kan jugak makanan kat tepi. supaya rasa semangat sikit. jangan makan tak berhenti pulak. kang tak study!

* sediakan apa-apa bahan yang perlu. kalau tiena MUZIK. ya mp3
mesti ada sepanjang masa. tapi kalau yg tak suka tu pun buleh. dengar lagu time korang dah letih je. tak kan nak paksa jiwa raga baca buku lagi. lepak-lepak lu jap.

*MOOD korang kene betul. jangan rasa nak makan, g study pulak. tak tenang la. cari timing yang betul. kalau nantok, tidur. jgn merepek nak study. badan perlukan rehat. tapi, kalau dah jiwa memang takde mood study ni, korang kena paksa jugak diri study. tapi, paksa diri study time happy la. jgn tengah stress, paksa diri study. tak menjadi.

 kalau korang nak jadi pandai. hari-hari baca buku. jangan baca 1 buku pulak sehari. baca sikit-sikit. tapi jangan stop. confirm genius!

selamat mencuba!

saya tak pandai. sebab saya tak suka baca buku (:







 

Saturday 8 January 2011

bila terkenang JANUARI 8

8 januari 2011
hari mengenang sejarah.
bukan sejarah malaysia.
bukan sejarah dunia.
ini sejarah silam. 
silam yg mendekatkan kami.


sebenarnya, hari ini. genap umur kawan kesayangan saya cik nur nabila husna. 20 tahun.
eeee,2 tu u, da tua laaa.
kalau 8 januari 2008.
takda orang nak celebrate birthday cik bell kononnya.
tapi kita celebrate sesama time malam.
walaupun hanya mkn kek di dewan selera.

yeahhh^^
sejak jejak kan kaki kat mrsm alor gajah, melaka.
saya dipertemukan dgn dia. cik bella. yeah. dia kawan baik sy, sehidup semati.

uuuu,
i mish u so much. ingat tak dulu time mula-mula sekolah. kita g prep pakai selipar jepun jewk. ada kita kesah? selamba je.
kalau time kelas. asyik makan jewk. u yg teman i. tak kewsa la. cikgu nga mengajar kat depan ke. cikgu buat homework ke. kita masih setia bersama. mkn dalam kelas. seronoknya!
pernah dulu kita lepak kt blog makmal kan? ponteng terawih. g ambik gamba. sengal la! tapi besh. jadi budak nakal. 





tapi bell.
u lg pandai dr i. kan? tiap kali exam. result mesti gempak. sbb u mmg sgt rajin dan genius. i tabik la u kak long. i tak kewsa tak pandai pun. sbb i da ade kwn pandai. buleh tumpang gembira.

uuu, rindu la. nak tidur sama. lepak sama. gosip-gosip. layan jiwang sesama. i mish u bell.
ingt lagi dulu kita asyik wat drama. u dgn B u. i . takde drama. sekadar pelakon tambahan sepanjang masa.

paling rindu sekali. nak membebel kat si bella ni. walaupun i tak bagus. tapi i suka membebel. haha. cakap hobi. bella. lama da i tak membebel cm kat u dulu. sbb takde orang dapat ganti tempat u. suka wat sengal-sengal.

ni dalam surau kan? i, bell, n ruby^^

biel~~
last time i jumpe u time ambil result spm kan? 
time tu kecik lagi. umur baru 18. sekarang u da 20.
u da besar la skrg. tamaw nakal-nakal.

 muka budak-budak.

btw, HAPPY BIRTHDAY! sweet-20 ya!
may Allah bless u. n gudluck 4 everything.
syg bella. kem slm kat umi ya.

nanti kita jumpa taw! tapi time, summer break la.
u takecare.



with lots of
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...