sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Tuesday 22 February 2011

what i did last winter 2011 when salji is falling down

assalamualaikum dan selamat pagi.

dah lama tak merepek. lagi seminggu start last sem4 kat beijing ni. dah hampir 2 tahun, walaupun baru setahun lebih kat sini. macam-macam susah yang datang melanda. tapi Alhamdulillah. semua dipermudahkan.

nak cakap pasal cuaca dunia. aku tak mampu. sebab utama, aku gagal skor geografi time sekolah dulu.
takpela. usaha lagi lain kali.

masuk tahun ni, dah 2 kali aku rasai winter di bumi beijing.

last year snow turun byk kali. this year, hanya 2 kali. tak sangka pulak. sikit jewk. tu pun dah patutnya habis dah winter. tu lahh, cuaca dah berubah. jangan salahkan sesiapa. sebab itu memang takdir.

bagi yang seronok cuti kat malaysia, memang tak dapat rasai la beshnya snow tahun ni.
walaupun takla besh sgt, sebab tak meriah. 
yela, semua pakat balik malaysia. hoho^^









bila saya mahu pulang?
tak sabar rasa nak habiskan 1 sem lagi dan balik bercuti ke rumah..

saja tak balik kali ini, utk menebalkan rindu. 
buat family dan yg tersayang. itu dah pasti.

last but not least, sekarang aku buntu. nak buat apa habiskan tak sampai seminggu lagi sebelum class bermula??
 ahhhhh tidakkk!

ini adalah fakta. tiada yg benar melainkan benar. haha
ILYSM baby!

Tuesday 15 February 2011

Jangan Sandarkan Ia Pada Kenangan

assalamualaikum. 
salam maulidur rasul.

sudah lama aku memeruk otak dalam kebekuan winter. hari ini aku tulis untuk aku.

'Jangan Sandarkan Ia Pada Kenangan'

aku ingin yang berlalu itu terus berlalu,
tak mahu ada secebis ingatan tentang kamu,
aku pohon pada Yang Satu,
hidup aku biar tak pernah ada kamu lagi,
biar kenangan aku denganmu berlalu,
 pergi bersama ungkapan selamat tinggalmu.


kalau kenang kenangan lalu.
hati aku tak pernah jumpa keamanan,
hati aku tak tahu kegembiraan,
aku hanya tetap hidup dalam duka dan kecewa.


selepas padamnya nama kau dalam hidup aku.
yang aku ingat bukan lagi kamu.
syukur, alhamdulillah.
kau pergi selamanya.


kini, 
aku tak mahu tersepit dalam kenangan kau dan aku lagi,


dalam perih pedih aku meniti usia,
hingga aku dewasa seperti kini,
banyak yang aku pelajari bersama kau,
apa itu jatuh, apa itu bangun, apa itu kuat, apa itu tabah.
semua itu kerna ada kau dengan aku.


aku susahkan banyak orang,
mak bapak, adik beradik, kaum kerabat,
semua hanya kerana kau.


cukuplah, cukup.
yang dulu biarkan pergi,
aku tak mahu kamu lagi.
aku ingin hidup sihat dan cergas.
bebas dari sebarang penyakit.


memang setiap orang terima dugaan masing-masing,
alhamdulillah, aku sudah berpisah denganmu,
aku tak kata aku benci andai kamu hadir lagi,
cuma aku harap, cukuplah yang dulu,
sebab ia dah cukup mengajar aku.






sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.





saya nak hadiah dari mommy

selamat pagi!
dah lama tiena tak berblogging.
hari ni nak buat entri GA yang telah ditag oleh cik meera,
tq cik meera.


GA kali ini dianjurkan oleh mommy jue,




untuk maklumat lanjut sila layari;


http://kasihmommy.blogspot.com/2011/02/ga-saya-nak-hadiah-dari-mommy.html

tarikh tutup penyertaan; 28 febuari 2011


ok. sekarang nak tag pulak.


ameer
tulus sweet
ieyqa adam


selamat turut serta ya. goodluck!

Monday 14 February 2011

pictures of yunnan (part 2)

ini adalah sambungan gambar part 1. ingat dah malas nak wat sebab byk sangat gambar yg perlu dipilih.
tapi, saya tak kan mengalah. tetap nak kongsi ngan semua. kenangan indah ini. :)






dan ini adalah satu-satunya masjid yg kami sampai di xishuangbanna.


dan ini cebisan gambar. yg kami dapat di xishuangbanna.




dan kami pulang ke najiayin
menonton majlis penutupan, satu program keagamaan kat masjid besar mereka.
malam tu memang besh, budak-budak cina, bernasyid, bersajak, berlakon dan sebagainya. memang meriah.








dan destinasi seterusnya, adalah sha dian.
melawat masjid yg terbesar kat yunnan rasanya.



kat sini ada banyak sangat masjid. 
orang cakap tempat ni dah macam mekah kecil bagi mereka.
sebab kerajaan ada keluarkan duit utk bina madrasah-madrasah utk umat islam kat sini.

sekolah-sekolah agama kat sini tersangatlah banyak. ni nak share gambar-gambar sekolah mereka.
ada sekolah anak-anak kecil. mereka start belajar mengaji dari 2 3 tahun. comel sgt mereka. umur 5 6  tahun dah hafal 8 9 juzu'.










dan hari terakhir. di kunming.
1) jiu xiang








semangat muka tengok blind fish (ikan buta)






2) shi lin





singgah sebentar,





dan seterusnya: kampung minzu
























sekarang tinggal hari terakhir, beberapa jam sebelum balik. kami pergi jelajah masjid-masjid dekat kunming plak. 







yeah! dan akhirnya terbang pulang ke beijing. 


alhamdulillah. selamat sudah entri pasal yunnan ni. at least terisi jugak la cuti winter aku kali ni.
belajar banyak menda. kumpul pelbagai kenangan dalam perjalanan. biasalah. semua explore sendiri. memang adventure.

k la. selamat malam dan salam^^








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...