sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Monday 24 June 2013

minggu terakhir. pelajar tahun 3 :)

salam, selamat petang!

awesome sgt rasa lepas habis menjawab paper utk hari ni. berbaki 2 paper utk hari esok. tapi hati lega dari sebelum-sebelumnya.

in 6 days, nak kena kosongkan bilik for the renovation. then, balik malaysia. bagi juga kami rasa bangunan baru nanti. but still tak fair, dah affect cuti winter utk tahun akhir kami. so friends. winter tak cuti :)

nak buat entri tamat tahun 3 for this year.looking fot the best picture. and for the next 3 month, we will back here, to finish this degree.

hey, esok 2 paper lagi. wish me luck! :) last 2 payper!

Sunday 23 June 2013

aku manusia berdosa.

aku terkejut jumpa diari lama. bila dilihat, aku sudah punya rasa yang sama buat kali ke-2. kau tak pernah tahu kerna aku perempuan rahsia. tak mampu bicara.

aku memang tak mahu salahkan sesiapa. kalau di kira. kau baru sekali rasa. mungkin dah cukup terseksa. aku dah 2 kali punya rasa yg sama. tapi kau terus menghukum.  hukumlah. sampai kau rasa puas. dan sampai aku cukup lemas.

masa-masa yg berlalu ini memang tak sia-sia. kita jumpa banyak benda, kita belajar serba perkara. dan kita faham erti bahagia.

aku tak menulis utk sesiapa. aku menulis utk aku yg sedang kecewa.
kecewa dgn pilihan hidup. hidup sendiri yg terlalu taksub dunia.

aku tak minta kemaafan manusia, aku mohon maaf pada Dia.
aku abaikan-Nya sebelumnya. sedang Dia tak pernah terlepas pandang aku.
tetap beri aku segala kebaikan dari-Nya. dan aku memang manusia berdosa.

aku tahu, Dia tak pernah penat memaafkan hambaNya. dan Dia tunggu kita, sampai akhir masa, penghujung dunia.


1 2 3 mula :)

jangan tanya kenapa aku mahu mula semula,
jangan pertikai dari mana aku dapatkan ia,
jangan persoal kenapa?

yaa, ia mungkin yang jatuh tergolek dari langit.
ia  mungkin kerna semangat aku yang hilang entah ke mana sebelumnya,
aku mahu punya sebab yg nyata,
aku mahu tahu tujuan utama,
moga aku bisa makin dekat dengan-Nya.

yes, aku mahu mula semula.
kalau mungkin tanpa teman,
aku tahu aku bisa berlalu sendiri,
kerna Dia tetap ada,
selamanya.

Thanks ya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...