sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Monday, 24 January 2011

aku jiwang, dan dia tidak

selamat pagi semua,
hari ini saya masih lagi dalam percutian semester, walaupun saya cuma berada dalam bilik sepanjang hari.

so, dalam mood kejiwangan ini. aku buat entri yang dituju khas buat semua.
haha. ini bukan untuk korang kutuk or apa. saja jewk aku layan jiwa aku ni.
nak ajak korang baca. kali ni best sikit. sebab aku tulis kisah benar. berdasarkan pengalaman aku sendiri. tak buleh bla. cam bagus sangat aku ni.

ok ok.
sekarang kita story.

1)Apa perasaan aku bila aku jiwang dan boifren aku tak?

kadang-kadang aku touching gak la seposen. mahu tak, kau buat ayat lemah gemalai macam gila punya seni semata-mata nak bagi ayat tu bermakna. last-last dia cuma kata "ok".

2)Apa aku buat nak bagi boifren aku faham.

selalunya lepas aku bagi ayat-ayat puitis kat dia, aku mesti kena terangkan satu persatu. nasib baik la bf aku ni pun faham jugak. apa-apa kemusyhkilan on the spot dia tanya. sampai faham la 100%. walaupun aku tak berapa pasti. yang dia faham ke tak. tapi dia buat muka bersungguh-sungguh je. so, aku percaya jela.

3)selalu ke awek jiwang nan boifren tak jiwang ni gaduh?

hoho. ini biasa. lumrah kehidupan. tapi kasih sayang yang tak pernah habis tu,selalu ada. dan kami masih bersama dan akan terus bersama selamanya. insyaAllah. bahagia ya!!


sudah la. sampai di sini dulu entri karut dari aku. saja je aku ni. takde kerja. boring boring.

ehh, tapi korang kena tahu satu. biar pun boifren aku ni tak jiwang. tapi dia romantik. romantik gila babai. 

mesti pelik kan, apa beza romantik dan jiwang?

romantik=the ways of he/she treats us

aku jujur katakan. aku tak romantik langsung. 0% romantik dalam diri.
maybe sebab aku ni memang agak kasar sikit. tapi,taklah ganas macam pengganas. kalau nak memujuk dia. cuma ada kejiwangan dalam diri ni sebagai kekuatan. tabur lah ayat-ayat jiwang to say sorry. sengal gila.
lagi dengan sifat jujur,telus mulus aku ni. memang susah la aku nak berpura-pura romantik. haha. harapan jela.

biarlah aku jiwang dan dia tidak. aku tetap sayang dia ♥♥♥
baguslah kita tetap begini.
sebab saya percaya dan yakin. yang tak sama tu tak bermakna tak boleh bersama. unik la. sorang jiwang sorang tak. hehe ;)
baru la saling melengkapi namanya.

bagi insan-insan yang tak berapa jiwang dalam diri. jangan berkecil hati.
setiap orang ada kelebihan masing-masing.
 sama macam kekurangan.setiap orang ada. kita cuma perlu bersabar dan terima seadanya. nobody perfect k!


di kesempatan ini. tiena nak mintak maaf kat baby. kalau tiena ada tersilap kata terkasar bahasa. tiena syg baby tiena ni.♥

 budak tak jiwang, tapi paling romantik dalam dunia♥
comel gak gamba ni. setelah diedit dengan jahat dan jayanya oleh tiena. haha

muka budak jiwang ayam♥

tiena paling sayang baby. thanks sebab kamu sentiasa ada dalam hidup tiena. support n selalu tlg tiena. kamu jewk yg faham tiena. dari kecik sampai besar. syukur sgt dapat kenal kamu. b, tiena harap masa selalu ada utk kita. aminn^^


semalam kita dah wat page kat fb.  kita tak pandai. biasalah. maseh mentah. sempena dah nak hampir setahun blog maseh mentah usiaku~~ ni. so, tengah duk fikir idea nak wat contest apa. hadiah pun ngah bincang ngan sponsor lagi. harap-harap dapat sambutan la contest sy. kalau tak, tak buat dah la pasni.haha

salam semua^^
















Tuesday, 11 January 2011

suara malam

malam (:
malam ini teringat kamu.

saya baca nota kamu,
hati saya berbolak balik,
bergelora,
seperti ingin berlinang air mata.

tak pernah saya jangka,
hati kamu itu parah,
hati kamu ada barah.

saya terharu,
tak terkata segala rasa saya,
saya tak pernah endahkan kamu,
tak pernah terfikir apa rasa mu,
alpa semua tentang kamu.

kamu,
maafkan saya,
saya masih ada masa kan?
nak betulkan semua ni?



serius, saya cinta mati pada kamu



 

Wednesday, 5 January 2011

terakhir dari aku

ini adalah warkah peribadi i utk u,
siapa yg rasa bukan utk dia,
jangan feeling lebih-lebih taw,

u,
i tanya u, i yg ke berapa?
i garang sangat ke u?
u stress ngan i tak u?
time bile paling u bosan dengan i?
u percaya ke semua cakap i?

tapi i tak pernah tanya kat u depan-depan kan?
entah apa la u fikir tentang i.
u ni bukan surat pertama i,
sebab hobi i memang buat warkah.
buleh i bg u warkah terakhir i?
tapi ni utk u je taw.
 i karang ni memang KHAS buat u.

kamu,
hari-hari aku ada kamu,
kau gelak ku, kau tawa ku, kau tangis ku,
ada aku kerna kamu.

saat kau mula hadir,
aku tak pernah peduli,
hidup bagai tiada apa yg terjadi,
kau bagai bayang-bayang dlm gelap.

tapi itu cuma kenangan dulu,
awak bukak buku baru,
ingat tak awak pujuk sy time sy nangis cam kucing ritu?
muka awak cam gelabah sikit.
tahu pun camne kawan nan budak cengeng.
letih nak pujuk,
segala bagai kene buat,
baru nak benti.

ei,
selalu kalau kite borak-borak,
mesti ade jewk mende yg sy tak faham,
biasalah, sy nie cam tak berapa betul sikit pemikiran,
tungang langgang.
awak,
lainla,
skema, sistematik, cakap pun teratur jewk.
saya main tibai jewk, dah tak kewsa la camne pun,
bila sy tak faham, susah payah awak terangkan,
macam-macam cerita pulak awak cipta nak fahamkan saya,
tapi tula,
sebab sy memang camtu, sengal sikit^^

weyh, awak sy tahu awk buat semua tu sebab ♥ saya.
saya pun ♥ awak.

tapi saya keras kepala, hati kayu, kaki batu.

awak.
ini jewk la surat terakhir saya utk kali ni,
terakhir buat sem ni.
sebab esok sy exam paper last n start cuti sem.





 ok la awak. pas abesh exam esok kita jumpa ek?
tapi lam mimpi je la k.


你是我的心, 你哭我就哭, 你笑着我就笑, 你跳我也跳!
 
maaf kalau tak suka baca. suka hati la nak tulis apa. sekarang nak benti tulis. nak tidur. esok nak periksa lagi. selamat malam semua!
 
.:sekian terima kasih:. 




 

Saturday, 1 January 2011

20.wishes.2011

salam.

hari ini hari sabtu. 1.1.2011.
jadi i ingat hari ni i nak write down my new year wish list.

because i'm gonna b 20. 
i make it 20 wish.

1. i will be mature. as mature as i am. 
2. nak bertambah rajin dan rajin. supaya jadik makin pandai. dan pandai lagi.
3. nak ada hidup yang lebih indah, tersusun, sistematik dan lebih happy dari sekarang.
4. menjadi seorang yg peramah n mesra pelanggan. tak kan nak tunggu buat bisnes baru nak mesra pelanggan.
5. jadi seorang anak yg skema. dan solehah.
6. ingin menurunkan berat badan semampunya. ulang suara, semampunya!
7. belajar memasak pelbagai resepi. tahun ni, nak bykkan experiment memasak. test test western food ke ape ke, mana la tahu, pasni ada resepi sendiri plak. buleh jadi chef
.
8. practice nyanyi byk-byk lagu. biar nanti balik malaysia buleh karaoke puas-puas nan semua orang. biarlah tahap suara cam mane pun, yg penting buleh nyanyi. hehe
9. next summer break, i will come home, n harap dapat bertemu dengan semua saudara mara dan sahabat handai yg dirindui sekalian. 
10. will have the best date with him, for the second time!
11. saving, to get those thing that i want.

12. membina badan yg sehat walafiat.tak mau sakit sakit da. so pasni nak kene work out la. gym will be my next destination. 

13. practice to kecek bahasa cina dgn fasihnya. ini juga sekadar yg mampu. beasela. i'm melayu. and always b melayu. forever.

14. saya tak mau jadi cengeng lagi. saya nak jadik strong! tak mahu sensitif. tapi, sikit sikit jela.

15. tak mau garang-garang dah. tak mahu selalu sgt marah-marah. yela, aku ni spesis singa. tak marah langsung, bohong la pulak.

16. will be more jiwa n jiwang. trademark idup aku ni. jgn kacau. huhu

17. ingin menghargai masa. nak buat cmne? tak pasti. will be discover soon.

18. nak practice jadi cikgu. sebab nanti nak jadik cikgu laa. siapa yg mahir. sila beri tunjuk ajar.

19.  mahu celebrate my sweet 20 birthday with my sweetest baby!

20.  will be with him forever n ever! i nak jadik kekasih terbaik 2011. hehe

saya dengan ini ingin berdoa. semoga semua impian saya ni menjadi nyata untuk tahun ini. buat anda-anda juga. moga kite semua bahagia, dan mendapat apa yg diinginkan.

this is saya, will be 20 soon. yet i'm still young^^

he is mine! yeah,, sweet baby forever^^

HAPPY NEW YEAR untuk semua ya! 
moga tahun ini lebih indah dari yang lalu.



Tuesday, 21 December 2010

kamu (^_~)

selamat malam.
malam ini indah. jadi aku ambil masa. jiwang time. dah lama aku tak berjiwa utk entri. aku punya sayang. tapi aku punya ego. aku sedar aku itu ego. tapi aku tetap begitu. memang la. dah biasa. aku tak buleh takda ego. tak biasa plak rasa di hati.


ok, sudah.
aku mahu tulis entri untuk seorang kamu.


kamu,
kamu tahu hati saya selalu display nama kamu.
hati saya hanya ada kamu. kadang-kadang saya selalu marah-marah tak tentu pasal. tapi, saya tetap sayang awak.

kamu,
kita jauhkan?
tapi dari dulu kita selalu cakap hati kita dekat,
sebab hati kita 1, macam 1 malaysia.

kamu,
kamu mesti faham saya, saya sayang kamu,
tapi banyak mende saya tak suka,
saya cakap bukan saya tak sayang awak,
sebab saya nak awak sentiasa faham saya,
saya nak awak ada dekat saya,
saya sayang la kat awak.


kamu,
tiap kali kita ada salah faham,
saya mesti refresh hati saya,
saya nak hanya awak dalam hati saya,
awak segalanya buat saya,
saya sayang awak taw.


kamu,
apa pun jadi, sampai bilapun,
saya tetap sayang awak!


dah, tak boleh panjang-panjang. pasal aku nak kene tidur.
esok nak sekolah lagi sampai petang.
2 weeks lagi final. ingat belajar bahasa cina semudah ABC?!
oh tidak!! 
tak mungkin



Monday, 13 December 2010

bila kau sentuh hatiku


Aku pandang cermin,
Ulang kali aku tenung,
Apa yang kurang padaku?
Macam makhluk asing kah aku?


Mahu aku Tanya semua,
Kenapa begitu kata dari kamu?

Hati aku pilu,
Resah aku sungguh tak terkata,
Kau buat air mata aku jatuh satu persatu.

Apa salah aku?
Kau kata kau malu?

Aku tahu aku tak glamor macam cik Siti,
Aku tahu aku tak hot, katy perry
Aku tahu, aku memang tak lawa.

Tapi , perlu ke kau kata kau malu dengan aku,
padaku?

Aduhhh,
Lidah aku kelu,
Tak dapat aku nak mengadu.

Aku tengah sedih nie, feeling sebentar.

Kamu, kamu.
Cuba kamu belajar simpan kata hati,
Tak tak,
Apa kata kamu belajar bercinta,
Yaaa..
Belajar terima kurang dia,
Belajar cinta kurang dia,
Dan akhirnya cintai dia.



Pantang betul aku macam ni. Dah kau nak complaint complaint pasal kekasih kau tu buat apa. Baik kau complaint pasal mamak ke, harga minyak naik ke, hape ke, tak la bosan sangat mendengarnya.
Kalau aku punya kekasih. Aku terasa hati bila dia cakap malu sebab ada kekasih cam aku. Aku sedih kalau dia cakap kurang aku. Aku tahu aku kurang. Aku tak kisah orang cakap. Buruk mana pun sungguh aku tak peduli. Sebab nak cakap hebat cam mana pun, korang bukan kenal aku. Tapi, aku touching gila kalau orang yang cakap tu, yang rapat nan aku n kenal aku. Tak sangka korang rasa aku camtu. Ceyt. Cam sampah.

p/s; jangan bercinta kalau kamu malu dia jadi cinta hati kamu.

Wednesday, 8 December 2010

::aku kamu bahagia::

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang apa gunanya?

pernah dengar tak lagu ni?
bohongla kamu semua. aku lepas lahir terus dengar. bila dah besar, banyak dengar lagu lain da.
tapi jarang la, sebab lagu ni da tenggelam dengan lagu lain. tapi ia tetap wujud. wujud dekat di hati.

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak bahagia apa gunanya?

walaupun hidup kaya raya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau berjaya sampai puncak jaya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau bersama,
tapi tak bahagia, apa gunanya?

merepek jewk aku ni. saja je sebenarnya,
hari ini nak tulis pasal,
aku, kamu dan bahagia.

aku?
bahagia...
kamu?
bahagia?

takla. bahagia tak bermakna manis belaka. bahagia. tak bermakna kau sorang gembira. menangis tak bermakna tak bahagia. jangan keliru. aku cuma putar dan  belum membelit.

lihat dunia. berapa orang yang bahagia?
kau tahu ke tengok orang bahagia? pelik. mereka publish satu dunia ke kebahagiaan mereka?
canggih la weyh.

sedang ada yang gembira bahagia. ada yang sengsara.
jadi, bersyukurlah dgn bahagia yg ada.

yang tak bahagia. mintak kat kawan-kawan 'bahagia' sikit. buat macam mintak biskut.

yela, kebahagiaan.
kongsi-kongsi yup. jangan kedekut.
hari ini hari mereka. esok lusa tiba hari kita.

lol,
tajuk hari ini.


::aku kamu bahagia::

semalam hidup aku;
hanya aku yang tersenyum,
hanya aku yang gembira,
kelam aku sendiri,
langkah aku tak dituju,
buta kaku gelap seribu.
silap aku tak diragu,
simpan pilu jauh di kalbu,
sampai bila tak siapa tahu.

kamu;
selepas semalam aku kenal dirimu.
bawa jiwa kenal dunia,
timba ilmu sepanjang masa,
tiada saat kamu tiada,
sunggguh hari semakin ceria,
seperti berdua di bawah bulan purnama,

ku lihat bintang di sana,
rasa diri ini sungguh bermakna,
tak ubah aku ini,
nak cakap gila tak gila,
sebab aku senyum gembira.
kongsi rasa,
suka duka,
sebenarnya,
aku tahu,
sebenarnya,
aku kamu bahagia.

jadi jangan pergi jauh dari aku,
kerna kau akan bawak pergi bahagia.
aku tak mahuuu.
tolong.
:(
aku mahu ; aku kamu bahagia.


ok. dah sudah.
moga kita semua bahagia. dunia akhirat. aminn (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...