sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Wednesday, 8 December 2010

::aku kamu bahagia::

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang apa gunanya?

pernah dengar tak lagu ni?
bohongla kamu semua. aku lepas lahir terus dengar. bila dah besar, banyak dengar lagu lain da.
tapi jarang la, sebab lagu ni da tenggelam dengan lagu lain. tapi ia tetap wujud. wujud dekat di hati.

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak bahagia apa gunanya?

walaupun hidup kaya raya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau berjaya sampai puncak jaya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau bersama,
tapi tak bahagia, apa gunanya?

merepek jewk aku ni. saja je sebenarnya,
hari ini nak tulis pasal,
aku, kamu dan bahagia.

aku?
bahagia...
kamu?
bahagia?

takla. bahagia tak bermakna manis belaka. bahagia. tak bermakna kau sorang gembira. menangis tak bermakna tak bahagia. jangan keliru. aku cuma putar dan  belum membelit.

lihat dunia. berapa orang yang bahagia?
kau tahu ke tengok orang bahagia? pelik. mereka publish satu dunia ke kebahagiaan mereka?
canggih la weyh.

sedang ada yang gembira bahagia. ada yang sengsara.
jadi, bersyukurlah dgn bahagia yg ada.

yang tak bahagia. mintak kat kawan-kawan 'bahagia' sikit. buat macam mintak biskut.

yela, kebahagiaan.
kongsi-kongsi yup. jangan kedekut.
hari ini hari mereka. esok lusa tiba hari kita.

lol,
tajuk hari ini.


::aku kamu bahagia::

semalam hidup aku;
hanya aku yang tersenyum,
hanya aku yang gembira,
kelam aku sendiri,
langkah aku tak dituju,
buta kaku gelap seribu.
silap aku tak diragu,
simpan pilu jauh di kalbu,
sampai bila tak siapa tahu.

kamu;
selepas semalam aku kenal dirimu.
bawa jiwa kenal dunia,
timba ilmu sepanjang masa,
tiada saat kamu tiada,
sunggguh hari semakin ceria,
seperti berdua di bawah bulan purnama,

ku lihat bintang di sana,
rasa diri ini sungguh bermakna,
tak ubah aku ini,
nak cakap gila tak gila,
sebab aku senyum gembira.
kongsi rasa,
suka duka,
sebenarnya,
aku tahu,
sebenarnya,
aku kamu bahagia.

jadi jangan pergi jauh dari aku,
kerna kau akan bawak pergi bahagia.
aku tak mahuuu.
tolong.
:(
aku mahu ; aku kamu bahagia.


ok. dah sudah.
moga kita semua bahagia. dunia akhirat. aminn (^_^)


sesudah setahun

selamat tahun baru buat semua. :)

hari ini.. saja ja nak buat entri pepagi buta. maleh nak layan homework. aku tolak semua ke tepi. jauh jauh. jap lagi pergi sekolah, pepandai la. kita dah besa kan. ok. 
sebenarnya, nak buat entri utk... (hari ni malas nak mention nama)
saja ja, nak poyo seposen.

eyh, dah cukup setahun sebenarnya kita kenal. tak sangka masa berlalu, cam aku makan, kejap jewk.macam-macam drama ada, kita la pelakon utama. biasala. cakap drama queen.


ingat tak, aku cakap dulu?
usia perhubungan tu tak penting, yang penting sejauh mana kita mengenali.
yela, walalupun kita baru kenal setahun.  aku tahu kau suka makan apa, suka kalaer ape, muka marah cam mana, muka merajuk, muka suka, dah taw dah. masak sangat.


weyh, sori mory taw! banyak terkasar bahasa, buat tak reti bahasa.
menyakitkan hati, terngumpat, termengata.  biasala tu. fitrah manusia.
nak cakap orang suka sangat. bila kene time sendiri, mula la, buat-buat tak ingat. maaf ek.


terimakasih daun keladi,
buat kamu yang telah memberi,
macam-macam laa, tak reti nak cakap,
apa lagi nak ucap.


nanti balik malaysia, kita  melepak sesama lagi ekhh.
jemput la datang umah. lepak la lelama sikit. hehe.
sebab kau budak baik, parent aku insyaAllah tak marah.
takut tak? kalau baik takya takut sgt.

weyh, sal ni penting nak cakap,
aku bukan tak suka kau, tapi aku selalu terasa hati nan kau.
memanglah, aku kan sensitip tahap gaban. fahamilah,
a word can hurt me more than a bullet.
arghh. 

awak, 
bagaimanapun, aku tetap sayang kau.
sampai bila-bilapun. sayang gilo.


harap kite punya kasih sayang tak pernah ada limit of time.
sebab, aku bukan aku, tanpa kamu ;)
love u baby!
FOREVER











  

Saturday, 4 December 2010

manusia singa

salam dan selamat pagi. di pagi yang mulia lagi nyaman ini. aku ingin berkarya. macam bagus sgt jewk karya aku. biarla. yang penting tertulis semuanya.

hari ni nak cerita pasal singa. ini bukan spesis jinak yg buleh buat show tu ok. ni spesis liar. especially time singa naik minyak. korang pernah tengok ke? aku setakat ni, tengok tak pernah kowt. dengar-dengar je. tu pun dari jauh. seram gak seposen. huhu

ok. kali ni nak tanya siapa ada buah hati? siapa ada mr. boifie? sape ade mrs. kekasih? 
hah siapa pernah tengok kekasih dia bertukar jadi singa?
jadik singa yg cam mana? cumel? menarik? menawan? atau mengerunkan?


mesti cuak kan korang time tu? kalau aku, aku lari jewk. tak sanggup nak tengok. 


sebenarnya yang pertama sekali, jangan tinggalkan orang yg dah berubah menjadi singa ini. kerna, waktu pertukaran itu adalah saat-saat genting. lagipun bukan selalu dapat peluang tengok dari dekat. 


korang plak, buat-buat tenang laa. jangan gelabah melebihi singa plak. karang jadi benda lain plak. siapa yang susah? aku tak tahu.

gunakan suara paling lembut dan perlahan untuk bercakap bersama mereka. siapa yang suara bermasalah. tak buleh nak lembut dan besar. baik korang practice banyak-banyak, biar suara tu lembut. bagi singa cair. baru mantap. tapi, kalau memang tak boleh gak. baik korang diam jewk. tapi jangan buat muka bodoh plak. kang tak pasal-pasal makan pelempang. 

kalau fikir balik kan, urmmm... 
kenapa ek si dia jadi singa? 
mesti ada benda yang silap. tapi kita tak tahu apa. mungkin kita tak perasan. tak sedar diri. biasalah la tu. manusia. mudah lupa. 
ntah-ntah dia marah kat kita. sebab tu la berubah jadik singa depan kita. 
yela, kalu marah kat orang lain, mungkin dia bertukar depan orang lain. 


ingat! jangan sekali melawan apa yang singa cakap. korang iya kan je. yela kan. singa ni tak buleh orang potong cakap dia. time tu la. dia nak meluahkan. dia rasa dia sorang je yg betul. bagi dia peluang k. walaupun kata-kata singa itu menguris hati anda. tapi, anda patut bersabar. 

so, moral of the story; jangan cari pasal nan si singa k. kerna anda juga yang akan merana. 

singa-singa pun, korang sayang gak kan? :)











k la, sebenarnya aku nak cakap gak. aku ni pun spesis singa gak kowt. jadi, jangan pandang gua sebelah mata k. 




singa perempuan kadang-kadang lagi garang dari singa lelaki. ok!  


nak tengok mende lain? nah amik ni manusia berkepala singa
 





Wednesday, 1 December 2010

kepompong dan kenangan

selamat semua orang! malam ini malam yg gelap. samala macam malam-malam selalu. gelap. aku nak cerita pasal kepompong dan kenangan.

kepompong? apakah?
tahu tak apa kepompong?
kepompong adalah sebuah perjalanan utk menjadi dewasa. melepasi peringkat kepompong adalah sebuah kejayaan utk terus hidup. jap jap, ni utk spesis haiwan la yup. manusia takde stage kepompong. tak tahula kalau ada orang pernah jadi kepompong. tak pernah tahu plak.kalau ada, bitaw ekh? kagum plak rasa.


meyh nak tunjuk gambar kepompong. cumel sgt. aku suka plak nan kepompong ni. tapi sebenarnya, memang dari aku kecik, aku suka serangga. kecuali lipas nan sedara mara dia la. yang busuk-busk ni tak main laa. aku suka pegang semut, kerengga nan menda-menda lain yg mudah ditemui. tapi dulu la. time kecik-kecik, tadika dulu. yela, lepas ada satu time tu aku kena masuk wad kecemasan pasal kena gigit nan serangga apa ntah. doktor ckp aku allergic serangga. lain kali jaga-jaga. lepas dari tu, aku ucap selamat tinggal buat semua serangga, eyt, citer sal serangga plak. aku nak citer sal  kepompong dan kenangan.
|
|
|
|
|
V




ini KEPOMPONG. cumel sangat.
aku ingat plak, orang selalu cakap: jangan terus hidup dalam kepompong. 
aku nak cakap ; jangan terus hidup dalam kepompong kenangan.
masa lalu adalah sebuah kenangan. orang putih cakap 'let bygone be bygone'.
aku ni, nak cakap pasal kenangan. sampai bilapun tak habis. tapi aku ingat satu kenangan.
meh nak story.

ini kisah kenangan seorang awek 1st time keluar dating.
lepas dah pergi tengok wayang dengan boifren dia. bertemankan seorang rakan perempuan dia. dia cakap lapar la kan. cam biasa. pergila tempat kegemarannya. KFC. i loike. ada satu kenangan yang tak buleh dilupakan. dia bermandikan air pepsi disitu. sebab Mr.boifren tersalah langkah.itulah kenangan yang tak buleh dilupakan. trauma sebentar. untuk beberapa bulan, berpisah dengan kfc. tapi yela kan. kfc kegemaran. bagai air dengan tebing. tak buleh dipisah.

kalau aku. lagi sanggup koma dari trauma. aiskhh.. tak jadik la. aku kalau buleh taknak trauma. taknak koma.

inilah kisah kepompong dan kenangan.kalau akunak simpan kenangan. yang manis nak simpan dekat bantal. biar hari-hari ingat. kalau kenangan pahit. aku nak pergi tengah laut. campak jauh-jauh. jangan datang carik aku lagi. tak suka. huhh. tapi, yang terbaik. bak kata orang tua-tua. buang yang keruh ambil yang jernih.  

ini ada lagi video tatapan umum nak bagi tengok.
  
ok. last but not least, jangan biarkan hidup anda diselubungi kenangan. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...