sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Tuesday, 14 December 2010

jangan pergi

kau,
yang pertama aku cari setiap hari,
bangun tidur, terus aku mencarimu.
kau yang pertama dalam hari ku,
 hari aku hanya ada kerna kau.

sesudah aku pulang dari sekolah,
aku juga perlukan kau,
mahukan kau,
kau sangat penting dalam hidupku,
akan aku dapatkan kau.

ada masa,
aku terlalu perlukan kau,
dan kau sentiasa ada.
aku gembira kerna mampu dapatkan kau.

jangan bilang kau tiada,
kerna kau sangat penting buatku,
dan aku tak bisa tenang tanpamu.

tadi,
aku terkelu,
ada yang hadir, 
mengetuk pintu bilik ku,
dan kata kau akan pergi,
walau hanya untuk seketika,
tapi kau tetap pergi,
tak bisa aku bayangkan hidup tanpamu,
aku tak mahu.

tolonglah,
aku pinta padamu,
jangan pergi,
aku tak suka tiada mu,
siapa yang sanggup hidup tanpa air panas di musim sejuk ini?
aku tak suka takde air.
nak nak lagi air panas.
tolong jgn pergi!
aku perlukanmu!!!

dari aku; yang suka mandi (^_^)Y


Monday, 13 December 2010

bila kau sentuh hatiku


Aku pandang cermin,
Ulang kali aku tenung,
Apa yang kurang padaku?
Macam makhluk asing kah aku?


Mahu aku Tanya semua,
Kenapa begitu kata dari kamu?

Hati aku pilu,
Resah aku sungguh tak terkata,
Kau buat air mata aku jatuh satu persatu.

Apa salah aku?
Kau kata kau malu?

Aku tahu aku tak glamor macam cik Siti,
Aku tahu aku tak hot, katy perry
Aku tahu, aku memang tak lawa.

Tapi , perlu ke kau kata kau malu dengan aku,
padaku?

Aduhhh,
Lidah aku kelu,
Tak dapat aku nak mengadu.

Aku tengah sedih nie, feeling sebentar.

Kamu, kamu.
Cuba kamu belajar simpan kata hati,
Tak tak,
Apa kata kamu belajar bercinta,
Yaaa..
Belajar terima kurang dia,
Belajar cinta kurang dia,
Dan akhirnya cintai dia.



Pantang betul aku macam ni. Dah kau nak complaint complaint pasal kekasih kau tu buat apa. Baik kau complaint pasal mamak ke, harga minyak naik ke, hape ke, tak la bosan sangat mendengarnya.
Kalau aku punya kekasih. Aku terasa hati bila dia cakap malu sebab ada kekasih cam aku. Aku sedih kalau dia cakap kurang aku. Aku tahu aku kurang. Aku tak kisah orang cakap. Buruk mana pun sungguh aku tak peduli. Sebab nak cakap hebat cam mana pun, korang bukan kenal aku. Tapi, aku touching gila kalau orang yang cakap tu, yang rapat nan aku n kenal aku. Tak sangka korang rasa aku camtu. Ceyt. Cam sampah.

p/s; jangan bercinta kalau kamu malu dia jadi cinta hati kamu.

Sunday, 12 December 2010

aku cinta kekuranganmu

Aku cinta kamu dan kekuranganmu.

Aku fahami isi hatimu,
Kalau aku Tanya satu dunia, semua pinta yang sempurna,
Aku tahu, kau juga begitu,
Ingin aku menjadi sempurna.

Aku sisip kata buat kamu mengerti,
Aku insan biasa yang miliki segala kekurangan,
Tak bisa aku tulis satu persatu kurang ku,
Kerna ia tak terhitung kini.

Biar aku habis susun kata hati aku;
Biar sempurna dirimu,
sebelum kau bisa pinta aku begitu,
lihat dirimu dari semua kanta yang ada,
sempurna mana yang kamu ada?

Jangan bisa banding kita dengan orang,
Jangan bisa lihat orang sempurna,
Kalau dalam hati masih goyah,
Sampai bila kau tak pernah bahagia.

Syukurlah dengan apa ada mu,
Tak sempurna dirimu,
Tak bermakna kau hina,
Tak sempurna dirimu,
Tak bermakna aku tak cinta,
Tak sempurna dirimu,
Tak bermakna gelap masa depanmu,

Mahu lagi aku bicara.
Buat apa mahu sempurna sepanjang masa?
Kalau hatimu tak gembira.





Saturday, 11 December 2010

salji dah la.

assalamualaikum.
hari ini mahu berbual.  ada ke orang nak join berbual dengan aku? sembang-sembang.
ayuh! bukak satu langkah. jap, bukan nak ajak berlari. ok. duduk duduk dulu. lepak lepak. minum kopi.
seperti yang sedia maklum. sekarang ni nga musim sejuk.
tapi, musim sejuk tahun ni lain kan?
yela dah hampir sebulan, tapi salji tak turun-turun lagi. mana salji pergi?
ape punya soalan. salji tak turun lagi. sebab belum tiba seru.

betul ke orang kata musim sejuk kali ini sangat sejuk. sampai tak tertahan? oh, tidak.
aku berdoa itu tak terjadi, sebab aku tak nak balik cuti winter ni.
nak hibernate kat sini. tak pun,  keluar jejalan nan kawan-kawan. pergi bercuti.
besh jugak.
tapi tak tahulah. sampai kat mana jewk.
ntah ntah duk membeku jewk dalam bilik.

buat kawan-kawan yg balik winter ni. aku ucapkan selamat berseronok!
buatlah apa yg patut. tapi jaga diri bebaek!
sampai kan salam aku pada bumi malaysia ya!
makan apa yg patut bagi pihak aku.

cakap pasal makan.
sebenarnya dah hampir seminggu aku dilanda krisis.
bukan krisis makanan, atau catuan makanan.
tapi, aku pun tak berapa nak pasti,
nak makan, aku makan,
dah makan, muntah.
adehhh..
adakah ini tanda aku bakal kurus?

sampai aku dah tak berdaya lagi. sampai hilang selera makan.
jangan risau la. aku pasti, aku takkan kurus. haha

tapi, time ni baru nak rasa macam..
menyesal plak.
time berdaya makan, buat-buat taknak makan.
diet konon, pigidahhh.
aku ingatkan; makanlah selagi mampu dan berdaya.

teringat pulak kali pertama, aku sampai di sini.
hari pertama,
kelu, tengok asap kepul-kepul kuar dari mulut membe.
sejuk bebenar.
keesokan harinya.
salji turun mencurah-curah ke tanah.
putih suci murni pemandangan bumi.
sejuk hati memandang, beku aku yg melihat.
yela, first time melihat salji.

persoalannya,
di mana salji tahun ini?
betul ke, gosip cakap minggu depan salji jatuh?
takpela. kita tunggu dan lihat.
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...