sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday, 19 December 2010

pilih pilih

assalamualaikum dan selamat petang.
today is sunday. 

hari ini aku nukil kisah semalam.
apa yang terjadi, hanya tna dan mereka (kawan aku la) yang tahu.
semalam cik tna kuwa berjalan-jalan naik kereta (teksi), jauh merantau utk pertama kali ke hong qiao.

kami berpakat pakat membeli,
















banyak kan?
memang la, barang made in china kowt.
tapi duit tetap duit taw, we all beli gune duit k.
ini pun beli utk orang la. kowt.


kisah semalam, membengangkan aku gak la seposen.
tak guna punya orang. terang tang tang nak tipu aku. nasib baek tak tertipu. ceyt. 
siap tarik tgn aku suruh beli barang dia. dah la tarik kuat-kuat pulak tu, stress aku. haha.


nasihat buat kawan-kawan dan semua.
jangan mudah tertipu oleh rakyat china nie. jahat betul. nyampah aku. tapi aku suka gak g beli barang. haha


lagi satu, aku pelik.
Bila aku jumpa orang Malaysia yang melancong ke beijing, aku pelik, pelik gila. Asal sombong sangat mak aihh. senyum n tegur pun dia wat muka kat kiteorang. urghhh.


sekarang, mood aku; MENYAMPAH GILA
 

Saturday, 18 December 2010

kami kami



salam dan selamat pagi. rini bangun awal untuk memblogging. sudah lama aku berehat. nak melakar mana pergi masa-masa aku. hehe.

tapi kali ini bukan sendiri. kerna aku ada mereka-mereka dan mereka. aku gembira? itu dah pasti. lega? lagi la. kerna aku bukan sendiri. acehhh. takla, ni aktiviti luar bersama classmate aku. korang nak kenal classmate aku? meh nak perkenalkan. hehe.




jejaka kacak kelas aku. pilih-pilih mana yang berkenan. haha. semua macho-macho dan bersuara merdu.

awek-awek cun di sana. haha. ini hanya buleh dilihat, tidak buleh dimiliki. not available, sorry.


mari kita tengok yang lagi cumel. hehe. 
pasangan merpati berjoli-joli. 





ini untuk separuh akhir. haha, masuk pertandingan ke? 
takdelah. kita saja je mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang.

apabila malam yang sebenar menjelang. 

kami beraksi lagi. iskhh, poyo gile. haha. aku memang poyo. biala.







hehe. abish dah cerita pagi ini. sebelum tu, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih pada ieyqa adam,classmate saya yang mensponsor gambar. haha. ok, nanti buat entri laen pulak. 


salam semua.












Tuesday, 14 December 2010

jangan pergi

kau,
yang pertama aku cari setiap hari,
bangun tidur, terus aku mencarimu.
kau yang pertama dalam hari ku,
 hari aku hanya ada kerna kau.

sesudah aku pulang dari sekolah,
aku juga perlukan kau,
mahukan kau,
kau sangat penting dalam hidupku,
akan aku dapatkan kau.

ada masa,
aku terlalu perlukan kau,
dan kau sentiasa ada.
aku gembira kerna mampu dapatkan kau.

jangan bilang kau tiada,
kerna kau sangat penting buatku,
dan aku tak bisa tenang tanpamu.

tadi,
aku terkelu,
ada yang hadir, 
mengetuk pintu bilik ku,
dan kata kau akan pergi,
walau hanya untuk seketika,
tapi kau tetap pergi,
tak bisa aku bayangkan hidup tanpamu,
aku tak mahu.

tolonglah,
aku pinta padamu,
jangan pergi,
aku tak suka tiada mu,
siapa yang sanggup hidup tanpa air panas di musim sejuk ini?
aku tak suka takde air.
nak nak lagi air panas.
tolong jgn pergi!
aku perlukanmu!!!

dari aku; yang suka mandi (^_^)Y


Monday, 13 December 2010

bila kau sentuh hatiku


Aku pandang cermin,
Ulang kali aku tenung,
Apa yang kurang padaku?
Macam makhluk asing kah aku?


Mahu aku Tanya semua,
Kenapa begitu kata dari kamu?

Hati aku pilu,
Resah aku sungguh tak terkata,
Kau buat air mata aku jatuh satu persatu.

Apa salah aku?
Kau kata kau malu?

Aku tahu aku tak glamor macam cik Siti,
Aku tahu aku tak hot, katy perry
Aku tahu, aku memang tak lawa.

Tapi , perlu ke kau kata kau malu dengan aku,
padaku?

Aduhhh,
Lidah aku kelu,
Tak dapat aku nak mengadu.

Aku tengah sedih nie, feeling sebentar.

Kamu, kamu.
Cuba kamu belajar simpan kata hati,
Tak tak,
Apa kata kamu belajar bercinta,
Yaaa..
Belajar terima kurang dia,
Belajar cinta kurang dia,
Dan akhirnya cintai dia.



Pantang betul aku macam ni. Dah kau nak complaint complaint pasal kekasih kau tu buat apa. Baik kau complaint pasal mamak ke, harga minyak naik ke, hape ke, tak la bosan sangat mendengarnya.
Kalau aku punya kekasih. Aku terasa hati bila dia cakap malu sebab ada kekasih cam aku. Aku sedih kalau dia cakap kurang aku. Aku tahu aku kurang. Aku tak kisah orang cakap. Buruk mana pun sungguh aku tak peduli. Sebab nak cakap hebat cam mana pun, korang bukan kenal aku. Tapi, aku touching gila kalau orang yang cakap tu, yang rapat nan aku n kenal aku. Tak sangka korang rasa aku camtu. Ceyt. Cam sampah.

p/s; jangan bercinta kalau kamu malu dia jadi cinta hati kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...