sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday, 12 December 2010

aku cinta kekuranganmu

Aku cinta kamu dan kekuranganmu.

Aku fahami isi hatimu,
Kalau aku Tanya satu dunia, semua pinta yang sempurna,
Aku tahu, kau juga begitu,
Ingin aku menjadi sempurna.

Aku sisip kata buat kamu mengerti,
Aku insan biasa yang miliki segala kekurangan,
Tak bisa aku tulis satu persatu kurang ku,
Kerna ia tak terhitung kini.

Biar aku habis susun kata hati aku;
Biar sempurna dirimu,
sebelum kau bisa pinta aku begitu,
lihat dirimu dari semua kanta yang ada,
sempurna mana yang kamu ada?

Jangan bisa banding kita dengan orang,
Jangan bisa lihat orang sempurna,
Kalau dalam hati masih goyah,
Sampai bila kau tak pernah bahagia.

Syukurlah dengan apa ada mu,
Tak sempurna dirimu,
Tak bermakna kau hina,
Tak sempurna dirimu,
Tak bermakna aku tak cinta,
Tak sempurna dirimu,
Tak bermakna gelap masa depanmu,

Mahu lagi aku bicara.
Buat apa mahu sempurna sepanjang masa?
Kalau hatimu tak gembira.





Saturday, 11 December 2010

salji dah la.

assalamualaikum.
hari ini mahu berbual.  ada ke orang nak join berbual dengan aku? sembang-sembang.
ayuh! bukak satu langkah. jap, bukan nak ajak berlari. ok. duduk duduk dulu. lepak lepak. minum kopi.
seperti yang sedia maklum. sekarang ni nga musim sejuk.
tapi, musim sejuk tahun ni lain kan?
yela dah hampir sebulan, tapi salji tak turun-turun lagi. mana salji pergi?
ape punya soalan. salji tak turun lagi. sebab belum tiba seru.

betul ke orang kata musim sejuk kali ini sangat sejuk. sampai tak tertahan? oh, tidak.
aku berdoa itu tak terjadi, sebab aku tak nak balik cuti winter ni.
nak hibernate kat sini. tak pun,  keluar jejalan nan kawan-kawan. pergi bercuti.
besh jugak.
tapi tak tahulah. sampai kat mana jewk.
ntah ntah duk membeku jewk dalam bilik.

buat kawan-kawan yg balik winter ni. aku ucapkan selamat berseronok!
buatlah apa yg patut. tapi jaga diri bebaek!
sampai kan salam aku pada bumi malaysia ya!
makan apa yg patut bagi pihak aku.

cakap pasal makan.
sebenarnya dah hampir seminggu aku dilanda krisis.
bukan krisis makanan, atau catuan makanan.
tapi, aku pun tak berapa nak pasti,
nak makan, aku makan,
dah makan, muntah.
adehhh..
adakah ini tanda aku bakal kurus?

sampai aku dah tak berdaya lagi. sampai hilang selera makan.
jangan risau la. aku pasti, aku takkan kurus. haha

tapi, time ni baru nak rasa macam..
menyesal plak.
time berdaya makan, buat-buat taknak makan.
diet konon, pigidahhh.
aku ingatkan; makanlah selagi mampu dan berdaya.

teringat pulak kali pertama, aku sampai di sini.
hari pertama,
kelu, tengok asap kepul-kepul kuar dari mulut membe.
sejuk bebenar.
keesokan harinya.
salji turun mencurah-curah ke tanah.
putih suci murni pemandangan bumi.
sejuk hati memandang, beku aku yg melihat.
yela, first time melihat salji.

persoalannya,
di mana salji tahun ini?
betul ke, gosip cakap minggu depan salji jatuh?
takpela. kita tunggu dan lihat.
 


Wednesday, 8 December 2010

::aku kamu bahagia::

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang apa gunanya?

pernah dengar tak lagu ni?
bohongla kamu semua. aku lepas lahir terus dengar. bila dah besar, banyak dengar lagu lain da.
tapi jarang la, sebab lagu ni da tenggelam dengan lagu lain. tapi ia tetap wujud. wujud dekat di hati.

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak bahagia apa gunanya?

walaupun hidup kaya raya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau berjaya sampai puncak jaya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau bersama,
tapi tak bahagia, apa gunanya?

merepek jewk aku ni. saja je sebenarnya,
hari ini nak tulis pasal,
aku, kamu dan bahagia.

aku?
bahagia...
kamu?
bahagia?

takla. bahagia tak bermakna manis belaka. bahagia. tak bermakna kau sorang gembira. menangis tak bermakna tak bahagia. jangan keliru. aku cuma putar dan  belum membelit.

lihat dunia. berapa orang yang bahagia?
kau tahu ke tengok orang bahagia? pelik. mereka publish satu dunia ke kebahagiaan mereka?
canggih la weyh.

sedang ada yang gembira bahagia. ada yang sengsara.
jadi, bersyukurlah dgn bahagia yg ada.

yang tak bahagia. mintak kat kawan-kawan 'bahagia' sikit. buat macam mintak biskut.

yela, kebahagiaan.
kongsi-kongsi yup. jangan kedekut.
hari ini hari mereka. esok lusa tiba hari kita.

lol,
tajuk hari ini.


::aku kamu bahagia::

semalam hidup aku;
hanya aku yang tersenyum,
hanya aku yang gembira,
kelam aku sendiri,
langkah aku tak dituju,
buta kaku gelap seribu.
silap aku tak diragu,
simpan pilu jauh di kalbu,
sampai bila tak siapa tahu.

kamu;
selepas semalam aku kenal dirimu.
bawa jiwa kenal dunia,
timba ilmu sepanjang masa,
tiada saat kamu tiada,
sunggguh hari semakin ceria,
seperti berdua di bawah bulan purnama,

ku lihat bintang di sana,
rasa diri ini sungguh bermakna,
tak ubah aku ini,
nak cakap gila tak gila,
sebab aku senyum gembira.
kongsi rasa,
suka duka,
sebenarnya,
aku tahu,
sebenarnya,
aku kamu bahagia.

jadi jangan pergi jauh dari aku,
kerna kau akan bawak pergi bahagia.
aku tak mahuuu.
tolong.
:(
aku mahu ; aku kamu bahagia.


ok. dah sudah.
moga kita semua bahagia. dunia akhirat. aminn (^_^)


sesudah setahun

selamat tahun baru buat semua. :)

hari ini.. saja ja nak buat entri pepagi buta. maleh nak layan homework. aku tolak semua ke tepi. jauh jauh. jap lagi pergi sekolah, pepandai la. kita dah besa kan. ok. 
sebenarnya, nak buat entri utk... (hari ni malas nak mention nama)
saja ja, nak poyo seposen.

eyh, dah cukup setahun sebenarnya kita kenal. tak sangka masa berlalu, cam aku makan, kejap jewk.macam-macam drama ada, kita la pelakon utama. biasala. cakap drama queen.


ingat tak, aku cakap dulu?
usia perhubungan tu tak penting, yang penting sejauh mana kita mengenali.
yela, walalupun kita baru kenal setahun.  aku tahu kau suka makan apa, suka kalaer ape, muka marah cam mana, muka merajuk, muka suka, dah taw dah. masak sangat.


weyh, sori mory taw! banyak terkasar bahasa, buat tak reti bahasa.
menyakitkan hati, terngumpat, termengata.  biasala tu. fitrah manusia.
nak cakap orang suka sangat. bila kene time sendiri, mula la, buat-buat tak ingat. maaf ek.


terimakasih daun keladi,
buat kamu yang telah memberi,
macam-macam laa, tak reti nak cakap,
apa lagi nak ucap.


nanti balik malaysia, kita  melepak sesama lagi ekhh.
jemput la datang umah. lepak la lelama sikit. hehe.
sebab kau budak baik, parent aku insyaAllah tak marah.
takut tak? kalau baik takya takut sgt.

weyh, sal ni penting nak cakap,
aku bukan tak suka kau, tapi aku selalu terasa hati nan kau.
memanglah, aku kan sensitip tahap gaban. fahamilah,
a word can hurt me more than a bullet.
arghh. 

awak, 
bagaimanapun, aku tetap sayang kau.
sampai bila-bilapun. sayang gilo.


harap kite punya kasih sayang tak pernah ada limit of time.
sebab, aku bukan aku, tanpa kamu ;)
love u baby!
FOREVER











  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...