sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Saturday, 12 February 2011

pictures of yunnan (part 1)


ini setelah berjaya sampai ke kunming,yunnan.
tu pun sebab sempat terima last call. kalau tak tinggal misscall jela semua :)



masjid pertama yang kami jejaki.








destinasi pertama; gua burung layang-layang a.k.a gua murut ;)
berjaya masuk dan keluar dengan selamat. membawa hati yang lara.


ontheway to xishuangbanna.
naik bas katil katil. seronok tidur. tak sedar malam ke siang!


manting park, xishuangbanna.
antara tempat menarik kat yunnan.
sampai kat sini, sebab belaja nama tempat ni dalam kewen. haha


seronok woo,dapat makan dulu!
walaupun menu tak seberapa utk kaum kita. tapi bolehla makan :)

so,persembahan malam tu.









utk hari kedua di xishuangbanna^^

destinasi pertama: kampung thailand :)





tempat kedua utk hari tu; aku tak reti nak sebut nama.






aku suka ikan ni. serius sedap. masak apa ntah. tapi dye cakap thai style :)

dan tempat ketiga utk hari tu: ni pun tak reti sebut. bantai jela labu. malas nak carik












pastu g pulak 1 tempat ni. tapi, tak nak masuk. sebab aku rasa malaysia lagi indah dari tempat tu. haha


next, pergi the next kampung thai. nama sebenar tempat tu. aku tak tahu. nanti pulak sambung gmbar. part 2.



Sunday, 6 February 2011

saya kagum dengan mereka

salam dan selamat petang! hampir 2 minggu aku telah meninggal, meninggalkan blog dan laptop tercinta kat bilik. tak sangka aku mampu meninggalkannya utk masa yg agak lama  ni. sebab memang tak mampu nak mengangkut lp aku ni ke yunnan. kota suci dalam debu!


aku pun macam tak percaya jewk. sampai ke yunnan aku habiskan cuti winter ni. dari takna g memana. tak senonoh betul. jauh merantau. seriusly, memang besh journey kali ni. mahu taknya. boleh tahan juga. sehari sebelum g, baru nak beli tiket flight segala bagai. tapi, alhamdulillah. selamat sudah aku sampai ke bilik tercinta di BFSU ni. walaupun berjalan sesuka hati. tanpa sebarang plan. 


kenal macam-macam orang.jumpa macam-macam ragam. makan macam-macam benda. belajar macam-macam cara. dengar macam-macam cerita. kongsi macam-macam pengalaman. macam-macam ada. betul orang cakap. jauh perjalanan luas pengalaman.


ibu negeri yunnan,kunming namanya. seronok. walau tak semaju beijing. tapi boleh tahan la canggihnya. 


paling kagum aku lihat muslim di sana. jumpa masjid besar-besar. masjid besar lagi meriah. kalah masjid malaysia kowt. jalan sana rasa selamat. islam mereka kuat. itu apa aku rasa. kalau nak rasa sendiri, pergilah tengok.


paling tak sangka, melihat madrasah-madrasah(sekolah agama mereka). ramainya budak kecik-kecik belajar Al-quran. ada yang baru 5 6 tahun dah hafaz 8 9 juzu'. hebat lah. kecik lagi mereka. cumel sangat!
tak sangka,sampai camtu tahap mereka sayang agama.boleh cakap kalah kita, negara islam. (:


banyak menda yang aku belajar. kalau bagi aku masa tulis satu persatu. sampai bila pun tak sudah aku tulis. biar aku simpan dalam hati. takpela, kita buang yang keruh ambil yang jernih. mana yang boleh dijadikan pengajaran. kita ambil jadi pengajaran.


setiap kali mereka bertemu saudara muslim. mereka tak akan lupa memberi salam. walau tak mengenali sesama mereka. tak macam aku pun. yang kenal jewk nak kena beri salam. segan gak aku seposen bila kenang balik. iskh iskh iskhhh..


tahu tak, mereka pakai tudung lagi canggih dari kita-kita. comel plak tu. jeles aku mellihat +.+
dari yang kecil sampai la ke besar.. majoriti ada tudung di kepala. comel comel! serius comel!


makanan di sana, bandar suci dalam debu. memang banyak debu, sebab masih dalam proses utk maju. banyak pembinaan sana sini. serius berdebu. pergi kawasan muslim! memang heaven gila. semua boleh makan. yang paling besh bakery dia. wahh.. sedap gila roti-rata (ini kata ganda). rindu pulak semua makanan sana. sedap enak lazat! walaupun aku agak tak cukup makan kat sana, sebab duk kejar masa. biasalah. sibuk melancong^^


selamba aku pergi melancong last minit pun, sempat la jugak aku pergi melawat berbelas-belas tempat kat sana. btw, thanks sgt kat semua orang. yang  telah membantu secara langsung atau tak langsung k! insyaAllah, ada rezeki kita boleh pergi lagi. (^_^)Y






*gambar-gambar lain akan di sertakan dalam entri akan datang. harap maklum.

Monday, 24 January 2011

aku jiwang, dan dia tidak

selamat pagi semua,
hari ini saya masih lagi dalam percutian semester, walaupun saya cuma berada dalam bilik sepanjang hari.

so, dalam mood kejiwangan ini. aku buat entri yang dituju khas buat semua.
haha. ini bukan untuk korang kutuk or apa. saja jewk aku layan jiwa aku ni.
nak ajak korang baca. kali ni best sikit. sebab aku tulis kisah benar. berdasarkan pengalaman aku sendiri. tak buleh bla. cam bagus sangat aku ni.

ok ok.
sekarang kita story.

1)Apa perasaan aku bila aku jiwang dan boifren aku tak?

kadang-kadang aku touching gak la seposen. mahu tak, kau buat ayat lemah gemalai macam gila punya seni semata-mata nak bagi ayat tu bermakna. last-last dia cuma kata "ok".

2)Apa aku buat nak bagi boifren aku faham.

selalunya lepas aku bagi ayat-ayat puitis kat dia, aku mesti kena terangkan satu persatu. nasib baik la bf aku ni pun faham jugak. apa-apa kemusyhkilan on the spot dia tanya. sampai faham la 100%. walaupun aku tak berapa pasti. yang dia faham ke tak. tapi dia buat muka bersungguh-sungguh je. so, aku percaya jela.

3)selalu ke awek jiwang nan boifren tak jiwang ni gaduh?

hoho. ini biasa. lumrah kehidupan. tapi kasih sayang yang tak pernah habis tu,selalu ada. dan kami masih bersama dan akan terus bersama selamanya. insyaAllah. bahagia ya!!


sudah la. sampai di sini dulu entri karut dari aku. saja je aku ni. takde kerja. boring boring.

ehh, tapi korang kena tahu satu. biar pun boifren aku ni tak jiwang. tapi dia romantik. romantik gila babai. 

mesti pelik kan, apa beza romantik dan jiwang?

romantik=the ways of he/she treats us

aku jujur katakan. aku tak romantik langsung. 0% romantik dalam diri.
maybe sebab aku ni memang agak kasar sikit. tapi,taklah ganas macam pengganas. kalau nak memujuk dia. cuma ada kejiwangan dalam diri ni sebagai kekuatan. tabur lah ayat-ayat jiwang to say sorry. sengal gila.
lagi dengan sifat jujur,telus mulus aku ni. memang susah la aku nak berpura-pura romantik. haha. harapan jela.

biarlah aku jiwang dan dia tidak. aku tetap sayang dia ♥♥♥
baguslah kita tetap begini.
sebab saya percaya dan yakin. yang tak sama tu tak bermakna tak boleh bersama. unik la. sorang jiwang sorang tak. hehe ;)
baru la saling melengkapi namanya.

bagi insan-insan yang tak berapa jiwang dalam diri. jangan berkecil hati.
setiap orang ada kelebihan masing-masing.
 sama macam kekurangan.setiap orang ada. kita cuma perlu bersabar dan terima seadanya. nobody perfect k!


di kesempatan ini. tiena nak mintak maaf kat baby. kalau tiena ada tersilap kata terkasar bahasa. tiena syg baby tiena ni.♥

 budak tak jiwang, tapi paling romantik dalam dunia♥
comel gak gamba ni. setelah diedit dengan jahat dan jayanya oleh tiena. haha

muka budak jiwang ayam♥

tiena paling sayang baby. thanks sebab kamu sentiasa ada dalam hidup tiena. support n selalu tlg tiena. kamu jewk yg faham tiena. dari kecik sampai besar. syukur sgt dapat kenal kamu. b, tiena harap masa selalu ada utk kita. aminn^^


semalam kita dah wat page kat fb.  kita tak pandai. biasalah. maseh mentah. sempena dah nak hampir setahun blog maseh mentah usiaku~~ ni. so, tengah duk fikir idea nak wat contest apa. hadiah pun ngah bincang ngan sponsor lagi. harap-harap dapat sambutan la contest sy. kalau tak, tak buat dah la pasni.haha

salam semua^^
















Friday, 21 January 2011

bila tiba hari bahagia (:

salam.
aku mengarang sebagai seorang insan di dunia. ya, aku insan dengan jiwa dan raga.
aku jatuh cinta dan mencintai si dia.
aku tahu, semua orang punya rasa yang sama, semua orang ingin dicintai dan mencintai,
mengharap untuk bahagia bersama si dia selamanya.
dan kini aku bahagia.



bahagia untuk apa?
maaf. ini bukan kisah cinta. dan itu bukan gamba kahwin saya.
soal jodoh tu semua di tangan Yang Kuasa.
saya hanya mampu berdoa.^^


ni soal aku dan mereka.
pelik kan entri mereka-mereka ni. 
mereka adalah teman aku.
nanti aku cerita lebih lanjut ya.








timing baik sebab hari tu tiada awan. langit biru.
sesuai untuk ambil gambar posing-posing.
yup! ini bukan sessi photoshoot or whatever.


ini hanya gamba sesuka hati kami lah.












yang tak menahan sejuk gila tahab gaban,
buleh berani mati pakai baju cam tu. hehe :D
gila kentang!



kami hanya keluar untuk bersiar-siar,
ke mana kami bersiar?
teka lah kalau pandai!


jauh perjalanan, hanya kami yang rasa.
kami naik flight berjam-jam,
tu tak masuk yang delay nak transit segala bagai.


jum usha lagi.


V
v
v
v
v
v
v
























ini adalah kepingan gambar yang terakhir.
hari sudah senja. dan kami melangkah pulang.
detik-detik akhir itu. kami dah tak berdaya lagi.
dengan suhu antara -4 hingga -9 camtu, berserta angin yang bertiub kencang.
kalau perasan. air pancut tu dah beku sebenarnya.
kami pun mencari makanan dan pulang ya!


btw, tiena nak ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi meluangkan masa keluar bersama.
i'm happy with it. yaa!
paling terima kasih kat camerawoman kita.


gambar sekadar hiasan.
camerawoman bukan aku la. orang lain. ini cuma gambar gila glamor.
maaf ya.

last but not least.
mesti ramai orang nak tahu kan, kita orang pergi mana?
ok la. aku pun tak nak berahsia.
apa yang best kita kongsi bersama.


世界公园
terletak di beijing, china.
lepas ni siapa-siapa nak melancong, boleh pergi ke sini ya. dialu-alukan.

p/s: seronok kot, menghabiskan masa sehari mengelilingi dunia.
tapi beberapa hari juga lak aku berehat, sebab letih gila kowt.
peace korg!
salam (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...