sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Tuesday 24 September 2013

baki 8



kalau kita sendiri tak boleh maafkan kesilapan diri sendiri, bagaimana mungkin orang lain bisa maafkan kita?

tepuk dahi, geleng kepala.

masa, tolong lambat-lambat. hati masih berat utk tinggalkan malaysia dan segalanya.
berharap boleh bertahan for another 40weeks in china. #finalyear #yeahhhhh

Monday 16 September 2013

the power of love.

bangun pagi dengan penuh perasaan. morning world.



Wednesday 11 September 2013

hunan memory - 3rd year

ternampak gambar ni.看了好久, 也猜不出来,这个在哪里。 哈哈哈,但,最后知道了。

都是在湖南的照片。


没有什么好东西,
这些都是美丽的回忆 :)

sharing is caring!

#throwback #hunan #avatar










walaupun banyak habiskan masa dalam bas. tapi  tetap bergembira :)

demam. dulu dan sekarang.



selamat pagi!

hari ini demam demam. eh, dah lama tak demam.Alhamdulillah, akhirnya demam jugak.


10 tahun lalu,paling tak suka demam. kalau demam, macam sakit kronik. tak boleh bangun, tak boleh gerak. tiap-tiap sendi tulang belulang sakit.

yang paling ingat, abah akan angkat, bawak pergi klinik. nasib baik time tu kecik je, ringan. senang nak angkut.

simptom simptom demam ni mmg tak lain tak sah. 1st of all akan sakit mata, then sakit tekak, batuk batuk, terus demam.

me, anak manja yg terpaksa duduk asrama sejak form 1 tu. tak bisa menelefon mak atau abah utk beritahu me demam. jadi, kawan-kawan akan tolong kol kan.
sedihnya ingat saat demam zaman sekolah.

tapi sekarang,
demam, makan sikit, makan ubat, bungkus, tidur sampai sudah.
tiada lagi perhatian seperti dulu.

dulu,
makan minum suap, baring pun ade org teman kat tepi.
kalau mak sibuk, adik temankan. so, boleh order je nak minum or ape ape.

eh, itu cerita dulu.
sekarang. i need to be strong. i'm not that little girl anymore.

umur dah puluh puluhan. mimpi lah nak layanan gitu lagi.

buat masa sekarang, masih fikir apa punca demam ni.

mandi hujan? atau berjangkit dgn adik? alamak aih.
padahal, kalau tahu punca pun bukan baik demam ni. urmmm

k laaa. nak mam ubat. n sleep.
wasalam.

sakit kifarah dosa. harap happy happy je time sakit :)

Tuesday 10 September 2013

sampai kapan?


pagi pagi.
tak tahu mana salah dan silapnya.

jauh mana lagi aku bisa pergi?
dan sampai kapan?

kadang-kadang memang kasihan.
tanpa sebab aku kasihan.

tragis gila rasa.
sampai kapan?

yg bisa pujuk aku hanya ayat itu.
mungkin cerita itu memang dah begitu.
tak kisah kuat mana kau usaha.
tak kisah indah mana kau impi.
kisah itu memang begitu.

follow the flow.
till the end :)

hope i'm just fine.
hopefully.





Monday 9 September 2013

sweet september ♥

morning :)
 
 
having u in this September is more than what I want,
more than what I wish.
it makes me feel great.
 
u are my everything.
eh, should u be a part of my birthday present?
 
urmmm...
I don't think so.
u should be a part of me.
that I need ever after.
 
thanks for every moment.
:D
 
please,
behave for another year for us.
wait haaa!
 
"SAS. sampai syurga"
 
 
 

Sunday 8 September 2013

gadis berapi @ girl on fire

salam petang.


petang yang dingin,
angin berderu-deru,
hujan hampir turun.

buang rasa pelik, bila masih ada tempat yg panas.
ini panas bukan sebarang panas. ia lagi panas dari biasa. macam hot fm pulak.

jangan terkejut. I dah pandai main api sekarang.
tapi tak pernah bakar orang lagi. but I will, maybe.

believe me, one fine day. I will. *if needed

apo ni? setakat ni, aku hanya ingin membakar barang orang.
barang-barang orang yg aku tak pernah hingin,
barang barang org yg aku mmg tak pernah suka, dan takkan suka.

eh, jangan tanya barang siapa. jangan tanya barang apa?

kau takkan pernah tahu. sebab bahan yg dibakar ni. terhapuslah bukti-buktinya.
ranaplah rupa bentuknya.
harap api bakar ia bersama kenangan kenangan bodoh itu.

biar aku nampak psiko. biar ada rasa emo.
biar kau tahu. api tu bukan hanya permainan.
ia mampu membakar, membakar apa saja yg boleh terbakar.

sorry, you are flammable. uweeeekkk :P

Wednesday 31 July 2013

try an error.

malam

:)

1
2
3

ini
bukan
cubaan.

ini
bukan
mainan.

ini

sebuah

kenyataan.



terlalu banyak kekurangan aku, untuk melengkapi engkau, itu terlalu mustahil.

ramadhan tahun lalu~~


di situ.

Pagi!

Alhamdulillah,
sampai saat ini, aku masih di sini.

masih berjalan di bumi ini,
walaupun semuanya rasa seperti baru,
walaupun rasanya tak sama seperti dulu,
tapi perasaan aku ini,
masih sama.

aku bukan super kuasa,
aku tak bisa ulangi masa,
apatah lagi putarkan ia,
moga ia mula semula.

silap,
itu perkara biasa, sebab kita manusia,
silap,
itu punca kita terus sesat entah ke mana?
silap,
tapi sampai bila?
takkan kita nak terus di situ,
terus, silap.

yang bisa hentikan silap itu,
hanya kau,
yang mampu ubah silap itu,
hanya kau,
kerna kau yang mulakannya,
kerna silap itu,
silap kau.





 








sampai bila kau mahu di situ?
sebenarnya ada tempat yg memang wujud, bukan utk kau.
pergilah.
berganjak.

Monday 24 June 2013

minggu terakhir. pelajar tahun 3 :)

salam, selamat petang!

awesome sgt rasa lepas habis menjawab paper utk hari ni. berbaki 2 paper utk hari esok. tapi hati lega dari sebelum-sebelumnya.

in 6 days, nak kena kosongkan bilik for the renovation. then, balik malaysia. bagi juga kami rasa bangunan baru nanti. but still tak fair, dah affect cuti winter utk tahun akhir kami. so friends. winter tak cuti :)

nak buat entri tamat tahun 3 for this year.looking fot the best picture. and for the next 3 month, we will back here, to finish this degree.

hey, esok 2 paper lagi. wish me luck! :) last 2 payper!

Sunday 23 June 2013

aku manusia berdosa.

aku terkejut jumpa diari lama. bila dilihat, aku sudah punya rasa yang sama buat kali ke-2. kau tak pernah tahu kerna aku perempuan rahsia. tak mampu bicara.

aku memang tak mahu salahkan sesiapa. kalau di kira. kau baru sekali rasa. mungkin dah cukup terseksa. aku dah 2 kali punya rasa yg sama. tapi kau terus menghukum.  hukumlah. sampai kau rasa puas. dan sampai aku cukup lemas.

masa-masa yg berlalu ini memang tak sia-sia. kita jumpa banyak benda, kita belajar serba perkara. dan kita faham erti bahagia.

aku tak menulis utk sesiapa. aku menulis utk aku yg sedang kecewa.
kecewa dgn pilihan hidup. hidup sendiri yg terlalu taksub dunia.

aku tak minta kemaafan manusia, aku mohon maaf pada Dia.
aku abaikan-Nya sebelumnya. sedang Dia tak pernah terlepas pandang aku.
tetap beri aku segala kebaikan dari-Nya. dan aku memang manusia berdosa.

aku tahu, Dia tak pernah penat memaafkan hambaNya. dan Dia tunggu kita, sampai akhir masa, penghujung dunia.


1 2 3 mula :)

jangan tanya kenapa aku mahu mula semula,
jangan pertikai dari mana aku dapatkan ia,
jangan persoal kenapa?

yaa, ia mungkin yang jatuh tergolek dari langit.
ia  mungkin kerna semangat aku yang hilang entah ke mana sebelumnya,
aku mahu punya sebab yg nyata,
aku mahu tahu tujuan utama,
moga aku bisa makin dekat dengan-Nya.

yes, aku mahu mula semula.
kalau mungkin tanpa teman,
aku tahu aku bisa berlalu sendiri,
kerna Dia tetap ada,
selamanya.

Thanks ya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...