sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday 29 May 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

salam. sy baru pulang dari summer paradise, nak join segmen abg ben.


khas buat mereka yg follower bawah 500 dan masih baru lg mentah :)
sebelum 10 malam ni k.

buat mereka yg baik hati. buleh undi abg ben di sini.
thank you.  

Thursday 19 May 2011

bukan tak tahu, cuma buat-buat tak tahu :|

malam! 


i bukan taknak ambik tahu semua tu. cuma i malu nak mengaku. i pemalu la u. tahu ke? i tak pewna mengaku pun kat u. how could u know? kan? 


hey,
tolong sikit, kalau bitaw u, abis la rahsia i. tapi takpe la. kita kan kawan. nan membe2 nak berkira ape. i bitaw k. kira la dulu tapi...


ok,


1
2
3


the truth is.....
i memang tak pernah ambil tahu pasal u, sebab i memang pandai berlakon. cakap drama queen. i mengaku, i ada tipu sikit-sikit u. sikit je la tapi. i stalk u. semua pasal u i check hari-hari. caring k :)
i guess, i jadi stalker u, sebab i syg kat u. syg sgt. apa cerita terbaru u yg i tak tahu? semua i tahu, tak pernah miss. syg u. muahh muahh!


jap jap, i stalk u pun tak bermakna i minat kat u. i cakap syg je. cakap kwn. siapa tak sayang kawan? 


kalu stalk kekasih lain la jadinya, kena ubah jadi edisi siasat.
memang la, mula-mula stalk. lepas tu, buat la soal jawab plak. tanya itu ini. semua nak tahu. time ni la kita boleh detect ya. pasangan kita ni ada bakat ke tak jadi detektif. yela, teliti ke tak, ada pendapat yg bagus n logik ke tak. *tapi harap-harap takda yg terlalu ikut perasaan sewaktu sesi penyiasatan berlaku. nanti lain pulak jadinya.





part paling best, kalau ada stalker yg pasif. yela jenis simpan maklumat dalam perut, dan bukan terbongkar di mulut. selamat sikit hidup. aman damai dan sentosa. dan lain pula jadinya bila ada yang aktif ni. ini yang membuatkan korang tak senang duduk. ke kanan ke kiri memusing, mencari jalan dan terfikir. bagaimana dia tahu? pelik aku. mula la check merata tempat. mana berita ni dia dapat?


biasalah, kerana manusia itu saling bergantungan. bila mata dah memandang, mulut akan berkata.


hidup ini, biar tiada yang memandang ke arah kita. kerna sememangnya kita tidak rugi, kerna mereka tidak membuka mulut mereka utk berkata tentang baik dan buruk kita. so, tak perlu lah risau byk sgt :)




iklan sementara waktu


barangsiapa yang rasa, nak suruh i stalk dia pun boleh. byk sgt masa terluang ni. cuma tak tahu je nak stalk siapa. manalah tahu, ada rezeki nanti. boleh menang award, stalker terbaik. 

yang tak de hobi tetap tu, buleh la try stalk orang lain, buat jadi hobi.
tapi stalk je. jgn bukak mulut, buat citer bukan-bukan plak. wat tambah beban je.(dosa dan sama waktu dgnnya).

memang takde kerja aku ni. nak p usha jap, nak stalk siapa lg lepas ni.
isi masa lapang

 sempoi-sempoi i pun ade stalker jugak. haha, tanpa segan silu mengaku. memang la, i ada stalker special edition. siap ada soal jawab bagai. haha.



p/s: u, kalau i nak cari stalker berjaya i, mesti u yg dapat award tu!
nanti i teman u makan kfc. u ckp nak belanja kan? i ♥ baby.



Friday 6 May 2011

pertama kali berpisah :(

petang! 


dengar kicauan burung dari luar. aku yang sunyi sudah tak lagi. tersenyum, dan cuba senyum lagi!


aku risau sgt rasa. tak buleh nak bayang kali pertama berpisah.
dulu, aku kali pertama; nangis macam nak gila. sampai demam demam. mak aku yang pujuk. cakap dah besar kan. takkan nak nangis lagi. walaupun aku baru form 1 time tu. tapi memangla. aku tak pernah berpisah lama-lama dengan family. mahu tak menggila. walaupun sekolah tak jauh mana. tapi, kalau dah duk asrama tu. memang jauh sgt la maknanya. 


nasib baik parent jenis understanding sgt. sebab tu aku tersgt syg mereka. tiap-tiap minggu akan dtg melawat aku. bahagia sgt rasa. sebab tu, aku dah takde rasa homesick sgt lepas tu. lagi pun, aku ,makin lama makin dewasa. tak la homesick sgt dah. dan lagi lama-lama. tak homesick langsung.


apa rasa tiena homesick?
rasa macam jiwa kosong sgt. takde orang nak jadi teman bicara. takde teman gaduh dan seumpama dengannya. memang kawan-kawan ramai. tapi, mereka masih tak mampu buat kita lupekan rumah. biasa la. kita pun baru nak up. nak membesar. bukan senang nak lupakan rumah. ini lupakan rumah ok? bukan lupa diri.
dari kecik duduk rumah. kalau jenis cam aku ni. dari darjah 1 sampai darjah 6, rombongan pun tak pernah pergi. mak cakap, tak boleh. nanti awak takleh tidur malam. memang tepat sekali kata mak aku. memang tak kan boleh tidur malam.




1st time masuk asrama yg tak berape jauh dari rumah aku tu. hari-hari aku fikir nak lari balik je. nangis takya cakap, macam kena histeria nangis. tak suka gila. pastu mula la. asyik sakit memanjang. sebab tak suka duk ostel. jauh dari rumah.


bila dah besar sikit. sekolah jauh-jauh. aku dah tak kisah sangat. sebab makin dewasa. DEWASA k. aku suka bila dah dewasa. haha. taw ape dewasa? dewasa cam aku la. haha. usia muda, tapi dah dewasa. ala ala matang gitu. cam gini la. meyh usha :) 


hehe. poyo sgt ;)


kadang- kadang 4 5 bulan baru balik sekali. biasala, kalau sekolah asrama luar negeri memang camni.( luar negeri aku maksudkan di sini adalah; luar negeri pahang k)
bukan aku tak rindu rumah dan family. cuma inilah kelebihan bila ada alat-alat komunikasi yang canggih. tak perlukan public fon, atau sesi kirim mengirim surat ok. itu terlalu kuno.
hanya dengan kiriman sms, dah cukup mengeratkan hubungan kekeluargaan yg dipisahkan oleh jarak. hanya semudah abc. jangan lupa call la, kallu dah kemaruk sgt. nanti buleh gila pulak.


rindu dekat keluarga lagi parah dari rindu kat BF?
ini memang fakta. walaupun kita bukan anak emas atau anak manja. hanya family je boleh tenangkan kita. setenang-tenangnya. kita kenal family sejak lahir. family kenal kita sejak lahir jugak la. so, takleh lawan hanya BF atau GF anda k. harap maklum. jadi, andai kata ada sebarang masalah. orang yg terbaik utk tenangkan kita adalah keluarga; terutamanya mak n bapak kita.


kadang-kadang aku rasa yg paling dirindui kat rumah adalah..
peti ais nan meja makan. atau lebih tepat, bahagian dapur. sebab kat situ antara tempat paling lama aku habiskan masa waktu kat rumah. korang plak?
aku tak suka tengok tv. tak suka sgt keluar, tak suka macam-macam. kecuali MAKAN. mungkin sebab tu aku rasa itu yang paling diingati. dan dikenang.






kerna ia adalah sebuah suratan takdir. aku terpaksa pergi jauh, sejauh-jauhnya dari keluarga. perasaan yg tak buleh dibayang dan diucap dengan kata-kata. aku tak pernah terfikir utk pergi sejauh ni. dari dulu pun aku hanya berharap dpt jadi mcm orang lain. biasa-biasa je. kalau belajar kat malaysia. boleh selalu balik rumah. aku percaya; kalau ada award selalu pulang ke rumah. aku la yang sapu award tu. tapi apakan daya. sekarang aku hanya layak merangkul award, setahun sekali pulang ke rumah. nasib baik dapat jugak balik beraya. kalu tak mahu gila aku dibuatnya.


rasanya zaman sekarang ada lagi tak orang yg tak pernah berpisah dengan parent atau family, walau umur dah sepatutnya dikira matang? ada ke ek?
kalau ada, aku rasa bertuahnya dia. tapi dia tak berpeluang plak nak rasa; apa itu homesick :)


paling tak suka asrama yang ada buli-buli. patut kita bako je!
aku, tak pernah kena buli. tak pernah membuli. aman sgt. orang lain? aku tak tahu.


p/s: buat adik aku yang baru pertama kali duduk ostel tu. walalupun dah besar pnjg. jaga diri elok-elok k. akak risau sgt. hehe. poyo sgt aku ni. tp yela kan. budak laki ni yg byk kes buli. sbb tu risau. ;)


the most important things; yang wajib wajib jgn lupe taw. bila dah berjauhan tu selalunya dah takde org yg nak tegur kita directly. so, kita kena didik diri kita sendiri.


kawan-kawan yg terpenting lepas keluarga. bak kata org cina;
在家里靠父母,出门靠朋友。(duk rumah bergantung pada ibu bapa, keluar rumah bergantung nan kawan-kawan). jgn main gantung-gantung diri sudah. 


sayang awak! 

salam syg; dari tiena yg pernah homesick dulu 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...