sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday 27 March 2011

hey, si plastik beg

hye. selamat petang. :)

bersempena dgn earth hour semalam. aku dapat satu idea. satu idea yang beri aku kesedaran. mengenai bumi. sebelum itu. "cintailah bumi kita!"

ini bukan kisah recycle. atau apa kejadahnya. ini adalah kisah aku. i'm the one that love the earth. sebab aku masih diberi peluang berpijak di atas bumi yang indah ini.

saya, sebagai wakil dari bumi berkata; (sambil menjerit) I HATE PLASTIC BAG, BUT I LOVE U.

apakah maksudnya?

ini entri 2 in 1. sila beri perhatian lebih. tak faham takpe. i tak kesah.

haha, dengan penuh rasa mengarut. weyh, plastik bag sekalian jauhi diriku. i hate u!
btw, maaf buat yg tak de kena mengena. jangan terasa hati. aku tak maksud kan sesiapa. cuma biasalah. merepek sebentar. haha.

pelik kan? kenapa masih ada plastik bag atas bumi?
adakah kerna anda perlukannya? atau plastik bag ini memang tak boleh bla? tak sedar diri atau sama waktu dengannya?
aku pun tak faham sebenarnya. mari kita tanya pendapat salah seorang dari mereka;

dan ini jawapannya. 

manusia ibarat plastik bag ini ada di mana-mana. dan anda mungkin di antara mereka.
mari kita check jap, betul ke tak anda adalah plastic bag;
1) buleh dikitar semula
2) tak boleh dilupuskan
3) hari sabtu dan ahad adalah hari bahgia, kerna anda tidak diperlukan lagi. 'hari tanpa plastik bag'

dari hari ke hari, musim ke musim. gejala plastik beg semakin menular di kalangan remaja hari ini. maafkan saya, terkasar bahasa. tak perlu anda berpura-pura. sebab aku geli melihatnya. andai aku bisa memejam mata, menutup telinga. tidak aku mahu mendengar dan melihat golongan mereka.
takut lain pulak jadinya. 

dah, tiena. sudah. hentikan.

ok, sampai di sini saja. bebelan hari ini.
ingat pesanan akak. cintailah alam sekitar. guna semula dan segala apa yg kita ada sebaiknya. tak  perlu nak hipokrit sangat. atau nak menunjuk je yg lebih. padahal, hakikatnya tak seberapa. sedar sikit diri sendiri. bak kata makcik saya; "indah khabar dari rupa". *tetibe.

weyh, bersederhanalah. dan bersangka baik. supaya hidup kita aman tanpa plastik bag!
.: I    L O V E    U,   B U M I  :.

salam sayang; dari pencinta bumi dan lelaki itu (BF aku)


haha

p/s; aku taknak jadi plastic bag. tolonglah~~


Monday 21 March 2011

Hidup Aku Bukan Hidupmu

Rela kau dipenjara? dikurung? dikawal sepanjang masa?

AKU; insan



bukan hidup ibarat ikan di dalam aquarium,
bukan seperti hamster di dalam sangkar,
bukan macam lembu di dalam kandang.

Insan ini mahu berterbangan bebas di awan, mahu tertawa gembira dalam dunia sendiri.


Dunia sendiri aku, bukan tiada watak lain,
Hanya aku pinta, jalannya adalah jalanku,
Caranya adalah caraku,
Aku mahu, aku pilih,
Kerna duniaku, bukan duniamu.

Ya, aku mengerti; hidup ini perlu saling mengingati. Kerna insan ini selalu terlupa, selalu alpa.

Nasihati untuk mengingati, bukan terpaksa diikuti.

Tolong! Tolong! Tolong!

Jangan buat hidup aku macam kau punya,
Jangan paksa aku, jangan kongkong aku, tapi pimpinlah aku,

untuk yang terbaik dan semampunya. 

p/s: maafkan aku. aku tak suka dipaksa. terima kasih kerna memahami.

Tuesday 15 March 2011

juara tak ke mana | dah bagus sgt la tu

pegang pada fakta bumi berputar ibarat roda,
air di laut ada pasang ada surut,
rasa di hati, ada manis ada pahit.











kalau hari ini kau  berjaya dan gembira keseorangan,

kesedihan kau hari esok juga adalah sendirian. 














kejayaan kau bukan untuk tunjuk siapa gagah, siapa hebat,
kejayaan bukan untuk dibangga dan dijaja.
cukup sekadar berjaya; untuk membina masa depan yang cerah.

kau tak perlu ceria, tak perlu gembira, tak perlu terlalu taksub hanya kerna kau berjaya hari ini.

hey!
tiada manusia yang sentiasa berjaya dalam hidupnya.

kerna KEGAGALAN itu selalunya lebih bermakna.


selalunya; people will work harder after they failed.
kalau tak, bukan people la tu. mende lain ;)

bukan mengata atau apa, cuma nak berkata-kata. aku tak berjaya, aku tak punya apa. aku masih belum berkerjaya. 

bukan tak suka berjaya, siapa yang tak mahu berjaya? siapa yang tak gembira? tapi perkara sementara. tak payah nak syok sangat duk panjang cerita. 

k. jum hidup bersederhana. amalan mulia 
   

Sunday 13 March 2011

sampai mati pun hanya aku yang bersalah


Aku mengaku, sampai mati pun hanya aku yang bersalah.
Memang, semua hanya kerna diriku kau benci.

Karma telah tertulis, yang dibenci akan terus bersalah.
Kerna itu aku tahu apa jalanku.



Kenapa kau membenci manusia biasa ini?
adakah kerna dia istimewa?
adakah kerna perangai buruknya?
atau lebih teruk, adalah kerna hatinya yang busuk?

pernahkah kau fikir?
bila kau membenci, hati kau tak suci.
bila hati tak suci, jiwa resah gelisah,
semua yang dia buat salah,
 malahan, melihat dia hanya menyakitkan hati dan matamu.

perlukah kau membenci?
dan perlukah kamu bersama lagi?

tak guna benci kawan sendiri,
baik tak payah kenal sampai mati?
daripada sakitkan hati.
dan buat modal mengata sana sini.
macam takde kerja lain nak buat.

iskhh, ini buat hati yang membenci.
tak termasuk orang yang dibenci.

kalau kita membenci seseorang, sepuluh orang yang membenci kita.
berbaloikah?

haha. suka hati aku je nak cakap.

sebenarnya; kau takkan untung sikit pun membenci orang lain,
sebab kita semua sama. manusia yang meminjam bumi. tak payah nak fikir diri dah bagus sangat. cakap tu cakap ni. cari salah orang lain, macam diri tak pernah salah. apakah?

memang membenci tak kan menenangkan hati. yang dibenci akan terus bersalah sampai mati.
jadi cubalah anda sucikan hati. jangan membenci!



♥ HIDUP BUKAN UNTUK MEMBENCI, tapi BERKASIH SAYANG 

SEKIAN. salam kasih sayang.





Saturday 12 March 2011

kau tahu apa?

selamat petang.
aku bosan petang nie. mahu tulis rasa apa jadik hodoh cam aku.

kau rasa sama cam aku ke?
kau hodoh jugak? boleh kawan nan aku. kalau kita sama.

orang hodoh akan ditakuti. kerna mereka adalah golongan ketepian. golongan yg tak diiktiraf kewujudannya. betul tak? kau pernah ke rasa? 

tak apa jadik hodoh, cuma berharap hati ini tak ada rasa iri pada mereka yang cantik.
tahniah buat kamu si cantik!
cantik-cantik kena pandai jaga diri lebih dari kami, si hodoh.

hidup normal, tiada apa yang lebih. cuma lebih pada kekurangan la, cakap hodoh.
tapi hati tak gundah, sebab tiada siapa yang nak kata lebih-lebih. seperti kata yg dituju kepada si cantik.

sebab hodoh, tiada yang pandang.
sebab hodoh, tiada siapa nak teman.
sebab hodoh, tiada apa yang istimewa.

sebenarnya siapa kisah?
aku hodoh hanya aku tahu. kalau kau tahu, aku peduli apa?
aku tak pernah kisah. jadi hodoh hati tak gundah.
tiada iri hati itu dah cukup sempurna.

buat aku yg hodoh; seronok sgt.
biar rupa hodoh, jangan hati busuk!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...