sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday 11 December 2011

nak tahu sgt kan. ambikkkk

ye r.


nak cakap moody. taklah sgt. tapi seriusly takde mood.

i hate sharing about love.
but it's ok.

it not a love anymore.
yeahh.

ini sesi melepaskan perasaan.
tolong blah! jgn pijak hati aku lagi.
suka hatilah nak cakap aku apa.
sampah ke hape ke.

i don't care...

aku kasar, sbb kau guna cara kasar.
takpela.

harap this is the last time for us.
moga kau pergi tak kembali.(dalam hidup aku)

stress la.
serabut sgt org gini.

ye, yg kau cakap semua betul.

kau kan BIJAK, PANDAI.
so, pergi mampus dgn ayat-ayat bagus kau,
menyampahLAH...

dah.
malas nak jahat sgt.

aku harap kau bahagia di sana.(rumah kau la)

jangan cari aku,
sebab mmg takkan jumpa.

i'm DEAD.
only for u


berharap kisah ini betul-betul berakhir. sebab aku dah penat nak tunggu part habis.
asyik ada drama-drama yang membosankan je.


THE END.



takya gelabah sgtlah. aku OK je.
bahagia sgt :)



Sunday 27 November 2011

lawatan sambil belajar, 2011

assalamualaikum.

ini koleksi gambar-gambar terbaru. hoho.

maaf. ini bukan gamba artis. ini gambar sekadar hiasan.
gambar baru balik melancong. 
walaupun hanya 2 hari merantau. tapi banyak yang kita dapat. insyaAllah.

lawatan sambil belajar. budak sekolah saya.
sekolah la sangat.


ini adalah hasil karya kanak-kanak comel :)
memang takda kerjalah. lagipun saja mengisi masa lapang (5 jam dalam train sepanjang nak ke destinasi)

destinasi: qindao,shandong china.

walaupun waktu musim sejuk ni bukanlah waktu yang sesuai utk melancong ke kawasan pantai,
tapi kami terpaksa juga pergi.
memanglah, dah sekolah buat rombongan. 
tak pergi rugila.


ini gambar pemandangan hari pertama.
memang sejuk mata memandang.



tak reti nak cakap nama tempat. tapi lebih kurang camtulah.
jalan ke tepi pantai, kemudian naik bukit plak.
memang excersices sgt.

ini pemandangan di kilang haier.
kalu g kilang-kilang ni. standard la.
setakat dapat tgk bilik-bilik pameran je.
memang bosan.

dan ini sy dan mumun (:
jadi model haier jap. hihi

ini salah satu benda yg best kat qindao.
mercu tanda? hoho.
ntahla, mcm simbol gitu.
tapi mmg comel bentuknya.


ni classmate sy (:


ini kawasan apa?
ntahla, byk kapal-kapal gitu. muzium navy la kot.

ini akak comel saya (:

classmate lagi (:


dan akhir kata, kalau nak g jalan ke qindao ni.
g musim sejuk. memang tak ramai pun orang (:

sekian, terimakasih.

wasalam.
selamat malam.

Monday 21 November 2011

what i did last raya haji!

assalamualaikum. selamat pagi!

yaa. kita dah lama berhari raya. raya haji tau. bukan raya puasa.
tahun ni dah genap 3 kali raya di perantauan. seorang diri. hoho

tipu je. takkan nak raya seorang diri. bersama kawan-kawan la.
yang best sekali tahun ni raya. 

aku dah pecahkan rekod beraya dalam luar  bilik. bukan luar pintu tu. 
yela, teringat aku 2 tahun  lalu...

aku tak boleh tidur malam before hari raya tu. tak tahu lah excited nak raya atau apa. 
jam 6 baru terlena. terlena kalau kejap-kejap takpe. 
ni lama gila.
sampai tengahari.

alih-alih,
menu hari raya aku tetap sama seperti menu breakfast hari2 biasa.
minum susu bersama roti.
memang enak.

tersenyum aku hari itu dihadapan laptop.
usha fb org lain yang sakan update suasana hari raya mereka :)


tetap sama..
masih beraya dalam bilik.
tapi, dapat juga merasa menu istimewa.
air tgn aku sendiri lagi tu. first time la katakan. hehe

kat sini raya lambat sehari dari malaysia.
jadi, sehari sebelum raya dekat sini tu.
classmate kita buat makan-makan.
masak sesama, makan sesama.




keesokan harinya...

Alhamdulillah, aku berpeluang pergi sembahyang raya. 
 tengok orang sembelih lembu dan kambing.
seronok.





sekian sahaja laporan saya, dari masjid niujie, beijing, china.
inilah reporter tak jadi suatu masa dulu. haha

meyh nak cite ni. 
aku geram sgt ngan sorang budak comel ni.
nak amik gamba nan dia memang bersusah payah la aku.
tapi 1 pun tak menjadi.
budak ni tak diam.
geram aku.
rasa nak picit-picit je pipi dye. erkh



COMEL dia ni. muka bulat cam kuey pau je.



dan ini peneman hari raya saya. thanks ye cik ieyqaadam. sebab teman g beraya kat luar ♥

balik-balik bilik.
aku mula melilau mencari makanan.
ohh, nasib baik ada orang buat mee kuah.(betul ke ekh? tak pasti plak)
dan menjemput sy utk makan.
terimakasih awak :P



dan itu dia aku. dengan laju dan seronoknya makan. hehe.

sekian sahaja cerita hari raya haji saya.

moga, kita masih diketemukan lagi dengan hari mulia ini, di tahun-tahun akan datang.

wasalam.

Monday 14 November 2011

selamat ulang tahun sayang (:

salam hari isnin.

hoho. rini 14 november 2011. bersamaan hari lahir budak buchuk sorang ni. Jadi, saya nak ucap happy birthday to my Mr. daydream a.k.a Muhammad ameer bin zaaba. dah 20 tahun dah awak!

muka budak buchuk lg comel (:


may Allah bless u n panjang umur.
belajar rajin-rajin. saya suka awak tua, sebab dewasa sikit. haha.

sebenarnya terlalu banyak kata-kata saya buat awak. tapi, tak tertulis pulak. takpela. nanti saya cakap sikit-sikit k. awak pun tahu kan. sy suka cakap, dah cakap bukan sikit-sikit. tapi memang banyak.

haha. muka cam opera dah :P


tak sabar nak jumpa awak nanti, mesti makin membesar dan sihat kan? hehe
umur 20 da, mestilah kan :)
makan byk2 taw. nanti kalu gemok sama saya, taklah segan sgt sy ni.


yeah. i can't tell u why, but i  u with all my heart.


ILYSM n MYSMMMMMM 
take care.




wasalam.








Sunday 6 November 2011

ini bukan cerita hari raya.



selamat petang!

assalamualaikum.
selamat hari raya buat semua yg menyambutnya,
tna belum raya lagi rini. so semangat raya kena simpan esok la.

dan ini pic jln2 hari semalam.


 i'm not walking alone.

we learn n realize.

it us.

cek tudung, senget tak :P


pelik, budak comel, lagi bulat ini melihat sy. mungkin pertama kali melihat orang yg pelik. terpana jap.


hoping that this time will never gone.

already taken? why don't u ask her?



yes, kami keluar bertiga.
hajat ke lain, sampai ke lain.

pose in the tree.
















pulanglah kami selepas itu. hanya ini secebis kenangan di musim luruh. act, dah winter dah. tapi daun tak habis gugur lagi. cuaca dah sejuk gaban dah. tak tertanggung rasa.

saya tak sambut raya lagi. esok, insyaAllah.


moga kita dapat  ambil sedikit masa, dah kenang  balik,  mengapa kita menyambut  hari raya aidiladha.
moga kita selalu dekat dgn-Nya.
 :)

salam aidiladha .
wasalam.

Saturday 5 November 2011

Jangan rindu aku

hye, assalamualaikum :)

dah lama tak  menulis. jadi, ingin  melepaskan gian di sini. yup,saya baru habis exam mid-sem ni. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. hari ini, baru ingin bercuti sakan. tapi tak sehat pula. takpela. ujian di hari cuti. mengisi hari2 kosong ini.

mengarang sebuah ucapan seorang insan kepada temannya,



dulu mula kita kenal, sebab awak yang tegur saya. kalau tak, tak kenal la kita sampai sudah. ingat tak?
saya bukan sombong la awak. cuma tak ramah cam awak. terima kasih tegur saya dulu taw. saya gembira berkenalan dengan awak.

time mula tu, semua minat kita lebih kurang sama, awak minat pink, saya pun minat pink. habislah, kita beli semua barang kaler sama. saya selalu tanya awak? tak kisah ke, kita punya barang sama? awak kata takpe, baru nampak kita sehati sejiwa. kadang-kadang paling kurang pun, barang sama. tapi kaler  je kita beli lain sikit. best kan barang sama. cam kembar plak rasa.

awak comel, saya tak macam awak. comot. sebab tu awak lagi ramai kawan lain. lagi pula awak ni seorang yang ramah. siapa yang tak nak kawan nan awak? saya pun seronok n bersyukur sangat dapat kenal awak.

hey, ingat tak? bila saya sedih je, awak mesti tanya saya kenapa? saya tak pernah pun berahsia dengan  awak. sebab saya percaya awak. awak pun sama, beritahu saya semua benda. lega rasa hati, bila ada orang yang sudi dengar apa rasa saya. thanks taw awak. sebab sudi beri kekuatan dan nasihat pada saya. 

time sakit pulak. awaklah yang selalu jaga saya. jadi, takla saya sedih sangat bila sakit-sakit. awakla yang masakan dan tak habis-habis nasihat saya makan ubat. kalah mak saya. terimakasih sangat. awak selalu bantu saya. selalu. selalu sangat.

manusia tu tak sempurna. saya tahu ada kala perbuatan saya menyakitkan hati awak. awak tak suka. saya tahu. walaupun kebanyakan masa, awak cakap dekat saya. tapi ada kala saya tahu, awak kecik hati dengan saya. thats why saya nak cakap. i'm sory! 

selalu cakap i mish u. i love u. memang la, sebab kita kan BFF. sy syg awak sgt.



tapi, bila dah besar. kita ada haluan masing-masing. awak memilih ke sana. saya memilih ke sini. itulah lumrah kehidupan. jalan hidup kita ini memang sudah tertulis. mungkin kita terpisah kerna pilihan itu. tapi, saya nak awak tahu. kasih sayang saya tak pernah habis. persahabatan kita tak pernah putus. kenangan kita dulu tak pernah terpadam. saya mahu awak tahu. kita tetap kawan.

selalu terfikir. awak sihat ke? ok ke tak? makan apa ek? dah tu study camne? 
nak sampaikan kata hati ni pun tak terdaya dah saya. rasa macam jauh. tapi ntahla. tak reti nak cakap.
takpela, saya simpan dalam hati. mungkin itu yang  terbaik.

sebab saya tgk awak dah gembira dan bahagia sekarang. saya, tumpang gembira dan bahagia :)

ingat! jangan rindu saya bila saya dah tiada nanti. sebab nanti saya kecik hati la.
sebab tak dengar kata rindu, saat saya masih mampu mendengar.

salam sayang.




ini adalah surat khas dalam simpanan saya.

MOraL of tHE surat: please appreciate what u have :)

selamat malam. wasalam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...