hari ini hari raya. jadi saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua. kalau hari ini aku hanya berhari raya sendiri. aku tak terasa hati. aku tak sunyi.
bangun pagi-pagi, ingat nak pakai baju raya berhias raya. tapi kemalasan terlampau. cam membazir plak. laptop ni ayik buat hal jewk. naik maleh aku nak mengadap. tapi tak buleh la, hari ini hari raya. aku nak bersama lp beraya. mula mengadap laptop aku. pertama. bukak. takbir raya.
mood : hari raya korban
nak pasang lagu raya, aku takde koleksi pulak. layan jela takbir ni sampai sudah.
sesambil tu, sebenarnya. semalam aku dah ke pasar. beli sayur-sayur. dah lama aku rasa nak cuba buat nasi ayam. sebelum ni ada try tanya classmate aku. camne nak buat ntah. dia cakap la sikit sikit. selebihnya? aku google la bai.
dah nak hampir tengahari, aku mula operasi. masak nasi kemudian ayam. maka siapla nasik ayam aku.
standardlah. aku ni kan beginner lagi. masak pun lebih kurang. aku gembira. walaupun aku hanya beraya depan laptop ditemani pak cik ayam dan nasik ayam aku jewk. btw, selamat hari raya korban buat semua.
aku ingat plak peristiwa tahun lalu. lagi sadis weyh. beraya dalam mimpi. pasal sampai sudah aku terlantar atas katil. yela. dah pengsan sbb tidur lewat sgt. matahari terbit baru carik bantal. menyesal tak sudah. dan berlalunya hari indah aku begitu sahaja. rugi betul.
buat kawan-kawan aku yang tak dapat beraya bersama keluarga. bersabarlah ya. raya dari jauh pun raya jugak. lagipun bukan kita jewk. ramai lagi orang senasib. tak pun lagi dasyat dari kita. ada yang kad bank kene telan di pagi raya. lalu, makanan kat satu-satunya cafe yg bukak pagi tu plak habis. nampaknya, terpaksala beraya dgn magie. ada gak rezeki tu. jgn risau k.
weyh, walaupun suasana hari raya kat sini tak sehangat di malaysia. tapi aku tahu, hati untuk beraya tu masih ada. yela, ada jewk yg keluar g embassy, beraya. walaupun tak ramai. cuma aku ni tak sehat la. tu yg bertapa jewk beraya dalam bilik. kat luar tu sejuk sangat. tak berdaya aku nak berjalan. uhh, tidak.
korang raya ape perasaan? mesti gembira jewk kan. bagusla. aku pun tumpang gak gembira. makan kuih n lain-lain tu jgn lupa aku. kerna aku pun teringin gak. aku kan suka makan. kat sini aku dapat makan tat telur jela. nak lebih lebih, tak mampu la plak. hoho
k la, aku ni kalau merepek no 1. to be continue.
terimakasih kat pakcik ni
sebab teman aku beraya bersamanya. aku makan. dia tengok. hehe
salam aidil adha. dari aku dan dia. maaf zahir batin. :)
No comments:
Post a Comment