sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Tuesday, 30 November 2010

siapa tahu rupa aku bagaimana?

dah lama jari-jari aku diam, berhenti untuk berehat seketika.
 kali ini, aku sambung tulisan tangan aku. seni. seni yang asli. tulen tanpa sebarang rasa palsu.

selalu dengar orang kata. 'don't judge a book by its cover'. tapi hari ini, bicara aku. jangan judge rasa dari rupa orangnya. bunyi macam sama. tapi makna beza-beza. mungkin kerna kita berada di lingkaran berbeza.

awak tahu apa rasa tiada rasa?
awak tahu apa makna tiada rasa?

awak tahu apa makna tiada rupa?
awak tahu apa rasa tiada rupa?

tanya sama aku?
aku mana tahu. sebab tak tahu pun aku punya rupa macam mana. 
kalau tanya rasa. aku punya rasa. aku yakin rasa aku tak sama dengan yang lain.


alam ini indah. ada orang punya sama rasa. tapi, tak semua rasa sama.
ada gembira, ada kecewa, ada yang gundah, mahu gelana.


kalau lihat kucing mengeoww, kita kata dia lapar,
kalau lihat baby menangis, kita kata baby lapar,
kalau aku lapar, tak siapa tahu. 


kerna manusia itu istimewa, tak semua rasa nampak di muka.


yang ingin ditekankan di sini hari ini ya,
yang tak nampak di muka tak bermakna tiada rasa.
yang tak tersenyum, tak bermakna sedih merana,
yang gembira sentiasa, tak bermakna tak pernah melara.


semua manusia itu sama,
punya rasa, jiwa dan raga.


hidup ini indah, kerna pahit manis dtg bersama.
ia buat kita rasa lebih bahagia,
hidup lebih bermakna.


ini nukilan suka-suki aku :
hari ini kau lihat wajah aku,
suram sunyi sepi tak berlagu,
sugul,
sungguh aku mengerti,
kau tak pernah tahu apa rasa hati ini,

aku coretkan kau sebuah puisi,
buat aku nukilkan rasa yg tak sampai pada diri,

dari raut wajah ini,
aku pernah gembira,
aku pernah bahagia,
aku pernah tertawa.

tapi kini,
ingin aku tulis bicara akhir buatmu,
yang tiada rasa utkmu lagi,

muka aku sudah tak selari rasa hatiku,
kerna hati aku bukan milikmu lagi,
sama macam waktu kita tak pernah kenal dulu.

aku punya rasa,
tapi bukan rasa denganmu,

biar rasa aku tak sampai pada rupa,
kerna hatiku bukan kau punya.



emosional plak aku setelah sekian lama. ok. mahu tidur sudah. selamat malam beijing! :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...