sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Wednesday 24 August 2011

sebab sy syg awak! ILYSM ♥ ♥

selamat malam. salam sayang.

malam ni memang khas buat entri untuk boifren no.1 saya. memang dah lama dah menyepi je kisah-kisah baby ni. sebab saya dah besar kan. malu nak cyte-cyte pasal baby kat sini. betul ke dah besar ek?
ntahla, yg pasti rini memang nak karang entri khas buat Muhammad Ameer bin Zaaba


maaflah, buat yang tak sudi membaca. dan anda memang tak berminat. buleh lah hentikan pembacaan. sebab ini entri khas buat buah hati saya yg 1.




Dear baby,


Alhamdulillah. dah hampir 2 tahun kita kenal. memang dah masak, sampai terlebih masak dah kita dengan perangai masing-masing kan. Firstly, tiena kena minta ampun banyak-banyak kat baby. sebab banyak sebab.


1) tna selalu kacau baby before g sekolah. dah tu sampai b tak cukup tidur.


2)tna suka marah b time x ok. nga marah kat org lain, nan b sekali kena marah. nasib baik b penyabar. nasib baik sgt :D


3)kalau keluar makan dgn b, tna mesti tak berhenti-henti duk order makanan. dan b terpaksa beli semua sekali sebab takut tna merajuk. b, baik sangat. sory, sebab tna mengada-ngada sgt. tna memang suka sgt makanan ni.


4)tna mmg tak mampu jadi gf yg baik. tna kan memang tak reti cinta2 ni. sebab tna ni bukan jenis skema. upss! ape kena mengena nan skema b? takpela. tna memang dari dulu lg FAILED utk jd gf ni.


5) ada masa tna tak dpt nak comfortkan b. tna dah la jauh nan b. jauh sgt. dpt jumpa sekali sekala je. dahla nak berhubung nan b pun bersusah payah. susah jugak la sikit kan? sbb kita sama2 masih belajar.


6) selalu tna touching2 nan b. b tna memang sensetip gaban2. dah cuba dah berjiwa kental. tetapi gagal. sebab perempuan yg ni, berhati lembut. walaupun kasar di luar. b tahu tu kan?


7) ni memang hobi terbaru tna. yg maybe b pun tak perasan. tna suka cari pasal nan b kan? tna mmg suka la. tak tahu kenapa. maybe sbb b marah comel! tu yg hal sekecik-kecik hal. tna tetap nak buat b marah. mesti nak gaduh. seronok tgk b marah. tp selalunya, seronok sekejap je. dah kena marah tu, kalau b marah lebih2, tna mula la toouching sgt. terus terdiam tna dibuatnya. so, lain kali, marah sikit2 je ek b? :)


8)selalu lawan cakap b. selalu buat keras kepala. tna memang degil k b. itu sedia maklum. b, lain kali kalu nak suruh papew, jgn paksa-paksa. tna tak suka. ingt tips ni k. JGN PAKSA!


9) kadang2 ada perbuatan2 tna menimbulkan rasa tak sedap hati kat b. walaubagaimanapun, tna harap b boleh terima semua tu. maksud tna, as long as u believe me. tak kan pernah wujud salah faham antara kite k. huhu.


dah la tu b mintak maaf. mcm byk sgt kesalahan tna ni. hihi. papewpun, b maafkan la semua salah tna k. halalkan semuanya, n selamat hari raya baby! SORRY taw SAYANG!






b, tiap kali tna pk macam mana kita boleh kenal. tna bersyukur sgt. rasa berterimakasih sgt kat kawan baik baby tu. sebab kenalkan kita yang sama2 sengal ni. nt jumpa dye cakap thanks k!


sekarang sessi ucapan kasih syg (maaflah b kalau tak sehebat dulu, almaklumla, sy dah dewasa) :P


b, tna syg baby sampai bila2. pas habis belajar, kita kawen k. b, jgn nakal2 k! belajar rajin2. sebenarnya kan, tna tak pernah terpk macam mana kalu b takde lam hidup tna. sebab tna tahu tna tak mampu la. tak sanggup, walaupun utk berfikir. mana boleh hidup kalau my bestboifren ever takde. No way!
dah, tna Cinta b. thanks 4 everything.*direct sgt kan. haha. budak umur nak masuk puluhan mmg camni. HAHA. tak boleh berlapik-lapik kata. takut tak kesampaian. 


ni lagu utk baby :


 tna syg b taw! hey, hope before tna balik beijing semula, kita dapat celebrate my birthday k! love u! muahhhhh!

wasalam b! selamat malam!

dari aku yg makin dewasa. tienalovesick ♥ ♥

Sunday 21 August 2011

bila tiba harinya.

selamat malam,
hari panas-panas, kita tulis benda panas,
ini bukan gosip, ini kisah bila tiba harinya,
hari apa?
hari ini sedia maklum, hari ahad la.
tapi bukan tiba hari ni.
tapi bila tiba hari raya.

yes. lagi seminggu lebih mahu raya.
acara saya, makin nak raya, makin sibuk.
walhal hari-hari duduk rumah buang masa.

mahu tak sibuk,
lagi belasan hari mahu pulang ke china. 
barang, satu apa pun tak care.
itu belum lagi barang raya.

tapi i dah dapat baju raya 1. pink kaler, yes!
takde dah ke orang nak sponsor baju?
awak!
harap awak pun ada baju melayu kaler pink tahun ni  k. 
boleh kita sedondon. together gether.


impian raya, nak usaha buat kuih raya sendiri.
tapi kalau tak berjaya. terpaksa.
membeli.


serba pink di hari raya. saya tak pernah. kali pertama.
dah dekat hari raya, dekat jugak birthday saya,
cuma harap dapat sambut birthday dgn famili dan org-org tersayang. 
termasuk kawan-kawan.
walaupun hari jadi saya adalah hari saya pulang ke sana.
sebab esoknya dah start kelas.


baby, u takleh tanya i nak hadiah apa lagi,
sebab pompuan kan materialistik,
nanti tak terbagi plak. haha.



tak pernah percaya umur nak masuk 20.
sebab nak jadik kanak-kanak sampai bila-bila.
taknak tua je rasa,
tapi sebab berusia, kita belajar banyak benda,
jumpa banyak perkara,
dan kenal ramai orang.


usia itu ada, kerna diberi nyawa,
mahu terus berusaha, jadi yg lebih baik.




aku bukan gila, tapi  boleh menggila tak kira masa,
aku bukan pemarah. tapi boleh meletup di mana-mana,
tak sombong, tapi kena berkawan la dulu ye.

sebab makin besar makin aku tahu hidup tu apa.
makin aku reti, kenapa perlu cinta.
dan tahu erti sahabat.

Tuesday 16 August 2011

ahh kau!

malam malam. aku nak cakap apa aku rasa. memang lama dah aku tak layan jiwa dan perasaan aku. tapi saat ini, aku layan. sebab terpaksa. jangan tanya kenapa? mengapa? atau siapa? tapi, seriously, it hurts.


bukan aku tak perasan, dah lama aku berubah. dulu lemah lembut, maksud aku lembutla jugak walaupun sikit. tapi sekarang, aku dah bajet bajet. biarlah perasan bajet. aku punya pasal la. aku punya suka. 


memangla. sebab ego aku dah membuak-buak. membuak-buak ke ladang gandum. aku rasa tu jela, salah satu sebab kenapa otak aku jadik jem sikit. aku tak salahkan sesiapa. memang salah aku jugak. sebab ego yang terlampau tinggi. buatkan aku malas nak fikir perkara remeh temeh macam siput sedut. tak suka. tak suka.


harap maklum, ego aku ni pun bukan suka-suka hati aku ni nak bina. tapi kau yang tolong aku bina n kuatkan ego aku ni. patutlah kental je. bagus sangat la tu. terima kasih banyak-banyak.


macam mana kalau aku try guna ego aku untuk merajuk?
mesti best dan menarik.


aku rasa, aku memang dah lama tak mengila. 
sebab aku banyak bersabar. sabar dan sabar.


walaupun banyak benda aku belajar. sampai jadi matang matang matang. matang sangat.


tapi, kalau dah aku tak suka, aku tak suka. takya nak buat-buat baik nan aku. 
kalau kau tak suka juga pun tak apa, lagi bagus. boleh cepat-cepat berambusss.







aku nak menjerit malam-malam buta ni sebab tekanan perasaan.
AAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Sunday 14 August 2011

POJAAN 2011

selamat petang!


ini adalah  detail reunion of pojaan 2011.
setelah bertahun-tahun berlalu. akhirnya... dapat juga kita berjumpa. 


saya, sebagai ex-presiden kelab gila-gila pojaan. saja nak berkata-kata.


ini gambar dulu-dulu. masa mula-mula-mula-mula dulu.


aktiviti kelab berjalan lancar. dari dulu sampai sekarang. aiskhhh!
semua orang makin bagus, makin matang! haha


yang bermatlamat keluarga harmoni, keluarga bahagia, dan sama waktu dgnnya. semua ada.
dengan usia kita yang masing-masing masih mengejar cita-cita. masih muda. 
berusahalah selagi upaya.


moga kita punyai akal dan fikiran yang waras.
yang penting, hati mesti bersih. tak bersih, kasi sental.


c u later k semua^^


 this is us,

this is us n family.


HAPPY HOLIDAY N SELAMAT HARI RAYA.
SALAM RAMADHAN :)

Tuesday 9 August 2011

rasa ditinggalkan.

bila malam ini aku lalui dalam suram,
aku rasa angin malam yang membuai kosong,
yang berlalu hanya bahang-bahang kepanasan dunia.






jika aku ulang masa ini,
aku makin sedar, yang terjadi itu silap dan salahku,
memang tiada daya,
lahirnya aku,
hanya untuk mengikut rentak dan arus ini,
menghabiskan hari-hari ku,
dan membuatkan aku dan engkau terpisah jauh.


jika aku di tempat mu,
aku tahu rasa sakit tu,
aku faham tahap sabar mu,
kerna itu,
aku terima kebencian dari hati mu.


cinta itu memang murni, tulus, suci, ikhlas,
dan tak pernah ada kurangnya.
cuma kepercayaan antara kita ibarat kaca,
yang disentuh berderai.


kalau direnung kenangan kita,
yang teringat, hanya buatkan luka aku berdarah.


aku mahu kuat,
aku mahu tabah,
kerna itu aku percaya;
hati yang tabah ini, utk si tabah.


dan cinta yang ikhlas ini, utk yang ikhlas mencintaiku. 
salam selamat tinggal.


*khas buat someone. jgn sedih-sedih. kita nak rayalah. ayuh bersuka ria! takde manusia dalam dunia yang boleh lari dari kesilapan. yang  berlalu, kita redhai. buang yang keruh ambil yang jernih. masih ada yang syg kat awkla. macam SAYA.







Wednesday 3 August 2011

kisah kahwin | bawah umur

 Salam cinta,

Mahu bercerita, kongsi kisah cinta. Tapi takut, sebab I tak kahwin lagi. Bukan tak sudi, tapi takut cinta tak jadi. Doakan ek, kami bahagia n dapat bersama utk selamanya. Moga-moga ade rezeki jodoh yang panjang.

Mari cerita kisah benar. Pernah I cakap sal kahwin-kahwin. I memang suka kisah kahwin. Haha, sebab tak mature lagi, biasalah tu. Cita- cita nak kahwin awal. HAHA

Tapi mengenangkan I ada 2 orang kakak, kalu I kahwin dulu mesti kena bagi hadiah kat dyeorang.


 Bila tanya nak hadiah apa?

Akak pertama; sebuah kereta.

Akak kedua; sebuah rumah.

Mak aihh, mengenangkan demandnya  mereka. I terpaksa tangguhkan dulu hasrat hati nak kahwin awal. Kena bagi mereka naik pelamin dulu.

Kalau tak, nanti nak g kerja I kena naik bus hari-hari. Dah tu nak kena menyewa rumah akak I plak.  Tak kuasa.

Dah tu buat akak ku berdua. Korang cepat2 la kawen. I nak menyusul plak kemudian. 

kalau nak kawen sama-sama pun boleh. i tak kisah :)

Tuesday 2 August 2011

sebelum ramadhan | foya-foya versi remaja

salam ramadhan.
selamat berpuasa semua. di bulan baik hari baik ni, ambillah kesempatan ni, buat benda-benda baik k.

ingin berkongsi kegembiraan bersama shark. hehe
dan ini shark dengan saya.


hari-hari akhir before puasa, kyteorang keluar lepak sama. 
aktiviti biasa. berfoya-foya ala-ala remaja.
tapi kami bukan budak sekolah lagi k.
kiteorang dah besar la.

yang paling best, 
pergi kutip buah. dengan shark dkt umah dye. seronok. 
sebab ada buah feveret saya.


shark tak pernah berpisah dgn lesung pipitnya.


hasil kutipan sepanjang hari. haha.
banyak kan? kutip tak sampai 20 minit.  banyak merepek jewk.

yang selebihnya. gambar-gambar mengarut dari kami. hihi




dan ini sahaja buat kali ini. sekian :)

shark,  thanks sbb ajak saya. nanti kita wat projek lagi k!
next program ^_^
you

selamat puasa semua. teruskan usaha. tingkatkan pahala. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...