sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday 31 October 2010

warkah ahad | buat cinta hati

warkah pagi ahad,
warkah buat kamu. 
kerna saya syg awk sepenuh hati saya.

aku ingin mohon maaf buat dirimu.
kerna kini aku suda tak seperti dulu.
aku tahu kini kamu dah semakin dewasa.
kenal cinta dalam hidup.

kekadang aku tak pasti,
aku buat betul atau salah.
kerna aku bukan sempurna.

aku cuma mahu kamu fahami aku,
mahu kamu kenali aku,
mahu kamu tahu.
apa itu cinta.
apa itu sayang.
antara kita.

sering aku aju padamu,
aku mahu cinta seperti yg lain,
biasa,
rilex.
cool.

tapi kita tak serupa mereka.
sbb aku dah tahu skrg.
cinta kita unik.
kerna kamu fahami aku lebih dari aku faham diri aku.
 kerna kamu kenali aku lebih dari aku,
kerna kamu cinta aku lebih dari aku juga mungkin.
aku juga syg kamu, 
lebih dari diri aku.
kamu tahu?


aku tahu aku sering lukakan hatimu,
tapi bukan niatku,
kerna kalau kamu sedih,
aku seribu kali lagi sedih.
aku suka kamu tersenyum.
aku suka kamu gembira.
aku suka kamu ada untuk aku.
kerna aku rasa bahagia.



kini hidup kita begini,

jalani hari dgn kasih sayang,
membina diri yg terbaik.
utk hari bahagia kita kelak.

moga cinta kita harmoni utk hari ini, esok dan selamanya.

sayang b!
b, moga tiena pun dapat bahagiakan kamu yaa!
syukur sgt kerna tiena dikurniakan kamu sbg teman hidup.
thank for everything
:)



Thursday 28 October 2010

pengembaraan ke kota impian~

hitung hari ingin ke bulan,
baru ni aku pergi jalan-jalan.


makan pagi order roti nan,
rombongan sekolah pergi ke henan.

aku takde kamera nak ambik gamba. so, menumpang kasih mengopy gamba.
haha.. maaf. tiada gamba solo. 




 bersama klasmate..aku yg comey2 tu..no3 dr kiri :P

Tuesday 26 October 2010

kisah budak kampung

hari ini, aku mahu story sikit. pasal sorang budak. budak kampung-kampung je. budak kampung, yang membesar dalam keluarga biasa-biasa jewk. semua orang mesti tak tahu kan siapa budak neyh. meyh, aku bitaw siapa budak neyh, haha.


aku la budak kampung neyh. huhu, cam promote diri lak. sengal. aiskhh. takde la. aku saje jewk nak kenal kan diri. yela biar yg tak mengenali diri aku. tahu siapa diri aku.
buat apa kenal. kalau tak tahu apa-apa tentang aku, dan  memahami.


aku yang tersangat nakal neyh, memang sejak lahir mak aku cakap aku memang nakal. memang la, tak padan nan perempuan. sejak sekolah rendah.  aku ingat lagi, tiap kali mak aku suruh pergi sekolah agama, mesti aku melencong tempat lain. melepak nan membe membe aku. hobi aku neyh. memang suke sgt la aku. 


parent aku plak, jenis semua mende aku nak dye bagi. lagila aku menjadi-jadi. memang parah. kalau baju baju aku semua tak leh bla. asyik nak uptoodate jewk. kalau aku ade gamba aku dulu-dulu, aku tataw la nak cakap pew. merepek gile laaa. cam haram jewk. iskh iskh iskh.
kadang-kadang tak sangka pulak aku camtu dulu.


yela, konon nye aku nie g skowla, belaja, periksa semua ok la kowt. x de hal la. tu yg mak bapak aku sayang aku, kowt. aku tak pewna salahkan mereka, utk siapa diri aku hari ini. aku tak teruk pun kowt. cume aku nak cakap la. aku nie bukanlah anak ustaz ke ustazah ke. aku harap semua faham k. tapi, mak nan bapak aku baik gile. aku sayang dyeorang.  sebab dyeowg jalankan tanggungjawab dgn baik sekali.

huhhhhh,
sebenarnyakan, aku tak tahu la. patut ke tak patut aku tulis entri macamni. tapi, aku nak cuba fahamkan diri aku nie. ape la masalahnye. haha, ngek betul aku ni. aku pun tak faham.


tahu tak apa yang aku rasa.
aku ngaku. kadang-kadang aku ada gakla rasa teruk.
sebab aku tak sama cam orang lain. lifestyle aku. serius.
yelakan. aku kan style pakai tudung sesuke hati jewk. huhh. bukan aku taknak. serius. aku bapakla teringin permenantly wearing hijab. takpela.
aku akan berusaha lagi.

tragis gak hidup aku nie. mungkin la dulu kecik-kecik aku selalu ponteng sekola agama. tu yg aku kurang skit kowt. aku pun pelik gak. 3 tahun aku belaja bhasa arab, 2 tahun belajar tasawwur. semua sekadar buku. untuk periksa. dasyat kowt aku nie. 
 jahil gile aku rasa.

seyezly, i have no confident to talk about islam. 
yela, aku kan tak alim. tak pandai agama. cam orang lain.

sebelum nie aku pernah cuba. ubah diri aku to be better.
aku tak kisah kalau kawan aku yang sexy mexy tu kate kat aku or what so ever. but, aku down gile bila orang yang kira kuat agama, cam pangkat ustazah la kowt. buat aku rasa hina. bodoh betul aku rasa. demm!
tapi, aku tahu. atleast hati aku tak seteruk hati kau.
aku tak kisah la weyh.

weyh, dah la. merepek plak aku nie. dah emo da. sory ek!

takpela, pas  nie aku akan terus cube dan mencube lagi. at least jadik baik dari hari ni.
(^_^)Y
doakan aku ek. amiinn 


  • sentiasa pastikan solat lengkap. sebab ni paling penting.
  • yang kedua ni; jaga hati ni baik-baik. baru hidup sentiasa tenang.
how sweet when u realize that islam is the best way of living.
 




 



Wednesday 20 October 2010

perasaan jadi yang pertama

salam.
sejuknya hari. sejuk melampau lampau. aiskhh. winter belum tiba. bahang winter dah boleh buat orang beku kowt. tapi alhamdulillah. setakat ni, kesihatan terjamin. masih ok- ok. sehat jewk. sebenarnya, rindu nak post entri. tapi, apakan daya. internet tak berapa sihat. mungkin sebab cuaca yang kurang baik. 

hari ni tajuk cerita | perasaan jadi yang pertama  


cuba jawab soalan ni : berapa kali anda jadik yg pertama selama anda hidup?

 susah gak nak jawab nie. kalu nak kirenye. kalu setakat budak belasan tahun cam aku ni mungkin setakat periksa kat sekolah. sukan-sukan atau sukaneka. kalau pertandingan lain tu, mcm melukis ke, mewarna ke, mustahil la pulak nak dapat tempat pertama. impossible. 

dalam family plak, tak mungkin la pertama. sebab aku pun ade 2 abg 2 kakak.  tak pewla.

bagi aku, jadi yg pertama tu special sgt.
tak caye?
tanye la isteri-isteri pertama.
kalau bini dato' nanti dpt gelaran datin, kalu kasih syg, no. 1 mesti lebih punye. harta peninggalan juga mungkin byk, tu pun kalu ade la. dah tu kalu suami nak ceraikan bini. selalu no. 1 dia takkan ceraikan. betul tak? 
iskhh, takla. ni gurau jewk.

sebenarnya kan, aku pun tak sedar diri.
sebenarnya da byk kali diri aku jadik yang pertama. walaupun bukan dipinta. haha
bukan cinta pertama ya kawan-kawan.
maksud aku yang pertama ni, mcm ; 
yang pertama naik bas hari tu,
yang pertama sampai kat kantin pagi tu,
yang pertama pergi ke kelas,
yang pertama siapkan kerja rumah,
yang pertama keluarkan mp3 sebelum ceramah,
yang pertama balik bila kelas da habis,
yang pertama tidur bila naik bas,
yang pertama fikir dan tanye semua orang pd hari pertama sekolah, bila lagi kita akan cuti?

tak sangka betul. aku ni selalu gak jadik yg pertama.
pemangkin, permulaan, dan peneraju.
standard aku la. suke merepek. just like makcik makcik.

sebenarnya, makcik dah mengantuk ni. nak tidur. 


sebelum itu, nak nyatakan hasrat aku yg sebenarnya.

aku ingin jadi yg pertama dan terakhir.
wasalam
 

Sunday 10 October 2010

kesedihan yg terlampau; melihat ia dilanggar bus, kereta dan lori

semalam seharian aku membelah pasaraya sambil melayangkan wang wang yg ada. aku keluar membeli belah. dengan berbekalkan selipar jepun kesayangan, aku menaiki teksi ke sana.

semasa melintas jalan, selepas turun dari teksi, tregedi yg terjadi itu sungguh menyayat hati telah berlaku. ini pertama kali dalam seumur hidup aku. aku lihat ia dilanggar bertubi-tubi. mulenye oleh sebuah bus, kereta dan akhirnya sebuah lori.
sedih dan sayu je hati ni rasa. sebab, memang pertama kali tengok selipar jepun kene langgar kat tengah tengah jalan. dah tu, selipar jepun tu aku punya. selipar jepun tersayang aku. saat tu, rasa cam mimpi pun ada. tak leh terima rasa hati.
sebenarnya, kawan aku tak sengaja terpijak selipar jepun aku dengan kuat n tolak aku semasa melintas jalan tu. al maklumla, trafik jam kat china adalah lebih dasyat dari malaysia. tak biasa sangat la katekan. aku berkaki ayam sebentar sementara tengok selipar aku dilanggar tu. segan pun ade gak. tapi sayu hati aku lagi la. pasal selipar jepun tersayang aku.

b, i'm sorry! tna da jage dia bebaek, tapi apakan daya, dah nasib dia begitu, tak dapat kite mengubah ape-ape. juga berterimakasih aku pada heroin ditempat kejadian. menyelamatkan ia dari terus dilanggar bertubi-tubi. tak langsung juga, jutaan terima kasih buat pemandu pemandu berhemah, yang cuba sedaya upaya dari melanggarnya.

alhamdulillah, kerna semuanya dalam keadaan baik-baik jewk. takde kemalangan jiwa dilaporkan. hari ini, aku akan mandikan ia, supaya ia bersih dari kesan tayar bus, lori dan kereta. supaya ia nmpak baru. baru macam kali pertama b bg sy dulu. b, sy syg selipar tu. :)
lepas tu, tetibe aku terbayang. macam mane kalu kaki buleh tercabut? mesti habis kaki aku kene langgar weyh.

Friday 8 October 2010

dalam diam aku cinta dia

buat hati hati yg terluka,
hati aku yg dulu pernah terluka.
dulu, aku menangis. dulu aku kecewa. dulu aku juga pernah patah hati.

aku tak salahkan sesiapa, 
aku tak salahkan dia,
aku tak salahkan cinta,
aku tak salahkan takdir,
dan itu juga bukan salah aku.

itu, 
ku simpan sebagai sebuah kenangan,
biar hati aku patah,
sebab kite berpisah,
biar aku sendiri,
kerna tiada dia menemani.
aku terima.

kerna sudah tertulis yg terbaik buat kita,
dah terbina yg lebih indah,
lebih aman, permai,
cuma aku dengan jalanku,
dan dia dgn jalannya.

aku harap kita takkan kembali lepas kita berpisah,
sebab aku mahu hidup baru,
biar ia sunyi sepi,
tapi ia baru,
damai.

its me n a pair of u

kisah aku dan sepasang kamu.

pagi ini. aku rajinkan diri untuk entri ini. entri tentang keobsesan aku.
obses pada sepasang kamu.

nak cakap sebab kamu canggih, tak la sgt.
tapi aku puas dgn kamu,
selesa, ringkas,
mudah,
ringan,
memang mantap,
sempurna la.


sejak dari kecil,
ibu mengenalkanmu pada ku,
dan sejak itu juga,
aku hanya memilih kamu..


ini kisah benar. aku obses kepada selipar jepun.
sejak dulu, aku tak pewna takde selipar jepun.
ke mane saje. hanya aku dan selipar jepun.
sekolah, jalan jalan, shopping. majlis hari jadi. 
masih aku dan selipar jepun.

kalau dulu, time skowla asrama. cikgu selalu target muke aku dan kawan-kawan. sebab pakey seliper jepun g prep. camon, tu la terbaek. takya suwsa payah nak pakey sandal yg bertali tali tu. sebab dulu aku geli pkey seliper camtu. tapi, aku tak pernah la berputus asa. akan ku tebus selipar jepun ku, setiap mggu.

dalam byk-byk selipar yg aku ada. seliper jepun paling murah. n paling byk la aku ade dulu.
sebab, kalu nak beli pun tak teragak-agak. sebab harga tak cekik darah. memang berpatutan. sgt berpatutan. tapi, time kecik paling meriah. asyik selipar jepun baru jewk. sal kalu buleh tiap-tiap minggu nak terputus. yg nie aku tak salahkan kualiti selipar jepun k. maybe, time tu masih dalam tempoh beasekan diri. tu yg asyik putus je selipar aku.

sampai sekarang, bile tiba hari raya, aku tak perlu risau. mak aku pun dah tak risau dah. sal kasut raye aku. selalunya, akak aku yg belikan kasut raya. tapi aku tak pakai pun. sal dyeowg beli semua nak glamor jewk. hill kowt. selalu telan air liur jela aku. nasib baek aku ade selipar tersyg. lagi selesa. sampai berpuluh umah aku buleh jalan pegi raya. kalu pakey hill. rumah depan, tepi nan belakang jewk. yg lain dah tak mampu.

sekarang. aku dah kurang shopping selipar jepun. bukan save bajet. tp aku taknak membazir. ayat poyo. rase cm setahun sekali jewk beli. tu aku rase jewk. hakikatnye. aku tak pasti la pulak.

selipar jepun terbaru aku. baby yg bg. time bufday aku bulan lepas. :)
thanks ya b! ilysm! always n forever.


*sebelum ni aku rancak berselipar jepun ke kelas. sekarang, terpaksa menyimpan. kerna suhu semakin turun, akibat winter yg semakin hampir. arghhh. selipar jepun tetap menjadi pujaan hatiku. dan no. 1








Monday 4 October 2010

kisah pemetik gitar

selamat pagi semua. 

hari  ini hanya sebuah lakaran. untuk peringatan aku dan sesiapa sahaja. memang la. sebab ia adalah untuk bersama.

kalau aku tanya semua orang pun, semua orang akan cakap yg pemetik gitar adalah seorang yg hebat.
samala macam apa yg aku rasa.. aku rasa golongan pemetik gitar adalah golongan yg hebat. lebih lebihan lagi, gadis si pemetik gitar.

tapi, aku dukacita dgn sikap sesetengah dari mereka.  haram jadah memetik gitar time ade orang nak sembahyang. adehh. takkan nak stop time ustaz nan ustazah jewk semayang seyh. naik fedup jugakla.

aku tak cakap aku benci si pemetik gitar. mereka tetap cool. selagi pandai mencari ruang dan masa yg sesuai untuk memetik.

bukan semasa yg lain ingin tidur k. macam s*** la tu.


sebenarnya, aku x leh tidur ni. tolonglah.



 

Sunday 3 October 2010

cheff berjaya

hari ini aku cube mende baru. baru pertama kali buat la. kalu memasak aku dah selalu. cume lain sikit kali ni, sebab aku memasak nasik lemak.

ntahla kenapa aku ngidam makan nasik lemak. nak suwoh orang lain buat, berkurun la jawabnye. ingat buleh main order order je ke? huhu.

lagipun sekarang ni memang semangat nak makan tu bertambah. mahu tak nya. sekarang cuaca pun dah makin sejuk. walaupun masih dalam musim luruh. kalu suhu buleh sampai 9. buleh mati aku kalu tak makan. tengokla. aku selalu salahkan cuaca bila mood makan dah kembali. ayat nak bajet bukan sebab aku kuat makan la. beasela tu.

sebangun aku dari tidur tadi. aku mandi siap siap. buat ape yang patut. kemudian, tanye yg pakar (tukang masak masa depan saya) hehe. dye pun jawab lebih kurang. then, aku google la. camne nak buat. pastu aku fikir bahan apa yg aku ada.


so, aku pun mulakan operasi. ambik beras tu. basuh basuh cam masak nasik selalu. then aku potong potong halia sikit. masukkan dalam periuk nasik nan beras tu. n aku sediakan santan. aku kan gune santan serbuk. ni lagi satu masalah aku. pertama kali gune santan serbuk. mane la aku reti bajet. aku pakai bubuh jewk. buleh tahan pekat gak la santan tu. pastu aku buh je dalam beras tu. n masak la cm bease dlm rice cooker. mmg style. jap jewk, lampu rice cooker da tukar. terkejut gakla aku. 


g la aku tgk ape jadik. air dah kering. tapi nasik tak masak lagi. aku tambah air. n then lagi tukar kaler rice cooker aku. nasik tak masak juga. then aku tambah lagi air. tambah. tambah. dan tambah lagi. sampai aku dah penat dah. 


lastly, bak kata b, nasi lemak aku jadik bubur lemak. 
buleh tahan la bubur tu. haha.


mula-mula ingat nak masak le sambal ke hape ke. tapi, aku batalkan niat tu. sebab nasi dah jadi bubur. naseb bek la ada seorang hamba Allah tu nak makan sekali nan aku. dye masak tom yam da. aku on jewk, lagipun kiteowg mmg selalu mkn same. 

aku pun makan la bubur lemak bersama tomyam :)




ni nasik lemak tu sebelum dimasak. gaya tu dah ada. tapi apakan daya.



ni pula tomyam kegemaran.


dan ini makan malam saya.
bubur nasi lemak tomyam.

kalau siapa-siapa sgt mahir masak nasik lemak. kongsi la tips tips ek?
siyan la kat sy nie. makanan semua jadi canggih. sebab berstyle sgt. hehe.
(^_^)

Friday 1 October 2010

kalau la awak tahu

kalau awak tahu,
banyak mana saya sayang awak,
kalau la awak tahu,
macam mana saya menyayangi dan ingin disayangi,
kalau la awak tahu,
untuk siapa hati saya,
kalau la awak tahu,
apa yang saya buat utk terus dgn awak,
kalau la awak tahu,
saya tak sanggup hilang awak,
kalau la awak tahu,
siapa awak untuk saya,

Sebenarnya saya sayang awak banyak-banyak. Banyak sampai tak berdaya untuk berkata. Memang kita budak-budak. sebab tu kita ada pemikiran dan idea yang berbeza. Saya nak sayang awak sebaik mungkin. dan harap awak terus menyayangi saya sampai bila-bila. Kalau boleh hati ini awak seorang je yang punya, tapi tak adil la pulak kan? bahagila sikit kat orang lain. Tapi tetap awak yang paling banyak. Siang malam saya hanya fikir awak sorang, sebab awak cinta hati saya. Masa yang ada saya habiskan semua dengan awak. tapi tatawla awak suke ke tak. serius saya tak tahu. serius, kalu ayat jiwang selalu kata lautan api sanggup ku redah. memang semua saya sanggup korbankan untuk awak. Sebab kalau awak takde, hidup saya gelap. mungkin. awak yang buat saya gembira, kalau awak takde mungkin saya tak segembira dulu. mesti hidup ni bosan. Awak kan dah macam udara untuk saya. Kan hanya awak sorang Cinta Hati saya.

sekarang,
saya tak cakap saya tak bahagia nan awak,
saya cume nak cakap:
dunia ni cepat berubah, kata-kata juga cepat berubah mengikut masa, begitu juga rasa.

*sebenarnya aku tak faham apa yang aku tulis nie. tapi aku harap ada yang faham. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...