sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Wednesday 20 October 2010

perasaan jadi yang pertama

salam.
sejuknya hari. sejuk melampau lampau. aiskhh. winter belum tiba. bahang winter dah boleh buat orang beku kowt. tapi alhamdulillah. setakat ni, kesihatan terjamin. masih ok- ok. sehat jewk. sebenarnya, rindu nak post entri. tapi, apakan daya. internet tak berapa sihat. mungkin sebab cuaca yang kurang baik. 

hari ni tajuk cerita | perasaan jadi yang pertama  


cuba jawab soalan ni : berapa kali anda jadik yg pertama selama anda hidup?

 susah gak nak jawab nie. kalu nak kirenye. kalu setakat budak belasan tahun cam aku ni mungkin setakat periksa kat sekolah. sukan-sukan atau sukaneka. kalau pertandingan lain tu, mcm melukis ke, mewarna ke, mustahil la pulak nak dapat tempat pertama. impossible. 

dalam family plak, tak mungkin la pertama. sebab aku pun ade 2 abg 2 kakak.  tak pewla.

bagi aku, jadi yg pertama tu special sgt.
tak caye?
tanye la isteri-isteri pertama.
kalau bini dato' nanti dpt gelaran datin, kalu kasih syg, no. 1 mesti lebih punye. harta peninggalan juga mungkin byk, tu pun kalu ade la. dah tu kalu suami nak ceraikan bini. selalu no. 1 dia takkan ceraikan. betul tak? 
iskhh, takla. ni gurau jewk.

sebenarnya kan, aku pun tak sedar diri.
sebenarnya da byk kali diri aku jadik yang pertama. walaupun bukan dipinta. haha
bukan cinta pertama ya kawan-kawan.
maksud aku yang pertama ni, mcm ; 
yang pertama naik bas hari tu,
yang pertama sampai kat kantin pagi tu,
yang pertama pergi ke kelas,
yang pertama siapkan kerja rumah,
yang pertama keluarkan mp3 sebelum ceramah,
yang pertama balik bila kelas da habis,
yang pertama tidur bila naik bas,
yang pertama fikir dan tanye semua orang pd hari pertama sekolah, bila lagi kita akan cuti?

tak sangka betul. aku ni selalu gak jadik yg pertama.
pemangkin, permulaan, dan peneraju.
standard aku la. suke merepek. just like makcik makcik.

sebenarnya, makcik dah mengantuk ni. nak tidur. 


sebelum itu, nak nyatakan hasrat aku yg sebenarnya.

aku ingin jadi yg pertama dan terakhir.
wasalam
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...