sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Tuesday 27 September 2011

Bukan Ku Tak Sudi

           Assalamualaikum...

Sayangku,

Mimpi aku hanya untuk bersamamu,
Jadi aku curah kasih sayang dan cinta buat kamu.
Moga kemanisan cinta ini dapat kau rasai..
Dalam detik-detik berlalu, silapku menghantui kasih kita.


Maaf.

Kerna di usia muda, kita tak bisa membina.
Cinta itu elementnya berharga.
Mana mungkin kita cari keikhlasan murni?
Mana mungkin kita cari kasih sayang abadi?
Mana mungkin kita cari kematangan hakiki?


Sayang,
Kita masih remaja mentah yang mencari diri sendiri.

Mahu saya buat awak tahu.

Cinta itu tak mungkin tetapkan kita untuk bersama, tapi hanya mampu buat kita bahagia bila bersama.


Bahagia, bukan sepanjang masa.
Kerna ada kala, kita lupa dan alpa.
Dan cinta kita entah ke mana.

Mungkin terlalu awal kita berjumpa. Tapi itu takdir kita dulu. Dan tak mampu untuk kita undur dan ulang saat itu. Dan lagi tak mungkin untuk kita tunda ia pada masa lalin.
Mungkin, itu jodoh kita.



Sayang,

Kalau ikut saya, saya masih tak mampu nak berkeluarga.
Yela, ilmu masih cetek. Jiwa masih muda, memang tak mampulah saya.
Tolong bagi saya masa lagi.

Saya mahu punya agama yang kukuh. Perlu belajar banyak benda lagi.
Tolong bantu saya. Semampunya.



Awak pula, tolong la jangan baran sangat.
Sebab saya ni tak boleh sangat. Kang tak larat awak nak pujuk.
Rajuk saya ni tahap extreme punya. Faham-faham jela.



Berharap cinta kita tetap indah dan bawa kita makin dekat pada-Nya.



Sunday 25 September 2011

Si Gemok saya ~_~

selamat malam!


ini malam, saya masih mengalami kecederaan. mulut cedera parah, gara-gara chopstick. silap, makan gelojoh sangat kot. sekarang agak merana sedikit. tp ok la. boleh makan dgn banyaknya lagi. banyak betul makan. semalam di pizza hut! rini di belakang hostel je. tapi makan memang grand! i LOIKE!


gelang si paku gelang, teringat si gemuk sorang. silap, bukan sorang. sekor la.


rasa mesti makin besar. hari2 minum susu mak dye. tak caye?


gemok dari mak sendiri. tak senonoh punya si gemok. dah la makan gelojoh. selalu marah orang lain. garang nak mati n yg lain. tapi masih isap susu ibu. bengong punya budak!




tapi, kerna masih menetap di malaysia. mereka mengamalkan konsep satu malaysia. bersama kita berkongsi gitu. kongsilah ibu kucing itu.  :)


moga si gemok n famli sehat2 sahaja di sana. rindu plak! yang ada kat umah tu. jgn  lupa bagi dye makan cukup2 k. ♥ ^_^ ♥


berharap agar semua orang sehat2 sahaja ya. saya pun mahu sihat jugak!




ok, jum kita baca DOA MENDAPAT BERKAT, ILMU, REZEKI dan KESIHATAN.








ok. selamat malam semua. iluvall :)

Tuesday 20 September 2011

tolonglah jangan!!

selamat pagi. 
ini pagi aku sudah jem. buat kerja yg tak masuk akal. kerja sekolah yg tak faham langsung. apakah?
mahu curah rasa. tapi bukan pasal homework yang susah tu.


Aku hargai persahabatan kita. terimakasih. sebab jadi kawan aku dari dulu.
tapi, sila jangan buat kawan macam sampah. memang aku buat dek je. tapi kau memang melampau. aku tak tahu apa ka rase, bila kat tempat aku. tp seriusly aku cakap. aku betul-betul kecewa dengan kawan perangai siput. huhhh. buat dunia ni, macam kau sorang je yang punye.

Aku harap lepas ni. kau tak buat camtu kat orang lain. sebab, manusia ni semua ada tahap dye. macam org gila, kalau dah gila sgt pun buleh mati. tak perlu buat kawan-kawan macam sampah, atau kau cuma beritahu dunia, kau tu sampah masyarakat. seriusly, aku sakit hati gila.

because there is no words. its totally sh**.

susah kalau manusia terlalu baik. sebab keikhlasan tu hanya akan dipijak. 

terimakasih sebab buat aku begitu. moga kau dpt pengajaran ats apa yg kau buat. tak perlu salahkan org lain, kalau diri dah bersalah.

this is my words. 

sory kalu yg tak berkenaan itu. sy memang kasar, kalau org main kasar.

selamat malam. 

aku yang tertekan. ntah papew aku buat homework. 




Saturday 17 September 2011

KENANGAN DULU | i and u

Memang dah lama kita berpisah. kerna dah hampir setengah bulan tna balik U semula. Tahu tak? tna rindu kat semua orang kat Malaysia. rindu family, baby, kawan-kawan n semua.

Rindu nak tgk cerita korea ngan mak, rindu mintak tolong abah hantar pergi situ sini, rindu nak pukul n marah adik-adik tna, rindu nak gaduh-gaduh nan b, rindu makanan yang ada, rindu lepak n berfoya dgn kawan-kawan. dan tersangat lah rindu semua kenangan tu.

Cuma kini, semua tu dah berlalu. yang dirindu cuma kenangan. Ya, sebuah kenangan dulu. I rindu tu.

Kalau boleh balik, nak balik time cuti tu. best, dapat rehat sebaik-baiknya. Ingat lagi, time start cuti. Mintak dgn abah nak kerja. Abah cakap; tak payahlah. rehat-rehat jela. Terpaksalah berehat je kat umah. Walaupun takla rehat mana. sebab terlalu sibuk, ke hulu ke hilir.

Time cuti tu, tak ramai kawan yg jumpe. kalau ada pun, byk yg terjumpa. Yela, semua orang sibuk. nak puasa. nak Raya.

A piece of memory ;












walaupun ia hanya secebis. tapi ia tetap manis ♥ _ ♥ 
thanks semua. terutama utk hari lahir saya baru-baru ni. Alhamdulillah. besar dah tiena ni. hihii

Thursday 15 September 2011

memang! aku tak pernah rasa cukup!

aku tahu, tak berhak aku tuding jari pada orang lain. ini bukan salah orang lain lagi. aku dah besar untuk tahu itu.

memang, sejak dulu. i LOVE it. ntahla.

mungkin betul orang kata. cinta itu buta. buta hingga tak terhingga.

dulu, itulah yang aku nanti. sibuk hati ini. duk kira-kira hari. bila boleh kita bertemu. kerna selalunya, seminggu atau 2 minggu sekali. ahhhh. 

tak pernah aku miss berjumpa denganmu. kadang2, aku mesti mencari peluang utk bertemu mu. bersamamu. 

harap2 kau takkan pernah hilang dari hidupku.

tolong jangan pergi jauh. sebab aku tak pernah rasa kau cukup. 

walaupun dah baca doa makan sebelum tu. aku tetap rasa lauk sardin ni tak cukup.


mungkin sardin cap ayam lepas ni kena jual dalam tin biskut. baru aku rasa cukup.


*perasaan sy. sesudah membaham nasi lauk sardin je hari ni. lepas makan je, nak lagi, nak lagi. sampai habis. seriously, ni lauk feveret  zaman persekolahan dulu. budak hostel la katakan. ^_^

saya kuat makan. awak pula? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...