sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Friday, 6 May 2011

pertama kali berpisah :(

petang! 


dengar kicauan burung dari luar. aku yang sunyi sudah tak lagi. tersenyum, dan cuba senyum lagi!


aku risau sgt rasa. tak buleh nak bayang kali pertama berpisah.
dulu, aku kali pertama; nangis macam nak gila. sampai demam demam. mak aku yang pujuk. cakap dah besar kan. takkan nak nangis lagi. walaupun aku baru form 1 time tu. tapi memangla. aku tak pernah berpisah lama-lama dengan family. mahu tak menggila. walaupun sekolah tak jauh mana. tapi, kalau dah duk asrama tu. memang jauh sgt la maknanya. 


nasib baik parent jenis understanding sgt. sebab tu aku tersgt syg mereka. tiap-tiap minggu akan dtg melawat aku. bahagia sgt rasa. sebab tu, aku dah takde rasa homesick sgt lepas tu. lagi pun, aku ,makin lama makin dewasa. tak la homesick sgt dah. dan lagi lama-lama. tak homesick langsung.


apa rasa tiena homesick?
rasa macam jiwa kosong sgt. takde orang nak jadi teman bicara. takde teman gaduh dan seumpama dengannya. memang kawan-kawan ramai. tapi, mereka masih tak mampu buat kita lupekan rumah. biasa la. kita pun baru nak up. nak membesar. bukan senang nak lupakan rumah. ini lupakan rumah ok? bukan lupa diri.
dari kecik duduk rumah. kalau jenis cam aku ni. dari darjah 1 sampai darjah 6, rombongan pun tak pernah pergi. mak cakap, tak boleh. nanti awak takleh tidur malam. memang tepat sekali kata mak aku. memang tak kan boleh tidur malam.




1st time masuk asrama yg tak berape jauh dari rumah aku tu. hari-hari aku fikir nak lari balik je. nangis takya cakap, macam kena histeria nangis. tak suka gila. pastu mula la. asyik sakit memanjang. sebab tak suka duk ostel. jauh dari rumah.


bila dah besar sikit. sekolah jauh-jauh. aku dah tak kisah sangat. sebab makin dewasa. DEWASA k. aku suka bila dah dewasa. haha. taw ape dewasa? dewasa cam aku la. haha. usia muda, tapi dah dewasa. ala ala matang gitu. cam gini la. meyh usha :) 


hehe. poyo sgt ;)


kadang- kadang 4 5 bulan baru balik sekali. biasala, kalau sekolah asrama luar negeri memang camni.( luar negeri aku maksudkan di sini adalah; luar negeri pahang k)
bukan aku tak rindu rumah dan family. cuma inilah kelebihan bila ada alat-alat komunikasi yang canggih. tak perlukan public fon, atau sesi kirim mengirim surat ok. itu terlalu kuno.
hanya dengan kiriman sms, dah cukup mengeratkan hubungan kekeluargaan yg dipisahkan oleh jarak. hanya semudah abc. jangan lupa call la, kallu dah kemaruk sgt. nanti buleh gila pulak.


rindu dekat keluarga lagi parah dari rindu kat BF?
ini memang fakta. walaupun kita bukan anak emas atau anak manja. hanya family je boleh tenangkan kita. setenang-tenangnya. kita kenal family sejak lahir. family kenal kita sejak lahir jugak la. so, takleh lawan hanya BF atau GF anda k. harap maklum. jadi, andai kata ada sebarang masalah. orang yg terbaik utk tenangkan kita adalah keluarga; terutamanya mak n bapak kita.


kadang-kadang aku rasa yg paling dirindui kat rumah adalah..
peti ais nan meja makan. atau lebih tepat, bahagian dapur. sebab kat situ antara tempat paling lama aku habiskan masa waktu kat rumah. korang plak?
aku tak suka tengok tv. tak suka sgt keluar, tak suka macam-macam. kecuali MAKAN. mungkin sebab tu aku rasa itu yang paling diingati. dan dikenang.






kerna ia adalah sebuah suratan takdir. aku terpaksa pergi jauh, sejauh-jauhnya dari keluarga. perasaan yg tak buleh dibayang dan diucap dengan kata-kata. aku tak pernah terfikir utk pergi sejauh ni. dari dulu pun aku hanya berharap dpt jadi mcm orang lain. biasa-biasa je. kalau belajar kat malaysia. boleh selalu balik rumah. aku percaya; kalau ada award selalu pulang ke rumah. aku la yang sapu award tu. tapi apakan daya. sekarang aku hanya layak merangkul award, setahun sekali pulang ke rumah. nasib baik dapat jugak balik beraya. kalu tak mahu gila aku dibuatnya.


rasanya zaman sekarang ada lagi tak orang yg tak pernah berpisah dengan parent atau family, walau umur dah sepatutnya dikira matang? ada ke ek?
kalau ada, aku rasa bertuahnya dia. tapi dia tak berpeluang plak nak rasa; apa itu homesick :)


paling tak suka asrama yang ada buli-buli. patut kita bako je!
aku, tak pernah kena buli. tak pernah membuli. aman sgt. orang lain? aku tak tahu.


p/s: buat adik aku yang baru pertama kali duduk ostel tu. walalupun dah besar pnjg. jaga diri elok-elok k. akak risau sgt. hehe. poyo sgt aku ni. tp yela kan. budak laki ni yg byk kes buli. sbb tu risau. ;)


the most important things; yang wajib wajib jgn lupe taw. bila dah berjauhan tu selalunya dah takde org yg nak tegur kita directly. so, kita kena didik diri kita sendiri.


kawan-kawan yg terpenting lepas keluarga. bak kata org cina;
在家里靠父母,出门靠朋友。(duk rumah bergantung pada ibu bapa, keluar rumah bergantung nan kawan-kawan). jgn main gantung-gantung diri sudah. 


sayang awak! 

salam syg; dari tiena yg pernah homesick dulu 











2 comments:

this is ameer said...

eeeeiii..awak menangis! x malu ;)

Kay Masingan said...

hidup memang macam itu. seperti burung, lama2 mereka akan tinggalkan sarang kan? so kena tabah bila berpisah dengan family untuk kebaikan dan masa depan juga.

salam kenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...