sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday, 23 June 2013

aku manusia berdosa.

aku terkejut jumpa diari lama. bila dilihat, aku sudah punya rasa yang sama buat kali ke-2. kau tak pernah tahu kerna aku perempuan rahsia. tak mampu bicara.

aku memang tak mahu salahkan sesiapa. kalau di kira. kau baru sekali rasa. mungkin dah cukup terseksa. aku dah 2 kali punya rasa yg sama. tapi kau terus menghukum.  hukumlah. sampai kau rasa puas. dan sampai aku cukup lemas.

masa-masa yg berlalu ini memang tak sia-sia. kita jumpa banyak benda, kita belajar serba perkara. dan kita faham erti bahagia.

aku tak menulis utk sesiapa. aku menulis utk aku yg sedang kecewa.
kecewa dgn pilihan hidup. hidup sendiri yg terlalu taksub dunia.

aku tak minta kemaafan manusia, aku mohon maaf pada Dia.
aku abaikan-Nya sebelumnya. sedang Dia tak pernah terlepas pandang aku.
tetap beri aku segala kebaikan dari-Nya. dan aku memang manusia berdosa.

aku tahu, Dia tak pernah penat memaafkan hambaNya. dan Dia tunggu kita, sampai akhir masa, penghujung dunia.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...