sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Thursday, 15 March 2018

GDM apa perlu buat


Just to habiskan masa dan mengelakkan diri dari terus menerus shoping online, i decide to write n share everything about my pregnancy journey and new mom life.

Okay just to share my masalah time mengandung.
I disahkan gdm after minum air gula pd minggu ke-12. Yes, memang history family bapak ada kencing manis. Orang semua pesan if family background ada penyakit apa2, at the first place waktu bukak buku pink jgn cakap. Just cakap takde masalah. Maybe boleh elak kena minum air gula yang awal itu. Tapi depends on kk jugak. Sebab ada klinik kesihatan yg wajib minum utk minggu awal tu. Kalau dah 1st pregnancy u dah ada gdm so 2nd n 3rd ready n jaga2 lah ye!

Antara sebab i sangkut air gula dengan result 8 itu ialah waktu tu loya tak habis lagi. Loya sampai 5 or 6 bulan baru hilang. Betapa gigihnya ibu ini melayan n menahan loya. Loya2 pun selera makan jangan main taw! Every week nak makan sedap! Weekdays keje xde masa, baby D boleh layan i weekend je bawak jalan n makan best-best!

Untuk menghilangkan loya time dr awal pregnancy i prefer makan gegula mint! Adalah beberapa jenis gegula kegemaran yang boleh dimakan. Tapi jaga2, maybe boleh menyebabkan sangkut air gula kalau terlebih dose. Gegula ni always dalam mulut kalau dah loya, almost all the time!
1. halls watermelon
Image result for halls watermelon
2. clorets hijau tu
3. mentos mint

But the 1st one tu memang feveret! Sekali borong bukan main! Sampai baby D yg tak suka gegula pun dah start makan gegula tu! Tak sure samada teman i makan, or nak tolong habiskan!
Tapi akan sampai satu saat, gegula tu rasa pahit gila! N no more gegula mint!
GDM akan menyebabkan anda kena ulang alik kk 2 kali seminggu untuk buat bsp! Tengok gula okay ke tak! I awal2 ulang alik jugak, tapi dah beberapa kali ulang tak larat! Sebab dalam sehari tu u kena g hospital 4 kali ye! 
1. Pagi jam 8 before breakfast
2. 12 tghari before lunch
3. 6 petang before dinner
4. malam jam 9 last check

Okay itu timing yg kena check jenuh i ulang alik. Ada tips yg orang ajar utk makesure bacaan bsp u okay n baik! Jaga makan sehari before check bsp lagi. Then, hari check kena makesure jgn makan or minum manis manis. Then waktu utk makan yg sesuai adalah after check bsp terus makan breakfast, lunch n dinner ualls! 2 hours before check makesure jgn makan! Itu paling selamat.

Bacaan yang selalu i dapat  >4 and bawah dr 6.
Yg tak bagus pun penah jugak sebab makan lewat dah nak hampir waktu check dapat la result pen merah!  7.6 rasanya waktu tu.

Okay bagi memudahkan diri malas ulang alik! Plus waktu tu dah sarat n memang ulang alik kk drive sendiri n so penat! I beli je glukometer tu. Beli online je. Cari yang murah n okay. Make sure jugak ualls tahu cara nak guna! So time buat bsp kat kk tu tengok n belajar lah! Then nanti cakap kat kk tanya nurse boleh tak saya buat sendiri kat rumah! Sy ada alat tu. Selalunya sehari lepas buat bsp kita akan ada appointment  utk review bsp. So kena g kk keesokan harinya! Penat kan? Kk dengan mummy gdm berpisah tiada.

Lupa nak cerita, dia ada dua tahap GDM ni.
1st gdm on diet control  or gdm with insulin.
Insulin tu utk yg teruk sikit laa. Nasib baik i diet control  je.

Ada lagi nak cakap! Selalunya yg check bsp kat rumah tu, beringat sikit. Jgn selalu nak ngelat2. Sbb result Bsp tu bukan effect u sorang je taw! Ia effect baby u jugak! So always remember that! Gula rendah sgt pun x ok! Gula tinggi sangat pun x ok! Jaga jaga n hati2!

I ada lagi satu masalah time pregnant tu! HB LOW, ill share apa yg i harungi because of HB LOW tu. I rasa i perlu share so that new mommy know what to do. Jgn jd cm i. hehe.

Until next post ya!

Friday, 18 July 2014

separuh langkah.

bukan cerita penat lelah,
bukan cerita susah payah,
tapi ini kisah sebuah jalan yang aku lalu,
jalan yang perlu dilalui,
jalan yang sudah tertulis.

jalan berliku untuk aku,
*tragis pulak bunyi,

habis untuk di sini.
B.A(HONS)CHINESE AS SECONDARY LANGUAGE,
tapi lepas ni masih ada separuh lagi,
baru boleh kerja,
#studentsepanjanghayat

posing walau sudah lewat. 

hanya mereka yang menemani. kerna kaum wanita lain semua sibuk,
ada yang shopping, ada yang jaga baby.

Alhamdulillah, 5 tahun. selamat.
#mogadiberkati

now cuti for 6 months and happy me is resting at home.
bosan, bila mahu sambung lagi?
next stage, where are u?
gelojoh, 2 tahun lagi.

#prayforpalestin #prayforgaza #prayformh71 #prayformh370
#keepprayingforlast10daysinramadhan

SURAT CINTA:
bila boleh jumpa?
kita dah nak raya. hihi
"有时候,最好的,是最后的“


Friday, 14 February 2014

不是谁的错

你怎么说一切是错过?
我不同意,
我不满意,

当时, 我们还不懂得,
这不是我们的错,
这是我们的命中注定,
别恨自己,
我爱你,
永远爱你。

Saturday, 8 February 2014

暂时

我做不了你永远的陪伴,
没事儿,
我会好好地过,

你知道吗?
我生活最幸福的事,
就是当你的陪伴,
不是永远,
暂时也行!

祝你天天快乐!


extra Y

Bila mana apa yang kau sampai, disalah ertikan.
Maka siapa yang dipersalahkan?

Salah apa? 

Memang apa yang disampaikan selalu disalah  ertikan,
Kau lihat balik cara kau sampaikan.
Untuk apa?
Bagaimana?

Menyampaikan ia dgn cara yang salah, hanya mendatangkan salah faham.
Memanglah macam tu.

Cuba cakap terang  jelas dan nyata di awal kata. 
Tak payah nak susah payah mencetus idea memerah otak,
Kita bukan alien nak paham  bahasa isyarat ke ape2 tanda.

Kita faham je.
Terus  terang.
Kan senang.

Pastu sibuk bising, dye cakap  (2x)
Kita (2x+y)

Thursday, 6 February 2014

less than 150

selak last entri. last time before tinggalkan malaysia. gila pantas masa berjalan.


waktu itu aku tak sedia untuk tahun akhir,
aku tak tahu macam manalah nak grad nanti,
tak tahu macam manalah pelajaran nanti,
ekhh, bukan tak tahu benarnya,
tapi malas nak ambil tahu.

malas nak fikir banyak tentang tahun akhir.

nak grad je. moga Allah permudahkan :)



#tak pernah berhenti mengukir memori manis bersama senyuman untuk tahun akhir ini. last sem, moga baik-baik aje!

Tuesday, 24 September 2013

baki 8



kalau kita sendiri tak boleh maafkan kesilapan diri sendiri, bagaimana mungkin orang lain bisa maafkan kita?

tepuk dahi, geleng kepala.

masa, tolong lambat-lambat. hati masih berat utk tinggalkan malaysia dan segalanya.
berharap boleh bertahan for another 40weeks in china. #finalyear #yeahhhhh

Monday, 16 September 2013

the power of love.

bangun pagi dengan penuh perasaan. morning world.



Wednesday, 11 September 2013

hunan memory - 3rd year

ternampak gambar ni.看了好久, 也猜不出来,这个在哪里。 哈哈哈,但,最后知道了。

都是在湖南的照片。


没有什么好东西,
这些都是美丽的回忆 :)

sharing is caring!

#throwback #hunan #avatar










walaupun banyak habiskan masa dalam bas. tapi  tetap bergembira :)

demam. dulu dan sekarang.



selamat pagi!

hari ini demam demam. eh, dah lama tak demam.Alhamdulillah, akhirnya demam jugak.


10 tahun lalu,paling tak suka demam. kalau demam, macam sakit kronik. tak boleh bangun, tak boleh gerak. tiap-tiap sendi tulang belulang sakit.

yang paling ingat, abah akan angkat, bawak pergi klinik. nasib baik time tu kecik je, ringan. senang nak angkut.

simptom simptom demam ni mmg tak lain tak sah. 1st of all akan sakit mata, then sakit tekak, batuk batuk, terus demam.

me, anak manja yg terpaksa duduk asrama sejak form 1 tu. tak bisa menelefon mak atau abah utk beritahu me demam. jadi, kawan-kawan akan tolong kol kan.
sedihnya ingat saat demam zaman sekolah.

tapi sekarang,
demam, makan sikit, makan ubat, bungkus, tidur sampai sudah.
tiada lagi perhatian seperti dulu.

dulu,
makan minum suap, baring pun ade org teman kat tepi.
kalau mak sibuk, adik temankan. so, boleh order je nak minum or ape ape.

eh, itu cerita dulu.
sekarang. i need to be strong. i'm not that little girl anymore.

umur dah puluh puluhan. mimpi lah nak layanan gitu lagi.

buat masa sekarang, masih fikir apa punca demam ni.

mandi hujan? atau berjangkit dgn adik? alamak aih.
padahal, kalau tahu punca pun bukan baik demam ni. urmmm

k laaa. nak mam ubat. n sleep.
wasalam.

sakit kifarah dosa. harap happy happy je time sakit :)

Tuesday, 10 September 2013

sampai kapan?


pagi pagi.
tak tahu mana salah dan silapnya.

jauh mana lagi aku bisa pergi?
dan sampai kapan?

kadang-kadang memang kasihan.
tanpa sebab aku kasihan.

tragis gila rasa.
sampai kapan?

yg bisa pujuk aku hanya ayat itu.
mungkin cerita itu memang dah begitu.
tak kisah kuat mana kau usaha.
tak kisah indah mana kau impi.
kisah itu memang begitu.

follow the flow.
till the end :)

hope i'm just fine.
hopefully.





Monday, 9 September 2013

sweet september ♥

morning :)
 
 
having u in this September is more than what I want,
more than what I wish.
it makes me feel great.
 
u are my everything.
eh, should u be a part of my birthday present?
 
urmmm...
I don't think so.
u should be a part of me.
that I need ever after.
 
thanks for every moment.
:D
 
please,
behave for another year for us.
wait haaa!
 
"SAS. sampai syurga"
 
 
 

Sunday, 8 September 2013

gadis berapi @ girl on fire

salam petang.


petang yang dingin,
angin berderu-deru,
hujan hampir turun.

buang rasa pelik, bila masih ada tempat yg panas.
ini panas bukan sebarang panas. ia lagi panas dari biasa. macam hot fm pulak.

jangan terkejut. I dah pandai main api sekarang.
tapi tak pernah bakar orang lagi. but I will, maybe.

believe me, one fine day. I will. *if needed

apo ni? setakat ni, aku hanya ingin membakar barang orang.
barang-barang orang yg aku tak pernah hingin,
barang barang org yg aku mmg tak pernah suka, dan takkan suka.

eh, jangan tanya barang siapa. jangan tanya barang apa?

kau takkan pernah tahu. sebab bahan yg dibakar ni. terhapuslah bukti-buktinya.
ranaplah rupa bentuknya.
harap api bakar ia bersama kenangan kenangan bodoh itu.

biar aku nampak psiko. biar ada rasa emo.
biar kau tahu. api tu bukan hanya permainan.
ia mampu membakar, membakar apa saja yg boleh terbakar.

sorry, you are flammable. uweeeekkk :P

Wednesday, 31 July 2013

try an error.

malam

:)

1
2
3

ini
bukan
cubaan.

ini
bukan
mainan.

ini

sebuah

kenyataan.



terlalu banyak kekurangan aku, untuk melengkapi engkau, itu terlalu mustahil.

ramadhan tahun lalu~~


di situ.

Pagi!

Alhamdulillah,
sampai saat ini, aku masih di sini.

masih berjalan di bumi ini,
walaupun semuanya rasa seperti baru,
walaupun rasanya tak sama seperti dulu,
tapi perasaan aku ini,
masih sama.

aku bukan super kuasa,
aku tak bisa ulangi masa,
apatah lagi putarkan ia,
moga ia mula semula.

silap,
itu perkara biasa, sebab kita manusia,
silap,
itu punca kita terus sesat entah ke mana?
silap,
tapi sampai bila?
takkan kita nak terus di situ,
terus, silap.

yang bisa hentikan silap itu,
hanya kau,
yang mampu ubah silap itu,
hanya kau,
kerna kau yang mulakannya,
kerna silap itu,
silap kau.





 








sampai bila kau mahu di situ?
sebenarnya ada tempat yg memang wujud, bukan utk kau.
pergilah.
berganjak.

Monday, 24 June 2013

minggu terakhir. pelajar tahun 3 :)

salam, selamat petang!

awesome sgt rasa lepas habis menjawab paper utk hari ni. berbaki 2 paper utk hari esok. tapi hati lega dari sebelum-sebelumnya.

in 6 days, nak kena kosongkan bilik for the renovation. then, balik malaysia. bagi juga kami rasa bangunan baru nanti. but still tak fair, dah affect cuti winter utk tahun akhir kami. so friends. winter tak cuti :)

nak buat entri tamat tahun 3 for this year.looking fot the best picture. and for the next 3 month, we will back here, to finish this degree.

hey, esok 2 paper lagi. wish me luck! :) last 2 payper!

Sunday, 23 June 2013

aku manusia berdosa.

aku terkejut jumpa diari lama. bila dilihat, aku sudah punya rasa yang sama buat kali ke-2. kau tak pernah tahu kerna aku perempuan rahsia. tak mampu bicara.

aku memang tak mahu salahkan sesiapa. kalau di kira. kau baru sekali rasa. mungkin dah cukup terseksa. aku dah 2 kali punya rasa yg sama. tapi kau terus menghukum.  hukumlah. sampai kau rasa puas. dan sampai aku cukup lemas.

masa-masa yg berlalu ini memang tak sia-sia. kita jumpa banyak benda, kita belajar serba perkara. dan kita faham erti bahagia.

aku tak menulis utk sesiapa. aku menulis utk aku yg sedang kecewa.
kecewa dgn pilihan hidup. hidup sendiri yg terlalu taksub dunia.

aku tak minta kemaafan manusia, aku mohon maaf pada Dia.
aku abaikan-Nya sebelumnya. sedang Dia tak pernah terlepas pandang aku.
tetap beri aku segala kebaikan dari-Nya. dan aku memang manusia berdosa.

aku tahu, Dia tak pernah penat memaafkan hambaNya. dan Dia tunggu kita, sampai akhir masa, penghujung dunia.


1 2 3 mula :)

jangan tanya kenapa aku mahu mula semula,
jangan pertikai dari mana aku dapatkan ia,
jangan persoal kenapa?

yaa, ia mungkin yang jatuh tergolek dari langit.
ia  mungkin kerna semangat aku yang hilang entah ke mana sebelumnya,
aku mahu punya sebab yg nyata,
aku mahu tahu tujuan utama,
moga aku bisa makin dekat dengan-Nya.

yes, aku mahu mula semula.
kalau mungkin tanpa teman,
aku tahu aku bisa berlalu sendiri,
kerna Dia tetap ada,
selamanya.

Thanks ya Allah :)

Thursday, 27 September 2012

Tuhan, tolong bagi aku...

tolong padam cinta ku untuknya,
buat aku dan dia terpisah,
buat dia hilang dari fikiranku,



Tuhan, tolong bagi aku,
aku mahu satu hati,
hati keras, hati buta, hati tuli,
hati yg tak punya respon pada DUNIA.

Dunia,
memang menggoyangkan jiwa aku,
memang buat aku Terleka..
memang boleh buat aku Gila..

tolong Tuhan!
jangan bagi aku terlalu cinta.
aku tak mahu terlalu cinta,
pada Dunia yg sementara.



Sunday, 11 December 2011

nak tahu sgt kan. ambikkkk

ye r.


nak cakap moody. taklah sgt. tapi seriusly takde mood.

i hate sharing about love.
but it's ok.

it not a love anymore.
yeahh.

ini sesi melepaskan perasaan.
tolong blah! jgn pijak hati aku lagi.
suka hatilah nak cakap aku apa.
sampah ke hape ke.

i don't care...

aku kasar, sbb kau guna cara kasar.
takpela.

harap this is the last time for us.
moga kau pergi tak kembali.(dalam hidup aku)

stress la.
serabut sgt org gini.

ye, yg kau cakap semua betul.

kau kan BIJAK, PANDAI.
so, pergi mampus dgn ayat-ayat bagus kau,
menyampahLAH...

dah.
malas nak jahat sgt.

aku harap kau bahagia di sana.(rumah kau la)

jangan cari aku,
sebab mmg takkan jumpa.

i'm DEAD.
only for u


berharap kisah ini betul-betul berakhir. sebab aku dah penat nak tunggu part habis.
asyik ada drama-drama yang membosankan je.


THE END.



takya gelabah sgtlah. aku OK je.
bahagia sgt :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...