sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Friday, 14 October 2011

Cinta Tak Guna

iskkhhhhhhhhhhhhh(mengeluh)
kalau nak mengamuk pun tak guna. aku bukan marah pun. takde keje. takde masa nak marah.
saja je nak merepek ,melalut, meraban.
lama dah tak merepek. apa kata saya? haha
lai lai lai. selamat hari jumaat.


CINTA TAK GUNA;

Kalau bertepuk sebelah tangan.
habis kalau kau sorang je yang happy buat apa nak berhubungan? tak membantu. tak berkembang. syok sendiri je lebih. nak tepuk tangan sorang-sorang. balik rumah la.

Kalau tak percaya.
kalau semua benda nak tanya macam CSI, over la tu. yang ditanya dah macam penjenayah menjawab soalan. cukuplah bertanya sekadar yang perlu. kita bukan keluarga pun nak tanya over-over. nampak sangat nak kepastian sebab tak percaya dan yakin. dah tak percaya tu, blah je k. tak payah susah payah. tinggalkan saja perkara yang meragukan, ia terbaik.

Kalau tak bahagia.
mintak break cepat. jangan tunggu lama-lama. nanti lagi parah dibuatnya. kang tak pasal-pasal perang dunia plak. buat apa nak paksa cinta? bahagia itu pasti mustahil. unless, kalau dah ada ikatan sah. kena terus mencuba cari kebahagiaan itu. teruskan. 加油!(jiayou)



Kalau tak nak kawen.
yang ni paling tak boleh bla. tak nak kawen, boleh berhenti cinta sekarang. kalau nak guna alasan tak ready lagi sebab ingin membina masa depan dan menangguhkan perkahwinan sementara waktu, itu memangla boleh diterima pakai. tapi, jangan niat cinta tu memang tak mahu pun kawen. nampak sangat tak guna. jangan nak melukakan. dan jangan membazir masa orang lain. dah ready nak kawen nanti bercintalah. kalau boleh secepat mungkin kawen k. nak cinta lepas kawen, lagi bagus.

rasanya, cinta sebenar yang terbaik buat kamu di dunia itu ada.
bila tiba masanya, ia hadir.
so, tak perlu kelam kabut n risau sgt k.





sekian saja kata-kata kerepek hasil karya sy. 
salam sayang. selamat malam.

.:: TIENA LOVESICK ::.


Miss the feel of vintage photos from ur photo albums? Bring back the good old days with #OlympusContest !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...