sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday, 9 October 2011

Cintan Cintun | kalau dah putus cinta

Selamat malam!

lama sudah tak merapu. malam ini, kongsi kata, kongsi rasa.
bila saya putus cinta...

nak kata, segan rasa. rindu di hati macam gila,
apakan daya dah tak berpunya,
terkontang-kanting sorang2 je.

siapa kata?
kan kita ada keluarga.
masih ada teman-teman.
masih ada yg mendengar rasa.
masih boleh kita bersuara,
tak perlu pergi cari si dia.

yang tak perlu ditinggal-tinggal,
yang tak ada, tak perlu di cari.
tiba masa muncul sendiri.
macam magic plak rasa.
tapi rezeki kita tak ke mana.
itu semua ketentuan-Nya.

dalam hati kena percaya,
yang pergi ada sebabnya,
tak guna fikir kenapa?
cuma terima seadanya.
redha dgn perginya dia.

tiap kali putus cinta,
tak perlu kecewa gila.
mungkin itu salah kita,
dan mungkin juga salah dia,
tapi siapa tahu hikmahnya?
sebab itu rahsia-Nya.



lupakan semua,
lupakan belaka.

tak guna kau ingat yang lalu itu.

tak guna
tak guna
TAK GUNA.

biar aku nak marah. haha.

emo la makcik ni.

memang aku emo.
aku EMO,
aku EGO,
aku gemok.

tak  mungkin la gemuk, i slim ok.
(iklan jap)

sambungan;
lelaki dalam dunia bukan 1 tapi lebih dari 1 000,
bermakna cinta di dunia bukan 1, tapi lebih dari itu,
kalau anda mahukan cinta la.
tapi tak mahu pun tak apa.
sebab usia anda terlalu muda.

jalan hidup ini,
mungkin masih jauh,
mungkin sudah hampir hujungnya,
kita hanya pelakon dunia,
jadi,
jalani layar dunia sebaiknya.

tak perlu kau sesali,
beri cinta,
kau tak rugi.
kerna cinta dan kasih syg itu anugerah.
anugerah yang perlu kau kongsi bersama.
yang kau dah kongsi itu tak apa.
yang lain itu simpan saja.

kerna cinta itu hanya buat yang berhak.
jangan kau zalimi rasa itu.

opss, lupa.
walaupun aku tahu, aku tak cukup sempurna.
tapi aku tak pernah lupa. 
ingatkan diri aku yang tak seberapa ini.

cinta yang indah itu,
kita dapat rasa,
tapi bila ia berada di jalan yang sepatutnya.
dan aku tahu itu.
aku faham.

dan aku tak pernah penat mencuba.

kau pulak bagaimana?

p/s: ini adalah ayat aku utk pujuk hati sendiri. aku memang suka bermonolog dalaman. harap maklum!

salam sayang. selamat malam ♥__













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...