sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Tuesday, 15 February 2011

Jangan Sandarkan Ia Pada Kenangan

assalamualaikum. 
salam maulidur rasul.

sudah lama aku memeruk otak dalam kebekuan winter. hari ini aku tulis untuk aku.

'Jangan Sandarkan Ia Pada Kenangan'

aku ingin yang berlalu itu terus berlalu,
tak mahu ada secebis ingatan tentang kamu,
aku pohon pada Yang Satu,
hidup aku biar tak pernah ada kamu lagi,
biar kenangan aku denganmu berlalu,
 pergi bersama ungkapan selamat tinggalmu.


kalau kenang kenangan lalu.
hati aku tak pernah jumpa keamanan,
hati aku tak tahu kegembiraan,
aku hanya tetap hidup dalam duka dan kecewa.


selepas padamnya nama kau dalam hidup aku.
yang aku ingat bukan lagi kamu.
syukur, alhamdulillah.
kau pergi selamanya.


kini, 
aku tak mahu tersepit dalam kenangan kau dan aku lagi,


dalam perih pedih aku meniti usia,
hingga aku dewasa seperti kini,
banyak yang aku pelajari bersama kau,
apa itu jatuh, apa itu bangun, apa itu kuat, apa itu tabah.
semua itu kerna ada kau dengan aku.


aku susahkan banyak orang,
mak bapak, adik beradik, kaum kerabat,
semua hanya kerana kau.


cukuplah, cukup.
yang dulu biarkan pergi,
aku tak mahu kamu lagi.
aku ingin hidup sihat dan cergas.
bebas dari sebarang penyakit.


memang setiap orang terima dugaan masing-masing,
alhamdulillah, aku sudah berpisah denganmu,
aku tak kata aku benci andai kamu hadir lagi,
cuma aku harap, cukuplah yang dulu,
sebab ia dah cukup mengajar aku.






sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.





1 comment:

ameer said...

OMG syg! igtkn pasal pe la td ni..adess..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...