sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday 6 February 2011

saya kagum dengan mereka

salam dan selamat petang! hampir 2 minggu aku telah meninggal, meninggalkan blog dan laptop tercinta kat bilik. tak sangka aku mampu meninggalkannya utk masa yg agak lama  ni. sebab memang tak mampu nak mengangkut lp aku ni ke yunnan. kota suci dalam debu!


aku pun macam tak percaya jewk. sampai ke yunnan aku habiskan cuti winter ni. dari takna g memana. tak senonoh betul. jauh merantau. seriusly, memang besh journey kali ni. mahu taknya. boleh tahan juga. sehari sebelum g, baru nak beli tiket flight segala bagai. tapi, alhamdulillah. selamat sudah aku sampai ke bilik tercinta di BFSU ni. walaupun berjalan sesuka hati. tanpa sebarang plan. 


kenal macam-macam orang.jumpa macam-macam ragam. makan macam-macam benda. belajar macam-macam cara. dengar macam-macam cerita. kongsi macam-macam pengalaman. macam-macam ada. betul orang cakap. jauh perjalanan luas pengalaman.


ibu negeri yunnan,kunming namanya. seronok. walau tak semaju beijing. tapi boleh tahan la canggihnya. 


paling kagum aku lihat muslim di sana. jumpa masjid besar-besar. masjid besar lagi meriah. kalah masjid malaysia kowt. jalan sana rasa selamat. islam mereka kuat. itu apa aku rasa. kalau nak rasa sendiri, pergilah tengok.


paling tak sangka, melihat madrasah-madrasah(sekolah agama mereka). ramainya budak kecik-kecik belajar Al-quran. ada yang baru 5 6 tahun dah hafaz 8 9 juzu'. hebat lah. kecik lagi mereka. cumel sangat!
tak sangka,sampai camtu tahap mereka sayang agama.boleh cakap kalah kita, negara islam. (:


banyak menda yang aku belajar. kalau bagi aku masa tulis satu persatu. sampai bila pun tak sudah aku tulis. biar aku simpan dalam hati. takpela, kita buang yang keruh ambil yang jernih. mana yang boleh dijadikan pengajaran. kita ambil jadi pengajaran.


setiap kali mereka bertemu saudara muslim. mereka tak akan lupa memberi salam. walau tak mengenali sesama mereka. tak macam aku pun. yang kenal jewk nak kena beri salam. segan gak aku seposen bila kenang balik. iskh iskh iskhhh..


tahu tak, mereka pakai tudung lagi canggih dari kita-kita. comel plak tu. jeles aku mellihat +.+
dari yang kecil sampai la ke besar.. majoriti ada tudung di kepala. comel comel! serius comel!


makanan di sana, bandar suci dalam debu. memang banyak debu, sebab masih dalam proses utk maju. banyak pembinaan sana sini. serius berdebu. pergi kawasan muslim! memang heaven gila. semua boleh makan. yang paling besh bakery dia. wahh.. sedap gila roti-rata (ini kata ganda). rindu pulak semua makanan sana. sedap enak lazat! walaupun aku agak tak cukup makan kat sana, sebab duk kejar masa. biasalah. sibuk melancong^^


selamba aku pergi melancong last minit pun, sempat la jugak aku pergi melawat berbelas-belas tempat kat sana. btw, thanks sgt kat semua orang. yang  telah membantu secara langsung atau tak langsung k! insyaAllah, ada rezeki kita boleh pergi lagi. (^_^)Y






*gambar-gambar lain akan di sertakan dalam entri akan datang. harap maklum.

1 comment:

ameer said...

alhamdulillah..sejuk mata b :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...