Rela kau dipenjara? dikurung? dikawal sepanjang masa?
AKU; insan
bukan hidup ibarat ikan di dalam aquarium,
bukan seperti hamster di dalam sangkar,
bukan macam lembu di dalam kandang.
Insan ini mahu berterbangan bebas di awan, mahu tertawa gembira dalam dunia sendiri.
Dunia sendiri aku, bukan tiada watak lain,
Hanya aku pinta, jalannya adalah jalanku,
Caranya adalah caraku,
Aku mahu, aku pilih,
Kerna duniaku, bukan duniamu.
Ya, aku mengerti; hidup ini perlu saling mengingati. Kerna insan ini selalu terlupa, selalu alpa.
Nasihati untuk mengingati, bukan terpaksa diikuti.
Tolong! Tolong! Tolong!
Jangan buat hidup aku macam kau punya,
Jangan paksa aku, jangan kongkong aku, tapi pimpinlah aku,
untuk yang terbaik dan semampunya.
p/s: maafkan aku. aku tak suka dipaksa. terima kasih kerna memahami.
1 comment:
hidup kita??
Post a Comment