sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Wednesday, 8 December 2010

::aku kamu bahagia::

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang apa gunanya?

pernah dengar tak lagu ni?
bohongla kamu semua. aku lepas lahir terus dengar. bila dah besar, banyak dengar lagu lain da.
tapi jarang la, sebab lagu ni da tenggelam dengan lagu lain. tapi ia tetap wujud. wujud dekat di hati.

walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak bahagia apa gunanya?

walaupun hidup kaya raya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau berjaya sampai puncak jaya,
kalau tak bahagia apa gunanya?

kalau bersama,
tapi tak bahagia, apa gunanya?

merepek jewk aku ni. saja je sebenarnya,
hari ini nak tulis pasal,
aku, kamu dan bahagia.

aku?
bahagia...
kamu?
bahagia?

takla. bahagia tak bermakna manis belaka. bahagia. tak bermakna kau sorang gembira. menangis tak bermakna tak bahagia. jangan keliru. aku cuma putar dan  belum membelit.

lihat dunia. berapa orang yang bahagia?
kau tahu ke tengok orang bahagia? pelik. mereka publish satu dunia ke kebahagiaan mereka?
canggih la weyh.

sedang ada yang gembira bahagia. ada yang sengsara.
jadi, bersyukurlah dgn bahagia yg ada.

yang tak bahagia. mintak kat kawan-kawan 'bahagia' sikit. buat macam mintak biskut.

yela, kebahagiaan.
kongsi-kongsi yup. jangan kedekut.
hari ini hari mereka. esok lusa tiba hari kita.

lol,
tajuk hari ini.


::aku kamu bahagia::

semalam hidup aku;
hanya aku yang tersenyum,
hanya aku yang gembira,
kelam aku sendiri,
langkah aku tak dituju,
buta kaku gelap seribu.
silap aku tak diragu,
simpan pilu jauh di kalbu,
sampai bila tak siapa tahu.

kamu;
selepas semalam aku kenal dirimu.
bawa jiwa kenal dunia,
timba ilmu sepanjang masa,
tiada saat kamu tiada,
sunggguh hari semakin ceria,
seperti berdua di bawah bulan purnama,

ku lihat bintang di sana,
rasa diri ini sungguh bermakna,
tak ubah aku ini,
nak cakap gila tak gila,
sebab aku senyum gembira.
kongsi rasa,
suka duka,
sebenarnya,
aku tahu,
sebenarnya,
aku kamu bahagia.

jadi jangan pergi jauh dari aku,
kerna kau akan bawak pergi bahagia.
aku tak mahuuu.
tolong.
:(
aku mahu ; aku kamu bahagia.


ok. dah sudah.
moga kita semua bahagia. dunia akhirat. aminn (^_^)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...