sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Thursday, 17 June 2010

buat yang membenci diri aku

dah lama aku tak menulis. banyak hari sudah aku fikir. patut atau tidak aku tulis. sebenarnya, aku tak mahu. sebab malas nak cakap pasal orang yang dah buat aku kecewa satu masa dulu. bukan apa. aku tak mahu dia gembira. sebab berjaya buat aku, seorang insan yang kecil lagi lemah ini begini.

pada hakikatnya. aku dah tak lagi sedih diperlakukan begitu. sebabnya. yang aku pasti. mungkin dulu jewk la. aku amek hati juga. sebab aku pun ada perasaan. 

buat orang yang membenci diri aku,
aku nak kau tahu. sikit pun aku tak kisah. sebab tak ada apa pun yang bagus pasal diri kau. sungguh aku cakap. takdela aku nak kutuk-kutuk kau. tapi aku cuma nak kau tahu tu. dengan harapan, kau tak lagi sebut pasal diri aku. sebab aku tak suka. dahla, bukan semua apa yang kau cakap tu perkara benar pun. sungguh membuatkan aku meluat gila nan kau. menyampah sangat. nak muntah la bila teringat kata-kata kau.

memang aku pun selalu rasa diri aku lemah sangat. secara jujurnya. bila aku kecewa. aku selalu cakap lelaki semuanya begitu. itu salah. sebab walau apapun terjadi. masih ada lelaki yang tak seperti itu. tapi kita tak tahu lah siapa. 


berbalik pada topik kita tadi. sebenarnya aku tak faham sangat kenapa kau membenci diri aku. aku tak punya apa. aku tak lawa. aku tak kaya. aku hanya orang biasa. hidup sederhana. kau nak apa sebenarnya?


tak perlu jawab. sebab tu hanya monolog dalaman aku. biarkan ia begitu. aku tak mahu jawapan. sebab membenci orang itu adalah perkara biasa. kalau aku pun mungkin sama juga. membenci tanpa tahu sebab kenapa. kerna rasa benci itu wujud tanpa diundang. 
uiskhhh, betul ke? cam silap jewk. aku rasa, rasa benci itu hadir tanpa disedari. setelah diundang.


aku memang pernah gagal dulu. gagal untuk terus bersama kau. tapi, itu bukan salah diriku seorang. malah itu mungkin bukan satu kesalahan. kerna ia terbaik buat kita. sungguh aku bersyukur. sebab kita dah tak bersama. sebab kau dan aku tak perlu bersama. sebab aku telah diberi peluang untuk bersama seseorang. seseorang yang jauh lebih baik dari diri kau. seseorang yang mampu bahagiakan aku. 


aku tahu. hidup kau sekarang pun bahagia. baguslah tu. kita masing-masing sudah ada hidup kita sendiri. semua orang pun dah bahagia. jadi kau tak perlu la cakap pasal aku lagi. walaupun kau benci diri aku ini. lagi, aku minta sangat pada kau. tak perlu kau membenci orang tersayang aku. sebab bukan satu keperluan. takde motif. aku tak suka. sebab aku tersangat sayang dia. 

kalau aku mampu buat keajaiban dalam dunia ini. aku mohon kau padam nama aku dalam setiap diari serta segala memori kau. tapi siapalah aku. tak mampu. tak berkuasa. aku cuma mampu berdoa supaya kau tak ingat langsung pasal aku. sebab kau hanya nyatakan sesuatu yang menyakitkan hati aku. memang la kau tak cakap depan aku. tapi kau cakap depan kawan baik aku. dah sah-sah la macam cakap depan aku. boleh tahan gak otak kau ni. betul-betul mahu musnah.

maaflah dari aku, seorang insan hina. sebab mungkin lah aku dah pernah kecewakan kau. (seperti yang kau war-war kan pada semua orang). sedangkan aku tak tahu papew. langsung. 


boleh tak aku ulang memori aku sebentar?
kau yang tinggalkan aku dulu.
sebab kau rasa diri kau tak layak untuk aku.
aku akan jumpa orang yang lagi bagus dari kau.
dan aku dah jumpa sekarang. terima kasih sebab perasan mende tu.
lagi, 
aku tak mampu jadik macam perempuan yang kau mahukan,
lemah lembut, berbudi bahasa, bersopan santun.
aku bukan seperti itu.
seribu tahun pun kau minta aku jadik macam tu.
sorry man! aku tak kan.
sebab semua itu tak boleh dipaksa. dan aku tak suka dipaksa.


sekarang aku sudah bahagia. sangat-sangat. insyaAllah. dia kan jadik yg terakhir dalam hidup aku. aku tak mahu kau ganggu hidup aku lagi. aku tak kan palingkan muka aku pada kau. andai kita ketemu nanti. tak kan. macam waktu aku benci kau dulu. walaupun sekarang, aku harap aku tak benci kau. tapi, segala memori tentang kau dah takde ok. aku dah buang jauh-jauh. kau dah lama tak bermakna dalam hidup aku. kau tak perlu la rasa aku ni masih ingat kat kau. langsung tak la. 
harap kau bahagia dan terus bahagia dengan awek baru kau. dan tolong jangan kacau hidup aku lagi. sebab hidup aku hanya dengan MUHAMMAD AMEER jewk :)









1 comment:

Nurul Ayu said...

semoga berbahagia la hendaknya ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...