sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Saturday, 25 December 2010

bila dah tinggal sekali jumaat lagi

Salam.

Hari ini, aku buka kalander. Tak sangka kan?

Tinggal lagi satu jumaat.

Kalau la korang jadi aku. Apa korang buat? Bila tahu hidup ni tinggal lagi sekali jumaat. Maaf. Aku nak mintak maaf dulu nan semua orang. Jangan salah faham. Aku bukan peramal takdir. Aku Cuma cakap ikut kalander. Sekali jumaat lagi tinggal.

Sekali jumaat je lagi, dah mula tahun 2011.

Sekali jumaat je lagi, dah masuk era 20 umur aku. Tidakk. Aku kalau buleh pilih. Aku tak mahu angka 2 dihadapan. Kerna aku ada rasa seperti tua. tak suka rasa itu. Sungguh aku masih budak-budak.

Sekali jumaat je lagi, dah start final exam. 4 subjek je. Tapi banyak gila. Biasala. I budak takde basic in Chinese. Tapi kena periksa jugak. Sebab dah belajar. Sekarang pun tengok sibuk buat kerja sekolah. Bila la ada masa nak study. Ceyhh, walaupun study-study ayam. I tetap study taw!

Sekali jumaat je lagi, dah start winter break. Maka bermulalah budak-budak Malaysia akan mengemas barang utk pulang ke Malaysia yg tercinta. Tapi, tak semua juga. Sebab ada je yg tak balik, termasuklah aku. Saja nak menghabiskan masa kat sini. Takde kerja nak buat kat rumah. Baik lepak sini hibernate.

Sekali jumaat je lagi, bermulalah agenda aku nak bercuti. Nak ke mana? Aku tak pasti. Dengan bajet yang tak seberapa. Aku betul-betul tak pasti. Sebenarnya banyak lagi agenda aku, walaupun tak g memane. Tapi, setakat ni. Segalanya masih dalam perancangan. Biasalah. Kita hanya mampu merancang.

Sekali jumaat je lagi, pastu habis lah kelas aku. Maknanya makin banyak la masa aku. Buleh la buat sesuka hati. Tak payah nak skema-skema. Bangun awal. Tidur awal. Stay away from books. Yeahh! I loike! Mende la aku ni. Cam merdeka pulak. Tak la. Maksud aku. Buleh la aku rehat betul-betul. Hehe. Nak cakap selama ni tak cukup rehat. Walaupun dah tidur dengan lamanya.

Sekali jumaat lagi, maknanya pastu aku buleh la berblogging dengan tegarnya. Aku sukaa. Sebab aku memang suka. Suka hatilah.

So, sebelum sekali jumaat lagi, aku sibuklah maknanya. Lebih kurang la. Nanti tak sibuk. Aku buat apa yang patut. Hehe.

Tak sabar nak tunggu lagi sekali jumaat!

Yeah!

moga aku masih diberi peluang untuk merasai sekali lagi jumaat untuk semester ini. dan diberi peluang bercuti untuk jumaat-jumaat akan datang. amin...


2 comments:

Shazwan Azizan - wanblur said...

walaupun usia semakin tua, tapi jiwa kena muda.. ryte?

ameer said...

ape2 pon syg kene wat yg terbaek utk exam tu k. pastu barula kite enjoy!! hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...