SITUASI 1
A: hensemnya..
B: siapa?
A: yang paling hensem la.
B: yela, yang mana satu?
A: yang.... urm.... hidung paling besar.
B:yeke? peliknya
SITUASI 2
A:weyh, cuba tengok.
B: mana?
A: yang tu.. kacak kan?
B: agakla. hidung panjang kan. memang kacak
SITUASI 3
A: awak, awak ni cumel la.
B: ada pulak. mana adala. biasa-biasa je.
A: betul. dulu kan saya ingat gigi je ada gigi kapak. rupanya, sekarang baru saya tahu. hidung pun ada hidung kapak.
B: merepekla.
A: betul.. hidung awak besar bapak, cam kapak. cumel jewk. :)
maaf andai ada yang terasa hati. aku hari ini mahu menulis tentang satu ciptaan istimewa, yang ada pada kita. manusia. InsyaAllah semua orang telah dikurniakan sebuah hidung. betul ke sebuah? ke sebatang hidung? atau mungkin sepasang hidung? urmmm... ok la. kita cakap hidung jela.
semua orang ada hidung. siapa tiada hidung, tak tahulah nak cakap apa. mari menurut kajian dari aku. hehe. menurut kajian aku. dari apa aku tengok, jangka dan rasa. setiap orang cenderung dan kebanyakan suka melihat mereka yang berhidung mancung. cumel kowt. aku mengaku. aku jua begitu. suka orang yang berhidung besar, mancung. cumel cumel dan cumel. jujur cakap.memang cumel.
bersyukur la dengan apa yang kamu ada. aku tataw apa perasaan mereka yang memiliki hidung cumel ni. siapa yang nak kongsi rasa boleh la beritahu aku ek. nak juga aku merasa dan mendalami perasaan mereka.
ya tak ya juga kan. selama aku melihat ni kan. kebanyakan mereka yang cumel ini ( mempunyai hidung yang cumel ni kan) adalah mereka yang datang dari utara tanah air. ni kat malaysia la. kalau kat luar malaysia. mungkin pakistan, turkistan, atau mana-mana stan lagi la. tapi aku tak cakap la tempat lain tiada mereka yang cumel ni.cume purata tu tak la banyak sgt kowt.
maaf lagi sekali. kalau aku merepek. tapi aku memang suka merepek. aku suka orang hidung mancung. aku pun tahu kawan-kawan aku pun sama. suka orang hidung mancung.
buat mereka yang berhidung mancung. biar hidung mancung. jangan hidung tinggi k.
2 comments:
Unfortunately, hidung I ta mancung. Dah ta comel dah. Teehee.
heheh..hidung pun ada yang kapak..
Post a Comment