sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Saturday, 20 February 2010

hatiku



Aku berdiri di sudut itu,
Memandang ke arah cahaya bulan,
dulu, kita pernah  berbicara,
tentang itu.
tapi,sekadar bicara,
yang tiada penghujungnya,
mungkin hanya bicara kosong,
buatmu. bukan buatku.
Hatiku telah mati untuk itu,
tiada rasa, tiada kata, tiada apa.
hanya membisu.
dan membisu.
Hingga kini,
mungkin angin membisikkan khabar itu,
aku pasrah.
dengar utusan angin,
dari aku,
mungkin tiada siapa tahu,
kerna saat tak memberi peluang bagiku,
memberi jawapan itu.
Hampir luluh hatiku,
kerna hadirnya gundah gulana,
sayu. sangat sayu.
walaupun, masih kuat kakiku berdiri di sini,
tapi,
tiada siapa tahu,
aku menangis. dan terus menangis,
tapi bukan kerna hari semalam,
mungkin hanya aku yang menyedarinya,
biarlah
moga esokku indah.
seindah cahaya-MU,
amin~~




2 comments:

ErOd AzAmi said...

erm?jiwangnye..huhu...

mrs.lovesick said...

saye memang begitu.
mungkin.hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...