sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Saturday, 20 February 2010

pesanan ringkas. HR

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
Bersabda Rasululullah s.a.w."janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia beradadi dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan

Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yangmemutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)

Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.(Maksud Hadis)

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

  3. Zakat dijadikan hutang.

  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

  5.  Anak derhaka terhadap ibunya,

  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

  10.  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

  14. Muzik banyak dimainkan.

  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".



H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
TAMAT

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...