sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Friday 26 February 2010

SEMPURNA


aku terfikir,
ada kekurangan yang aku tahu,
tapi mereka tak tahu,
ada kekurangan yang aku tak tahu,
tapi mereka tahu,
ada kekurangan yang aku dan mereka tahu,
ada juga kekurangan yang aku dan mereka tak tahu,
tapi,
yang Maha Esa tahu.

sedang aku mengimbau,
aku percaya,
kekurangan itu juga rahmat,
kekurangan itu kesempurnaan,
kerana aku merasainya.

tiada apa yang sempurna melainkan-NYA,
kekurangan bukan musibah,
tapi ia juga anugerah,
antara kita sedar atau tidak,
ia memang anugerah.


kekurangan itu mengindahkan,
kekurangan itu mematangkan,
kekurangan itu keperluan,
kerana kekuranganlah,
lahirnya kesempurnaan.

siapa kata hidupnya sempurna?
benarkah sempurna?
kenyataan hidup,
kekurangan menyebabkan manusia mengejar kesempurnaan,
tapi,apakah kesempurnaan?
sekadar untuk kepuasan sendiri?
kesempurnaan di mata orang lain?
atau kesempurnaan di sisi yang Maha Pencipta?


usia muda ini membuatkan aku lalai,
mencari hala tuju,
meraba dalam kegelapan,
tanpa seorang pun yang membantu,
tika itu,aku terasa kekurangan,

tapi, 
masih ada yang menyayangi,
membantu, melengkapkan kekurangan,
membimbing tanganku,
kepada-Nya,
terima kasih kepada kamu.
semoga Allah merahmatimu,
kerana telah menyempurnakan sebahagian hidupku,
mungkin tanpa kamu sedari.












Dapatkan Mesej Bergambar di Sini 


jide!: hanyalah sekadar,dari saya yang sudah tamat peperiksaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...