sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Friday 14 May 2010

insan bernama kasih

ini coretan tentang diriku. tentang hati dan perasaan aku.
tentang apa yang ku panggil cinta sejati.
memang ku hanya seorang lelaki biasa. hidup yang serba sederhana. tapi, teman tetap panggil aku si kacak. ku tak pernah rasa aku kacak. sebab ku lebih selesa jadi yang biasa-biasa.

rutin aku, sejak dari sekolah menengah. tiap minggu ku akan keluar. melepak di bandar. disebabkan every week juga ku keluar dgn girl yang berbeza, kawan ku cakap aku playboy. ada ramai girlfriend. 

sebenarnya bukan semua tu girlfriend aku. tapi adalah juga di antaranya. mencari girlfriend tu cam rutin aku. cam hobi gitu. 
kalau ada jewk perempuan yang lawa, hot pastu kire memang manarik la. aku pun terus amek step. tackle lol. apa lagi nak tunggu. selalunya juga, tak la susah sangat untuk aku memikat perempuan ini. sebab golongan mahir la katakan.

tapi, kebanyakan perempuan yang aku jumpa semuanya adalah sekadar mengisi masa lapang aku. lepas aku berjaya dapatkan perempuan yg aku mahu. rasa cam puas hati la. sebagai seorang lelaki kowt. cam hebat lah. then, aku jugak la yang mintak pisah.

sampai satu saat, aku kenal dgn 'kasih'. dia lain dari yang lain. ntahla. pertemuan kami memang tak dirancang. dah berkali-kali kami bertemu. asyik terserempak dgnnya beberapa kali. aku memang jatuh hati dengan dia. dia cantik. dia lemah lembut. memang sangat menarik.
ada satu hari itu, aku memang nekad mahu kenali dia. aku tunggu dia. aku try cakap nan dia. tapi, satu patah kata pun tak keluar dari mulut dia. aku agak sedih. tapi masih tak putus asa. aku sampai ikut dia balik rumah dia. memang aku mahu kenali dia. kawan aku pun cakap aku dah gila.

aku pun rasa cam tu. aku gilakan dia. memang sepanjang saat aku ingatkan dia. dia yang bernama kasih. cam mana aku mahu katakan padanya. dia dah amek hatiku.
nasib di sebelah aku. kawan kasih layan aku. memang chare. kire aku dapat la no telefon kasih. walaupun telefon rumah jewk. sedaya upaya aku mahu kawan dengan kasih.

selepas beberapa ketika. aku sudah berjaya bersahabat dengan kasih. hampir 2 minggu la kami rapat. tapi hanya seketika. 2 minggu. selepas itu. dia kata padaku. dia dah tak boleh teruskan semua ini. tak boleh terus berkawan nan aku. 

memang terkilan aku saat tu. pertama kali ada perempuan kata camtu kat aku. rasa hina. kecewa yang tak terhingga. kerna dia ialah cinta pertama sejati aku. walaupun dia tak mengetahuinya. sungguh aku kata. hanya dirinya yang ku mahu.

memang aku kecewa dengan dia. tapi, cinta aku pada dia tak pernah padam. aku masih telefon rumah kasih,walaupun dia memang tak pernah nak jawab panggilan aku. pergi rumah kasih, walaupun hanya boleh tengok bumbung rumah dia. dan yang aku tak pernah berhenti buat, bertanya tentang dirinya pada teman dia. senantiasa.
aku tahu diri aku tidak sempurna. kasih itu memang sangat sempurna. dia cantik. manja. ayu. bijak. memang tik tok la. tak mustahil dia tinggalkan aku. aku tak pernah lupakan dia walau sesaat.

dalam masa 5 tahun aku sudah ditinggalkan kasih. aku kembali dengan perangai lama ku. menjadi kaki perempuan. walaupun itu bukanlah permintaan aku. bukan apa yang ku mahu. tapi, aku sudah tak seligat dulu. sebab masih ada sayang buat kasih dalam hati aku.

juga aku kenali seseorang seiras kasih. perangai, gayanya, tak ubah seperti kasih, mira. tapi mira ini layan aku tak seperti kasih. kasih bercakap tegas dengan aku. mira pulak ikut semua cakap aku. masih tak setanding kasih.

hampir sebulan aku bersama mira. ada seseorang menghubungi aku. katanya, mira itu adalah kekasihnya. aku ragu-ragu. kerna suara itu milik perempuan. ohh, tidak! mira adalah seorang......

buat sekian kalinya lagi aku kecundang dalam cinta. ku tak pernah putus asa. ku kembali menjejak kasih aku. ku tahu. suatu hari hati kasih akan terbuka untuk aku. aku tak pernah putus doa supaya aku dapat bersamanya.

aku tahu aku masih muda. tapi sungguh ku kata. kalau aku mahukan kasih sebagai ibu pada anak-anak aku nanti. mahu kasih temani aku sepanjang hidup aku. hanya kasih. saya sayang pada kasih.

petang itu, tak sangka aku bertemu kasih. lepas 5 tahun. aku sebut nama dia, "kasih, awak makin cantik sekarang". memang ayat spontan keluar dari mulut aku. tapi, respon dia? dia tak ada sebarang respon. aku macam tak wujud depan dia. suara aku seperti tak kedengaran. kasih, tapi kenapa??

aku tak tahu apa salah aku dengan kasih. aku tak mengerti. aku tanya kawan kasih. apa kasih cakap tentang aku? mereka cakap. kasih tak pernah cakap pasal kau. kenapa? aku seperti tak pernah wujud dalam diri kasih.  

kasih ada adik. aku usha adik-adik kasih. amek hati mereka.  aku rasa cam senang la skewt nak dekat balik nan kasih. aku dah mula lepak nan kawan kawan kasih. sebab mana la tahu, kami boleh teserempak. memang aku mahu melihat kasih. melihat mata kasih yang layu tu.

ku selalu titipkan pesan buat kasih kepada teman-teman. manalah tahu, hati kasih terbuka untuk bertemu aku. memang betul pun, segala usaha aku selama ni tak sia-sia. kasih sudah tak kisah bertemu dengan ku. walaupun dia tak cakap dengan aku. tapi, dia dah mula terima diri ku. walau bukan di hati. tapi di mata.

dari mata turun ke hati. :)
mula-mula ku cakap dia tak layan la. tapi memang dia  camtu. hati dia akan lembut juga nanti. aku yakin. dia kan cakap nan aku. kan kasih? awak akan buka mulut utk cakap dengan saya.

akhirnya, kasih cakap nan aku. tapi, ayat pertama dia. boleh tak awak layan sy cam awak layan orang lain.  saya tak selesa la awak buat camni. rasa lain macam. boleh? 
kalau awak boleh. baru saya sudi kawan dengan awak. 
aku dengan pantasnya jawab. ok! boleh boleh.

yes! kasih sudi terima aku sebagai temannya. memang satu malam tu aku tak boleh tidur. terkenang kasih tersayang.  disebabkan aku memang terlalu gembira kerna kasih. aku delete semua nombor telefon perempuan dalam henfon aku. aku dah stop keluar dengan perempuan lain. aku ingin berubah. aku mahu fokus. fokus pada kasih.

kasih itu tetap seperti dulu. sedang aku mula rapat dengannya. memang aku sedari. takde satu pun sifat dia yang berubah. dia layan aku hanya sebagai seorang kawan. memang dia dah berkali-kali kata. dia tak suka aku. dia hanya boleh kawan jewk nan aku. memang la sebagai seorang lelaki, aku tercabar dengan ayat dia. tapi, ku tak peduli. sebab aku cuma mahu memenangi hati kasih. 

ramai juga lelaki yang inginkan kasih. tapi, kasih.. 
dia masih belum mahu terima sesiapa. jadi terang lagi bersuluh la yang aku masih berpeluang.
aku sanggup buat apa-apa jewk untuk kasih. segalanya untuk kasih.
sebenarnya, aku agak tercabar gak la dengan kawan-kawan lelaki kasih yang ada hati padanya. mahu taknya. mereka agak kacak, pandai, dan memang serba lebih la. 
sedangkan aku, hanya mahir memikat perempuan.

ku sangat bahagia bersama kasih. walau hanya sekadar teman. family dia pun semua dah kenali diri aku. gembira sangat, sebab kedudukan aku dalam hidupnya dah tak tergugat. mama kasih pun baik sangat dengan aku. 
kasih masih tak berhenti-henti ulang, bahawa dia dan aku hanyalah teman. tak kan lebih dari tu. aku iyakan jewk. sebab aku tak mahu kasih jauhkan diri dia dari aku. sifat jujur kasih tak pernah luntur. dia akan buat apa saja untuk penuhi tetap dengan pegangan dia. dan aku hormati itu.
keakraban aku dan kasih semakin hari, semakin jelas. sangat jelas. sampai orang sekeliling semua kata yang kami adalah pasangan kekasih. tapi, kasih sepantas mungkin menegaskan. yang kami hanya kawan. dan mungkin kawan baik.
aku terima kata kasih. memang hati aku tak pernah letih mencintai kasih.  sejak kami baik, aku baru dapat nombor henfon kasih. dia cakap, nombor itu hanya buat orang yang dipercayai sahaja. maknanya, kasih percaya pada aku.

aku skandal kasih. seronok aku. memang tak terhingga. sebab aku memang sayang kasih. skandal pun jadik la. hoho.

teruskan perjalanan hidup, bulan depan kasih kena ikut papa dia. berpindah jauh untuk beberapa tahun. aku memang terkejut dengar pasal tu. aku tak mahu pisah dengan kasih. tidak. ku takkan mampu bertahan tanpa kasih di sisi.

dalam masa sebulan tu, kami memang habiskan masa bersama. rumah kasih, dah macam rumah aku. papa mama kasih, dah macam ayah mak aku pulak. tapi, aku memang mahukan sisa-sisa hari aku dihabiskan dengan kasih. macam-macam kami buat bersama. makan. tengok bola. jogging. main layang-layang. menonton. 

dalam masa itu juga, aku amik kesempatan untuk luahkan segala rasa aku padanya. memang aku tak kisah walau apa pun respon kasih. yang penting, aku nak dia tahu. yang aku betul-betul cinta pada dia. tapi, saat tu, kasih minta aku berikan masa pada dia.

masih ada 2 minggu lagi sebelum kasih pergi. aku sangat terkejut dengan jawapan kasih. dia cakap, dia sayangkan aku. aku rasa cam nak menangis. tapi, dia boleh cakap plak yg masih ada rasa tak suka pada aku. tapi, dia tak tahu mende ape. tak kisah la kasih, yang penting saya sayang awak.

kami tiada hubungan. kami cuma nyatakan keinginan. mahu hidup bersama nanti. kasih sanggup hidup dengan aku. aku terharu. itu yang ku mahu. hidup bersama kasih.
tapi, dalam otak aku mula berputar-putar beberapa soalan,
mampukah aku membahagiakan kasih?
bolehkah kasih terima segala kekurangan aku?
sudah bersediakah aku?

kami teruskan ini,
terus kan rasa sayang kami mengiringi hubungan ini,
walaupun tak tahu mana hujungnya.

esok, kasih akan pergi. pergi buat seketika. aku seperti hilang arah. ku dail nombor kasih. katakan padanya,
"kasih, saya tak mampu untuk bahagiakan awak."
maaf.
sampai situ sahaja. aku mampu kata.

kasih terus letakkan telefon,
dia cuma menghantarkan sekeping sms.
'kalau itu jalan yang awak pilih, saya terima. tapi saya nak awak tahu, saya takkan terima awak kalau saya tak boleh terima kekurangan awak. dan kalau awak rasa awak tak boleh bahagiakan saya, kenapa tak dari dulu awak ada rasa macam tu?. ok lah, saya tak kisah  awak nak cakap apa. harap awak bahagia. salam'.

memang menitis air mata aku. baca itu. aku terfikir. aku memang bodoh!
tapi, segalanya sudah berlaku. itu adalah kehendak takdir. kasih bukan untukku.
kini, kasih sudah pergi. jauh dari mata aku. sayang aku buat kasih masih belum pergi.
sayang dia masih setia bersama aku. 

hari ini tiba harinya. kalau dulu aku ke kenduri di rumah kasih walaupun tak dijemput, kerna abangnya kahwin. kali ini aku dijemput. aku hadir. bersama sayang aku buat kasih, serta bayang-bayang cinta kami.

pengantin itu memang sepadan, bagai pinang dibelah dua. aku mengenali seseorang. pengapit perempuan. pengapit perempuan itu adalah kasih. kasih sangat gembira saat itu.mungkin kerna perkahwinan kakaknya. tak lama lagi pasti gilirannya pula yang tiba. sepanjang hari, disisi kasih, ada seorang jejaka. aku lihat mereka. bahagia. aku terkedu. tapi aku gembira. kerna dapat melihat kasih tersenyum.

sesekali mata kami bertentangan. aku senyum padanya. dan dia membalas senyuman ku. ku dekatkan diri padanya. aku mula berbicara. memohon maaf atas silap ku dulu.
dia kata padaku, dia sudah lupakan semua tu, dan dah lama dia maafkan aku.

suci sungguh hati kasih. kini, ku sudah lepaskan kasih bersama orang baru.
ku cuma mahu lihat kasih bahagia. aku sayang kasih, walau dia milik orang lain.
hati aku tak pernah terbuka untuk wanita lain lagi. 

aku mahu lelaki yang bersama kasih itu ,
jaga kasih dengan sepenuh kasih sayang,
berikan yang terbaik buat kasih.

************************************************************************** 

p/s: kisah ini kisah aku tulis. suke hati la nak kene mengena nan sape-sape. atau takde kene mengena nan sesapa. ok. aku cuma harap mereka bahagia. (^_^)Y






 

3 comments:

Anonymous said...

wah!!..bebakat gak kn syg ni wat novel cinta..haha ;)
tp ayat dr sms tu..ameer mcm knal je..hmmm..tp kt mane ye??

budak sihat said...

hahaha, cyte nie merepek la. sayang, ayat orang yg mabuk cinta memang camtu, lebih kurang jewk. dan yang pasti ayat nak power jewk! huhu^^

Norul Malakiah Sidek said...

hehe nice2! keep it up dear...




anda follower saya? sila ambil award anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...