sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Monday, 3 January 2011

Gila bayang

assalamualaikum dan selamat pagi!
maaf dah tengah hari.
hari ini hari minggu, suka hati la. buku aku tunggang langgang, esok aku exam. exam, hari yang membosankan. tapi ok la. sebab 3 hari exam, dan bermulalah cuti sekolah aku, sepanjang musim sejuk ni. buku campak jauh-jauh. aku nak memblogging.

bangun pagi, aku pejam celik mata,
aku usap usap mata,
hari ini aku mimpi sama,
asyik pulang ke rumah.

aku cemburu kali?!
tapi tak pasti, yela, aku ni bajet sikit. hehe
orang lain nak balik Malaysia dah la, aku je yang ngade-ngade tak nak balik. mungkin la sebab tu asyik mimpi sampai rumah. tiap kali mimpi, mesti makan macam-macam, biasalah, makan itu hobi aku. tapi yang tak besh, selalu makan tak habis. paling latest mimpi nasik lemak, 2 suap baru, dan aku terjaga.
Ohhhh, NO!

beberapa hari lalu, aku dapat berita mak mertua mak cik aku dah takde.
innalilah, Al-fatihah utk arwah.
moga dia ditempatkan bersama orang-orang yg soleh,
lepas tu, aku mula gila bayang.
aku start bukak album, tatap wajah sorg-sorg.
mula dah menggila, aku rindu pulak dah.
abesh la, GILA BAYANG dah bermula.
hohoho~~

jap, ni koleksi suka hati aku,
ronda-ronda album, terjumpa ini;
 



dan ini adalah aku dan sugar daddy aku.
hensem dan bergaya,
baik pun baik, lawak pun lawak.

iskh, ade pulak, banyak pulak masa nak cari sugar daddy,
ini atuk saya, dan saya sayang dia. harap maklum!








ini masa raya, sessi bermaaf-maafan.
eeeeeeeeeeeeeee, rindu kat datuk aku ni.
seyez,
sebenarnye rindu kat semua. tapi aku takleh nak mention la semua.
sebab esok exam, 2 paper. haha.
sesaje nak hilangkan borink, baik aku meluah rase.
saya rindu atuk saya dan saya sayang dia.

aku harap dia sihat walafiat di samping keluarga aku di rumah,
juga mengharap yg lain juga sihat sama..

last but not least, aku dah start mood GILA Bayang,
habislah hari-hari esok aku.
dibelenggu bayangan.
(:

*dalam hati jerit-jerit, aku rindu semua orang. tapi aku dah besar. arghhh~~



















2 comments:

^mISz MatAHarIEy^ said...

homesick la ni yer? :P

mrs.lovesick said...

homesick la jugak kowt, :D
dah besar ni, tamaw ngaku kalu buleh. rase cm ngade ngade.^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...