jika ini adalah sebuah suratan,
hati ini sangat terharu,
bingung dengan pengakhiran ini,
tapi hakikat ini ku terima,
ku berpijak di bumi nyata ini,
untuk mengakhirinya,
lantas berkata,
sampai disini,
akhir,
kisah sebuah pengakhiran. bukan tentang kita, bukan dia dan kamu, bukan mereka, bukan perhubungan, tapi pengakhiran. yang bermula pasti ada akhirnya.
dulu, yang ku tahu. pengakhiran yang abadi adalah sebuah kematian, sebuah perpisahan, sedangkan itu masih sebuah permulaan. bukan yang terakhir.
terkenang zaman persekolahan, ku akhirinya dengan agak huru-hara. (disebabkan tak berapa bagus, biasala, aku kan nakal). kalau la dulu aku akhiri zaman sekolah dengan jayanya. tak la ada rasa kekesalan seposen pada diri ku.
apalagi yang ku telah mulakan? sebuah pertemuan?
pasti ada perpisahan. asal akhirnya pertemuan dengan perpisahan?
mahu tukar boleh tak? tak mahu perpisahan.
mahu kebahagiaan, sebagai pengakhiran.
sekarang ku masih belajar,
jadi aku inginkan sesuatu,
mahu akhiri pembelajaran dengan kejayaan.
:)
sebuah hubungan, mesti ada pengakhiran,
jadi,
ku mahu akhiri hubungan itu,
dengan mengakhiri zaman bujang,
hahaha, sengal :)
pengakhiran adalah sebuah hasil,
bukan sebuah masalah,
bukan nasib,
bukan hanya takdir,
ingatlah, kita mampu mengubahnya,
segalanya di tangan anda.
p/s: moga kita dapat mengakhiri segala sesuatu dengan jaya. sebab selagi kita hidup, segalanya akan terus dikenang.
1 comment:
heh! ingatkan cerita sedih tadi. hahaha..
Post a Comment