sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Monday, 17 January 2011

kisah buah hati saya

selamat hari isnin.
setelah sekian lama aku tidak mengarang, aku pun ingin melepaskan gian,
selepas cerita terakhir insan bernama kasih (tahun lepas punya).
sekarang aku nak buat karangan lain pulak.
karangan adalah berbentuk bebas.
suka hati la nak tulis apa.


setelah masuk semester akhir aku tahun ini. aku rasakan, pilihan aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di malaysia sangat tepat. kerna aku bukan dari keluarga senang. ibu bapa ku hanya bekerja sendiri, dan adik-adik ku masih bersekolah. kolej yang terletak berhampiran rumahku juga memudahkan aku, menjenguk keluarga dan membantu mereka semampu ku.

dan kerna kisah ini, adalah kisah cinta. buah hati aku, bekerja berhampiran kolej ku juga. ini memudahkan kami untuk bertemu. walaupun tak selalu. kerna aku hanya seorang pelajar tahun akhir yang sangat sibuk. sangat sibuk k.

teman-teman semua tahu akan perangai ku. tak suka dipaksa, dan sanggup buat apa saja utk dapat apa yang diinginkan. tu lah sebenarnya rahsia aku berjaya. 

jika teman tanyakan aku tentang kekasih hati. aku tak banyak berkata, yela. kekasih aku hanya seorang pekerja kilang biasa. tak seperti teman lelaki mereka. yang memiliki syarikat besar, bergaji besar, dan dari keluarga senang-senang. aku tak suka dengar pendapat mereka, andai mereka dapat tahu, kekasih aku hanya budak kilang.

ada antara yang tahu kisah aku dan buah hati aku, mereka bertanya padaku, "dari mana u kenal mamat kilang tu ek?, u dah takde calon lain ke? kalau u nak, i boleh kenal kan yang lagi sesuai untuk u". 
tolonglah. aku juga manusia biasa. bagi aku wang, pangkat, harta bukan penghalang aku untuk menyayangi kekasih aku. aku tak kisah dari mana dia datang, apa pun sekali kerja nya. asalkan rezekinya halal. kenapa dunia nak menghalang cinta kami?
hanya kerna dia seorang budak kilang?

 gambar sekadar hiasan. tolong abaikan!


sewaktu mula aku mengenali si dia, aku dan dia masih di bangku sekolah. aku hanya seorang pelajar baru. dan dia sudah 3 tahun belajar di situ. walaupun dia bukanlah seorang pelajar yang  pandai. tapi dialah yang banyak membantu aku sepanjang aku belajar dulu. dia la yang banyak memberi dorongan dan sokongan padaku selain keluarga aku sendiri.
kenapa kekasih aku hanya seorang budak kilang?
aku tak pernah salahkan dia. mungkin itu takdirnya. dan aku akur dengan ketentuan itu.
dia tak diberi peluang melanjutkan pelajaran. dan yang terbaik buatnya, adalah bekerja untuk membantu ibu bapanya.

tapi ini semua kisah cinta aku dan budak kilang suatu ketika dahulu. 
kini aku dah berkahwin dengan usahawan muda ini. yang kini telah menjadi cinta baru aku. dan cinta hati aku untuk selamanya.

jangan tanya mana pergi kekasih aku si budak kilang?
mungkin ini la namanya jodoh.
cinta kami tak kesampaian.
dia yang mengundur diri. kerna rasakan dirinya tak layak menerima cinta dari aku.
perasaan aku?
hanya Tuhan saja tahu. hancur luluh jiwa raga ku.
bertahun aku mencintai dia. sekelip mata dia berundur.
tapi aku terima semua ini.

cinta hari ini, masih berbaur harta, pangkat dan darjat.
nasihat aku untuk lelaki-lelaki muda. kejarlah cita-citamu sebelum cinta.
kerna dunia hari ini mementingkan siapa kamu hari ini, dan bukan hebat mana cintamu itu.
simpanlah dulu cintamu itu. selepas kamu berjaya k!

jangan salahkan wanita-wanita comel di luar sana. kerna bukan kehendak mereka.
mungkin mereka cinta kamu seadanya, terima kamu seadanya.
tapi kamu tanpa kerjaya, tak menjamin kehidupan mereka utk hari esok,
fikirkanlah ya!

aku juga tak kata, semua orang pentingkan ini, mungkin ada yang buleh terima;
lelaki biasa hidup dengan perempuan bekerjaya.
takpe la, semua orang ada pendapat masing-masing. 
dan ini hanya pendapat aku.

*cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
CINTA itu bukan SEBUAH KEPAHITAN,
tapi tak bermakna semuanya itu manis-manis belaka.







 

10 comments:

Anonymous said...

Salam perkenalan, wow, tahniah sbb melanjutkan pelajaran dlm bidang kedoctoran...backgroud dekat entry agak transferent...sy tak brape nampak ayat2 dalam entry...jd x habis bace...maaf yer

My recent post ►Motivasi : Tips Tingkatkan Motivasi Bekerja

Cik Ungu Kamila said...

yang penting hati budi :)
gudluck ya tiena.

btw, anda telah ditag ^^,

http://ilakamila.blogspot.com/2011/01/blog-saya-nak-domain.html

Syafiq Rosli said...

wah..bgus2..

Haziq Yaacob said...

rindu nak buat karangan..hurmm~

Haziq Yaacob said...

sy tag anda..jom join!

trialtodelete said...

ada lagu UNIC insan bernama kekasih ehhe

Aleen Aiden said...

erk,ini cerpen ke kesah kamoo sendiri ye?kalau da takdir jodoh kamoo dgn si pekerja kilang,xde sape bley persoalkan.kan3?heh~

budak sihat said...

adamXis> tq ya!wlaupun tna ni tak bljr doktor. siap bg komen lg kat tna. tq sgt. tna ni suka hati je blogg, takde orang tegur, lagi suka hati^^

cik ungu violet> tq tag tiena. nt tna buat ya. (:

syafiq rosli> tq ya!

haziq yacob> hidup takleh berhenti buat karangan, sebab kehidupan adalah sebuah karangan kita sendiri. aceyyy^^
tq ya, nanti tna buat tag tu :)

rizal> baikla kamu~~

aleen aiden> ini hanya sekadar coretan. serius, bukan kisah benar. jawapn utk soalan tu. tak pasti, tapi siapa tahu kan? hehe

ameer said...

serius terasa doe bace bende ni..huhu

budak sihat said...

hey hensem! jgn touching!
sy tetap syg awak, walau awk bukan budak kilang ;P
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...