sebab awak comel, klik kat bawah ni :)

Sunday, 14 March 2010

maafkan aku

mungkin aku lupa,
mungkin aku leka,
tentang pengorbanannya,
tentang ketabahannya.

aku mengenalinya,
walau tak pernah bersua muka,
aku mengaguminya,
walau aku sekadar tahu,
tahu dari zaman sekolahku,
dari ibuku,
teman-teman,
tapi masih bukan semua tentangnya.

jahilnya rasa,
bila sedar,
aku sering lupa padanya,
sedang aku mencari cinta dari Yang Esa,
aku sungguh leka,
mungkin keduniaan ini,
telah menutup mataku,
hatiku,
hingga bayangnya hilang dari hidupku.

bila ku tersedar,
sudah banyak perihalnya ku lupa,
sunnahnya,
dan 
pengorbanannya,

semasa hayatnya,
banyak perkara yang ditinggalkan,
semuanya kemudahan,
semuanya penyelesaian,
semuanya kebaikan.

saat pemergiannya,
pilu,
itu yang ku tahu,
resah hatinya,
walau hakikatnya,
baginda mendapat berita,
tugasnya hampir selesai,
kejayaan bagi seluruh umat,
tapi,
baginda sedia untuk pergi,
dengan kerisauan,
pada umatnya,
semasa tahun kesedihan.

sungguh ia sayang,
sungguh ia risau,
nasib aku hari ini,
tapi,
aku leka.

masih belum terlambat,
aku katakan,
sungguh,
aku juga merinduinya.

tidak kan ku kenangnya pada hari-hari tertentu,
tapi sepanjang hariku,
tidak akan ku meminta untuk diriku sahaja,
tapi tetap untukmu,
insyaAllah~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...